OLEH: Abu Zabag
Nota: Sejarah kelahiran politi bernama Śrīvijaya tidak pernah diceritakan dalam mana-mana sumber bertulis tempatan. Śrīvijaya dikenalpasti meninggalkan sejumlah inskripsi-inskripsi yang dipahatkan pada batu atau kepingan batu, yang mana sebahagian besarnya sudah siap ditransliterasi dan diterjemahkan oleh ahli-ahli epigrafi dalam tempoh 100 tahun kebelakangan ini. Namun, tiada di antaranya menyentuh perihal asal usul politi ini. Manakala, naskah Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang menjadi tunjang kepada pensejarahan Melayu tidak ada menyebutkan nama politi ini walaupun sangat diyakini bahawa kerajaan Melayu Melaka adalah kesinambungannya. Dengan ketiadaan sumber-sumber bertulis tempatan, maka rujukan-rujukan digunakan penulis terbatas kepada sumber-sumber bertulis asing terutamanya dari China yang setidak-tidaknya dapat memberi gambaran bagaimana politi Śrīvijaya itu terbentuk secara luaran. Rekod-rekod rasmi sejarah dinasti China selain berkisar pada pemerintahan dan perihal dalaman, ianya juga merakamkan hubungan antara pemerintahan China dengan negara-negara luar terutamanya negara-negara pengufti atau di bawah perlindungan Imperial. Bahkan juga terdapat akaun khusus menceritakan perihal politi Śrīvijaya dan kerajaan pendahulunya dari pelbagai aspek termasuk rekod penghantaran utusan dan ufti yang begitu penting untuk dianalisa. Rekod-rekod oleh pengembara asing juga dapat membantu menyediakan petunjuk-petunjuk lain yang menjadi pelengkap “puzzle”. Kerja-kerja penterjemahan dan penafsiran teks-teks asing dari semasa ke semasa dibuat penilaian semula oleh pengkaji-pengkaji sejarah yang mana kadang-kadang ianya dapat memberikan kesan besar kepada sesebuah teori sejarah sedia ada. Di dalam nukilan ringkas ini, penulis cuba mencetuskan sebuah kefahaman baharu tentang sejarah kelahiran Śrīvijaya di mana ianya ada sedikit kelainan dari kefahaman umum sejarawan.
Politi Śrīvijaya (Panggilan Cina: Shih-li-fo-shih, 670 – 741) atau Tiga-Vijaya (Panggilan Cina: San-fo-tsi, 904 – 1178) berasal dari Kin-da-ri/Kan-da-ri (Sebutan Cina kontemporari: Kin-to-li/Kan-to-li), iaitu sebuah nama yang tercatat dalam rekod-rekod rasmi dinasti China kuno yang merujuk kepada sebuah negara atau kerajaan yang berdiri di Semenanjung Tanah Melayu dari abad ke 5 hingga abad 6 masihi. Panggilan China kuno untuk negara ini dapat ditransliterasi kepada sebutan Kiḍarā/Kaḍarā, iaitu panggilan Tamil kuno untuk Kedah (Tua), seperti yang diusulkan buat pertama kalinya oleh ahli sejarah dan arkeologi India, R.C Majumdar (1884-1980) pada tahun 1930-an. Bagaimanapun, sehingga hari ini sejarawan pada umumnya beranggapan negara ini berlokasi di Palembang atau setidak-tidaknya di suatu lokasi di Sumatera Tenggara. Penulis melihat anggapan umum ini sukar untuk dijustifikasikan dengan bukti-bukti sejarah dan arkeologi yang ada. Artikel ini seterusnya akan membincangkan sebuah pandangan baru yang mana pada pandangan penulis adalah lebih tepat.
Menurut Sejarah Dinasti Ming (Ming Shi-lu, 1368–1644), Jilid 324
“San-bo-tsai [i.e. San-fo-tsi = Three-Vijayas], formerly called Kandali [Kaḍarā], for the first time sent envoys with tribute in the reign of the emperor Hsiau-wu of the former Sung dynasty (454–464); during the reign of the emperor Wu of the Liang dynasty (502–549) they came repeatedly and in the time of the second Sung (960–1279) they brought tribute without interruption….”
<Terjemahan bahasa Melayu>
“San-bo-tsai [i.e. San-fo-tsi = Tiga-Vijaya], dahulunya dipanggil Kandali [Kaḍarā], buat kali pertama menghantar utusan dengan ufti pada masa pemerintahan maharaja Hsiau-wu, dinasti Sung pertama (454-464); pada masa pemerintahan maharaja Wu, Dinasti Liang (502-549) mereka datang berkali-kali dan pada masa Sung kedua (960-1279) mereka membawa ufti berterusan .... "
Maka menurut sejarawan Ming, pendahulu Tiga-Vijaya ialah Kaḍarā. Sementara itu, rekod Sejarah Dinasti Liang (Liang Shu, 502–549) yang muncul dalam 11 abad lebih awal menyatakan bahawa nama keluarga bagi raja Kaḍarā adalah "K'iu-t'an" (i.e. Sanskrit: Gautama). Pada tahun 502, raja K'iu-t'an-sieou-pa-to-lo (i.e. Sanskrit: Gautama Subhadra) menghantar utusan kepada maharaja (China). Manakala raja negara Tanah Merah (Terjemahan langsung dari perkataan Cina: Ch-ih-t’u) yang namanya muncul kira-kira 100 tahun kemudian pada era Dinasti Sui (581-618), juga mempunyai nama keluarga "K'iu-t'an". Maka, dapatlah diandaikan bahawa Tanah Merah adalah penerus Kaḍarā dan ianya bertepatan dengan kronologi peristiwa di mana Tanah Merah muncul setelah Kaḍarā menghilang sebagai negara pengufti kepada Imperial China pada era Dinasti Sui dan ini akan dibincangkan lebih mendalam pada bahagian berikutnya. Selanjutnya, menurut ensiklopedia Tong-Dian (siap dikompilasikan oleh Do You pada 801), masyarakat dan adat Kaḍarā hampir sama dengan Champa dan Kemboja. Oleh yang demikian, maka lebih tepat jika diandaikan lokasi negara Kaḍarā di Semenanjung Tanah Melayu berbanding di pulau Sumatera.
Tiada maklumat lanjut diberikan untuk dapat kita mengenalpasti keluasan dan persempadanan wilayah Kaḍarā. Bagaimanapun, berdasarkan itenari perjalanan utusan yang dihantar oleh maharaja Dinasti Sui ke Tanah Merah pada 607 seperti yang dirakamkan dalam Sejarah Dinasti Sui, dapatlah digambarkan bahawa wilayah Kaḍarā, sepertimana negara penerusnya meliputi kedua-dua belah pantai barat dan pantai timur Semenanjung Tanah Melayu. Berdasarkan kesan-kesan peninggalan arkeologi dan arkeologi maritim yang ada, Kuala Muda mungkin lokasi kota pelabuhan utama di pantai barat, manakala Satingpra mungkin lokasi kota pelabuhan utama di pantai timur. Kedua-dua kota pelabuhan ini mungkin dapat dihubungkan antara satu sama lain melalui laluan rentas semenanjung (kajian lanjut diperlukan untuk mensahihkan dakwaan ini). Sepertimana negara Pan-pan (di bawah kendali Fu-nan) dan Langkasuka (Panggilan Cina: Lan-ya-hsiu), Kaḍarā turut menjalankan cara pengoperasian yg sama, di mana barang-barang berharga dari negara-negara barat seperti barangan kaca, resin, minyak wangi, kemenyan wangi, batu karang dan bermacam-macam lagi yang dibeli di kota pelabuhan utama di sebelah pantai barat akan diangkut menggunakan laluan rentas semenanjung ke kota pelabuhan utama di sebelah pantai timur sebelum ”dieksport semula” ke negara China (dalam ertikata ufti/hadiah yang dihantar ke Imperial China akan dibalas dengan hadiah yang lebih banyak dari maharaja China) untuk meraih keuntungan. Sebelum kemunculan negara Tanah Merah dan seterusnya Śrīvijaya, “perniagaan” dengan China ini selama berabad-abad didominasi oleh negara Fu-nan. Persaingan mula berlaku sejak abad ke 5 di mana pelabuhan Kuala Muda mula menjadi tumpuan para pedagang dari negara-negara barat. Oleh kerana kedudukannya yang mudah untuk mendapatkan barang-barang berharga dari negara-negara barat dalam kuantiti yang besar, Kaḍarā mungkin pada awalnya bertindak sebagai "consignor" kepada negara-negara di sebelah pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antaranya Java (She-p'o) P'o-ta, Pahang (Panggilan Cina: Po-Hang/Po-huang) dan Kelantan (Panggilan Cina: Ka-la-tan/Ho-lo-tan/He-lou-dan), sebelum ketiga-tiga negara ini disatukan sama ada secara politik atau hanya dalam hubungan ufti ke Imperial China yang akan dibincangkan pada bahagian selanjutnya. Manakala Fu-nan sejak awal abad ke 6, diasak secara berterusan dari utara (hulu) oleh Kemboja (Panggilan China: Chen-la/Zhen-la). Dalam keadaan kekacauan di Fu-nan, Langkasuka yang mana sebelum ini mungkin ditegah dari menjalinkan hubungan ufti dengan China (walaupun bukan secara langsung di bawah kendali Fu-nan), mula mengorak langkah dengan menghantar misi ufti ke Imperial China. Langkah ini diikuti oleh Dväravati (Panggilan Cina: T'o-lo-po-ti) beberapa dekad kemudian. Fu-nan seterusnya memindahkan ibukotanya ke bahagian lebih hilir untuk menghindari kekacauan. Akhirnya dalam pertengahan atau penghujung abad ke 6, untuk mengelak dari dibunuh oleh askar-askar Kemboja yang semakin mara ke hilir, pemerintah dan elit-elit Fu-nan bertindak melarikan diri dengan bantuan tentera lautnya menyeberang ke negara Pan-pan (negara bawahan Fu-nan sejak abad ke 3) yang terletak di sekitar Teluk Bandon. Di sana Fu-nan membina kekuatan baru dan masih aktif menghantar misi ufti ke Imperial China sehingga akhir abad ke 6. Semenjak itu, pusat pengumpulan komoditi utama Fu-nan di Óc Eo mula ditinggalkan dan dipindahkan mungkin ke Laem Pho di teluk Bandon. Pada abad ke 7, Fu-nan masih meneruskan misi ufti (hanya 2 kali ke istana Tang) dan selepas tahun 627-49, tiada lagi misi ufti dari Fu-nan ke Imperial China. Manakala Pan-pan masih meneruskan misi ufti ke Imperial China sehingga 650-55. Fu-nan mungkin akhirnya terintegrasi ke dalam Pan-pan. Sebelum abad ke 7, negara-negara di pulau Sumatera, Jawa dan Borneo masih tidak terlibat secara langsung dalam perdagangan antarabangsa timur-barat dan Selat Melaka masih jarang digunakan untuk tujuan ini.
Kota-kota pelabuhan purba di Kuala Muda dan di Satingpra mungkin sudah aktif beroperasi sekurang-kurangnya sejak abad ke 5 masihi dan terus berfungsi selama beberapa abad kemudian. Hasil-hasil kajian dari aspek arkeologi, arkeologi maritim, geomorfologi dan lain-lain untuk kedua-dua lokasi ini dari terus-menerus dilaporkan oleh pengkaji-pengkaji asing dan tempatan dalam tempoh beberapa dekad ini. Selain berfungsi sebagai pelabuhan utama atau entrepôt, kota-kota ini juga selama beberapa abad berfungsi sebagai kawasan industri yang menghasilkan pelbagai produk antaranya ingot besi, ingot timah, seramik, manik-manik, pembuatan besi, bata dan sebagainya. Selain penemuan artifak-artifak dalam jumlah yang banyak, reruntuhan binaan juga banyak dikesan dan ditemui antaranya kuil-kuil Hindu/Buddha, bangunan-bangunan pentadbiran, jeti-jeti pelabuhan (Sungai Batu), tembok kota (Satingpra), tangki air hidraulik (Satingpra), tapak peleburan besi (Sungai Batu) dan bermacam-macam lagi. Bagaimanapun, masih banyak kerja-kerja penggalian dan pengumpulan data diperlukan.
Di sebelah utara Kaḍarā adalah negara Langkasuka yang mungkin meliputi Nakhon Si Thammarat di sebelah pantai timur dan Krabi di sebelah pantai barat. Negara Java (She-p'o) P'o-ta, Pahang dan Kelantan muncul seketika dalam pada era Dinasti Song Pertama (420-479) dengan menghantar beberapa kali misi ufti ke istana Song. Negara Java P'o-ta mungkin terletak di antara Kaḍarā dan Kelantan yang meliputi Patani di sebelah pantai timur dan Perak di sebelah pantai barat; negara Kelantan mungkin terletak di sepanjang Sungai Kelantan; manakala negara Pahang mungkin terletak sepanjang Sungai Pahang. Ketiga-tiga negara ini berikutnya mungkin diserap (atau bergabung dalam hubungan ufti ke China) ke dalam Kaḍarā selepas misi ufti terakhir mereka ke istana Song pada tahun 451 (She-p'o P'o-ta), 452 (Kelantan) dan 466 (Pahang). Beberapa dekad kemudian, Kelantan bagaimanapun mungkin bertindak membebaskan diri dari Kaḍarā dan menyambung kembali misi ufti ke Imperial China (Dinasti Liang) sejak 531 dan sejak itu juga Kelantan dikenali dengan nama Tan-tan oleh Imperial China. Kaḍarā menghantar misi ufti ke imperial China beberapa kali dari tahun 441 hingga 563. Sebelum Śrīvijaya dibentuk, Kaḍarā mula-mula mengubah namanya menjadi Tanah Merah pada sekitar 580-600 AD, mungkin selepas menyerap (atau bergabung dalam hubungan ufti ke China) dengan negara Langkasuka, di mana Langkasuka telah menghentikan misi ufti ke imperial China selepas 568 AD. Berdasarkan rekod Sejarah Dinasti Sui (Sui Shu, 580-618), Tanah Merah digambarkan sebagai sebuah negara yang maju pada masa itu dan pemerintahan Sui memberi perhormatan tinggi terhadap Tanah Merah dengan menghantar utusan ke negara ini dalam tahun 607. Berikutnya, Tanah Merah pula menghantar utusan berturut-turut ke istana Sui dalam tahun 608, 609 dan 610. Berdasarkan sikap dan layanan Sui terhadap Tanah Merah, negara ini mungkin merupakan 'rakan perdagangan' penting bagi dinasti Sui. Jadi, sebelum Śrīvijaya muncul dalam era dinasti Tang, Tanah Merah telah muncul sebagai negara dengan kekuatan perdagangan pada zaman Dinasti Sui. Ciri ini sememangnya diwarisi oleh penggantinya, Śrīvijaya yang mungkin diasaskan sekitar 670-71 AD. Yijing, seorang pendeta Buddha dan cendekiawan China memberitahu kita bahawa beliau mengunjungi kota Śrīvijaya (Panggilan Yijing: Fo-shih/Bhoja) pada Nov/Dec 671 dalam perjalanan beliau ke kota Tamralipti di Bengal Barat. Manakala Sejarah Dinasti Tang Baru (i.e. Xin Tang Su, 618-960) memberitahu kita bahawa utusan pertama Śrīvijaya ke istana Tang adalah antara tahun 670-73. Hakikatnya, selepas tahun 670 hanya nama Śrīvijaya kekal sebagai negera pengufti kepada Imperial China dari Semenanjung Tanah Melayu, sementara Tan-tan (misi ufti terakhir ke China pada 670) dan Pan-pan (misi ufti terakhir ke China pada 650-55) yang sebelumnya juga merupakan negara pengufti kepada Imperial China sudah lenyap dan tidak pernah datang kembali. Fakta ini dapat memberi gambaran kepada kita bahawa Tanah Merah telah menggabungkan negara-negara utama di Semenanjung Melayu dan akhirnya mengasaskan Śrīvijaya pada 670-71. Jika kedua-dua negara Kaḍarā dan Śrīvijaya diandaikan berlokasi di Sumatera, maka agak mustahil jika tiada misi ufti datang dari Sumatera dari tahun 564 (misi ufti terakhir Kaḍarā ke China) hingga 670 (misi ufti pertama Śrīvijaya ke China), iaitu selama tempoh lebih 100 tahun. Pada masa yang sama sukar untuk dijelaskan kenapa beberapa negeri di Semenanjung Tanah Melayu seperti Langkasuka, Tanah Merah, Pan-pan dan Tan-tan menolak untuk menghantar misi ufti ke Imperial China yang merupakan suatu perniagaan yang sangat menguntungkan selain mendapat perlindungan dari empayar besar China.
Maklumat-maklumat geografi dan astronomi dari sumber catatan China memberikan gambaran yang jelas bahawa kedua-dua negara Tanah Merah dan Śrīvijaya mempunyai lokasi yang sama, i.e. Semenanjung Tengah. Sejarah Dinasti Tang Baru menyatakan bahawa ke arah barat Śrīvijaya letaknya kerajaan Langabalus (Panggilan China: Lo-po(ba)-lou-si). Melalui rekod pengembaraan Ibn Khordadzbeh dan Suleyman pada abad ke 9 masihi, dinyatakan bahawa kapal-kapal yang datang dari arah Sri Lanka (Panggilan Arab: Serendib) akan menempuh Langabalus sebelum sampai ke Kedah (Panggilan Arab: Kilah/Kalah). Jadi, jelas di sini bahawa Langabalus terletak di Kepulauan Nicobar yang sering menjadi lokasi persinggahan kapal-kapal setelah mengharungi Teluk Bengal dari arah selatan selatan India atau Sri Lanka. Manakala dari catatan sebelumnya, Sejarah Dinasti Sui (Sui Shu, 580-618) menyatakan bahawa ke arah barat Tanah Merah letaknya kerajaan Balus (Panggilan Cina: Po(ba)-lou-so). Langabalus dan Balus di sini kemungkinan besar merujuk kepada kerajaan yang sama yang terletak di kepulauan Nicobar. Lokasi ini tidak dinafikan sering menjadi rujukan ahli pelayaran yang masuk/keluar dari zon Asia Tenggara dari/ke arah barat. Jadi, berdasarkan maklumat-maklumat ini, ia jelas menunjukkan bahawa Śrīvijaya dan Tanah Merah berada dalam lokasi yang sama, iaitu di Semenanjung Tengah. Sejarah Dinasti Tang Baru juga memberikan lokasi Śrīvijaya secara definit melalui data gnonom atau plat sundial yang melemparkan bayang-bayang. Berdasarkan data ini, ahli-ahli astronomi antaranya J.L Moens (1930an) dan P.J. Bee (1970an) telah melakukan pengiraan saintifik dan mendapati ia berada pada lalitud tidak jauh (sedikit utara) dari daerah Kota Bharu, Kelantan. Bagaimanapun, kemudiannya seorang ahli astronomi Thailand, Nipon Saipet telah mempublikasikan dapatannya yang dibentangkan dalam satu perjumpaan Sarjana-Sarjana Diraja (Thailand), Akademi Sains, berlansung pada 17 Januari 2001. Beliau melakukan pengiraan dan memperkenalkan pembolehubah “obliquity” yang mana nilainya berbeza dari satu jangkamasa ke jangkamasa. Dengan mengambil nilai “obliquity” dalam jangkamasa Yijing mengunjungi kota Śrīvijaya, iaitu pada abad ke 7 (yang berbeza nilainya dengan pada abad sekarang), beliau mendapati lokasi Śrīvijaya berkedudukan pada latitude 7 darjah dan 17 minit Utara, iaitu bersamaan dengan lokasi di province Songkhla, tidak jauh dari lokasi kota purba Satingpra. Dengan dapatan ini, berkemungkinan kota Śrīvijaya (Panggilan Yijing: Fo-shih/Bhoja) yang dikunjungi oleh Yijing pada tahun 671 AD dalam perjalanannya ke Tampralipti adalah di Satingpra, dan mungkin juga lokasi yang sama yang pernah dikunjungi oleh utusan dari Sui pada 607, sebelum rombongan itu dibawa melalui jalan darat merentasi Semenanjung selama lebih 30 hari ke ibukota kerajaan Tanah Merah di Kuala Muda, sebelah pantai barat. Berdasarkan itenari perjalanan Yijing pada 671-72, perlayaran 20 hari dari Guangzhou (rekod paling cepat - dalam keadaan angin monsoon yang baik) ke Satingpra; 15 hari pelayaran dari Satingpra ke Malayu (berkemungkinan di kawasan Kepulauan Riau, tak jauh dari Singapura); dan 15 hari pelayaran dari Malayu ke Kedah adalah memang secara praktikalnya munasabah. Berdasarkan bukti-bukti sejarah ini, tidak mungkin lokasi Śrīvijaya berada di Palembang mahupun di mana-mana lokasi di Sumatera.
Dalam akaun yang sama, Sejarah Dinasti Tang baru juga menyatakan bahawa Śrīvijaya memiliki 14 negarakota jajahan dan pentadbiran dipecahkan kepada dua bahagian. Alasan yang mungkin untuk dua bahagian pentadbiran ialah; yang pertama adalah untuk mengawal dari pantai timur Semenanjung, i.e. laluan perdagangan penting di teluk Siam (sebelumnya dikuasai oleh kerajaan Fu-nan) dan Laut China Selatan; dan yang kedua adalah untuk mengawal dari pantai barat semenanjung, i.e laluan perdagangan penting di laut Andaman (sebelumnya dikuasai oleh kerajaan Fu-nan) dan Selat Melaka. Mungkin kedua-dua pusat pentadbiran atau ibukotaya adalah di Satingpra, sebelah pantai timur (yang dikenali sebagai kota Śrīvijaya) dan di Kuala Muda, sebelah pantai barat. Ini juga menjelaskan bahawa kedua-dua lokasi ini sudah menjadi kota penting negara Kaḍarā sejak abad ke 5 dan 6 masihi dan peranannya berlanjutan selepas itu. Pada tahun 680an, Śrīvijaya melancarkan ekspedisi tentera laut untuk meletakkan beberapa negara (atau "chiefdom") di Sumatera Tenggara, termasuk Palembang di bawah kendalinya dan ekspedisi dilanjutkan ke Jawa Tengah, untuk menundukkan kerajaan Keling (Panggilan Cina: Ka-ling/Ho-ling/He-ling, juga dikenali dengan nama Java dalam sebutan lain = Du-po/She-po) yang dikatakan ingkar dan tidak mahu berbakti, dalam ertikata tidak mahu menyertai sistem rangkaian perdagangan yang berpusatkan Śrīvijaya. Selepas itu, Śrīvijaya membina batu-batu bersurat di daerah-daerah taklukannya atas sebab tertentu.
Dari perbincangan ini, kita hampir pasti bahawa Śrīvijaya diasaskan sekitar 670-71 berasal dari Kiḍarā/Kaḍarā. Sebelum menjadi Śrīvijaya, kerajaan Kaḍarā terlebih dahulu mengubah namanya menjadi Tanah Merah (Terjemahan langsung dari perkataan Cina: Ch-ih-t’u) pada sekitar 580-600. Beberapa abad kemudian, sebuah persekutuan baru bernama Tiga-Vijaya (Panggilan Cina: San-fo-tsi) muncul. Semua raja kerajaan-kerajaan ini ada benang merah dengan pemerintah Kiḍarā/Kaḍarā.
---------------------------------------------------------------------------------
A) Menurut Ma Tuan-lin, sebuah negara yang dibaca Kia-tcha/Jia-zha menghantar duta ke China pada 638. Namun, tidak diberikan maklumat lanjut tentang negara ini. Oleh kerana karektornya yang dekat dengan Chieh-ch’a/Jie-cha, i.e. karektor China untuk Kedah, maka sejarawan biasanya mengaitkan negara ini dengan Kedah. Bagaimanapun, Kedah pada ketika itu adalah sebahagian dari negara Tanah Merah yang mana ibukotanya terletak di Kuala Muda. Kia-tcha/Jia-zha mungkin sebuah negara yang terletak di dataran tengah Siam yang berjiran dengan negara Kemboja di sebelah timurnya dan negara Śri-Ḳsetra di sebelah baratnya. Negara ini berikutnya mungkin diserap ke dalam Kemboja yang dilihat sedang berkembang pesat ketika itu.
B) Tentang lokasi Kiḍarā/Kaḍarā, ahli sejarah pernah mengemukakan 3 pandangan:
1. Palembang atau suatu tempat di tenggara Sumatera
Ini adalah pandangan paling popular yang dipegang oleh kebanyakan sejarawan, kerana mereka yakin dengan penetapan oleh sejarawan Perancis, George Cœdès (1886-1968) iaitu Śrīvijaya/Shih-li-fo-shih/San-fo-tsi adalah Palembang. Pandangan ini mungkin berpunca dari rekod Ma Huan (1380-1460) yang berjudul Ying-Yai Sheng-Lan (siap dibukukan pada 1416) dan Sejarah Dinasti Ming (1368–1644) di mana Ma Huan dan sejarawan Ming telah menyamakan Palembang dengan San-fo-tsi. Maka secara otomatik Kiḍarā/Kaḍarā juga diandaikan berlokasi di Palembang atau setidak-tidaknya suatu lokasi di Sumatera Tenggara seperti di Jambi. Sementara itu, Gabriel Ferrand mengambil petikan dari Ḥāwiya Ibn Majid (bertarikh 1462 masihi), yang menunjukkan bahawa Kandari adalah sebutan umum pulau Sumatera. Beliau berpendapat sejarawan Ming menyampaikan maklumat yang otentik, walaupun penggunaan kata-kata mereka sedikit tidak tepat; sepatutnya mereka mengatakan San-bo-tsai adalah sebahagian daripada Kan-to-li, tetapi sebaliknya mereka mengatakan bahawa San-bo-tsai adalah Kan-to-li. Bagaimanapun, G.E. Gerini (1960-1930) dan seterusnya R.C. Majumdar (1884-1980) telah merungkaikan salah faham ini seperti yang dijelaskan pada bahagian berikutnya. Manakala O.W. Wolters menegaskan bahawa Kan-to-li berkembang sebagai kerajaan perdagangan utama di tenggara Sumatera tanpa sebarang bukti. Walaupun pandangan ini jelas tidak mungkin, namun banyak ahli sejarah masih mengikutinya. Dari perbincangan di atas, jelas bahawa anggapan ini adalah satu kesilapan.
2. Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu - Daerah Khantuli
Gerini mencadangkan bahawa ianya merujuk kepada daerah Khanthuli di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu (beberapa kilometer di utara bandar Chaiya). Lokasi Kan-to-li, seperti yang dicadangkan oleh Gerini disokong oleh fakta bahawa kedua-dua Sejarah dinasti Liang dan Han Yü menyebut Kan-to-li bersama dengan Champa dan Kemboja. Ma-Twan-lin juga menyusun mengikut urutun lokasi dengan Kan-to-li, P'anp'an, Lan-ya-hsiu, dan Po-li, dua yang pertama sudah tentu terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Semua ini jauh menepati lokasi Kan-to-li di Semenanjung Tanah Melayu berbanding Sumatera, seperti dicadangkan Ferrand. Pandangan Gerini ini kebanyakannya diikuti oleh sejarawan Thailand yang percaya bahawa Chaiya adalah ibukota Śrīvijaya. Pandangan ini kelihatan lebih baik, namun ianya tidak begitu tepat kerana Kiḍarā/Kaḍarā adalah pendahulu kerajaan Tanah Merah dan kerajaan ini beribukota di sebelah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu seperti yang digambarkan oleh rekod perjalanan utusan dari Sui ke Tanah Merah pada 607.
3. Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu - Kedah
R.C. Majumdar menegaskan bahawa kemungkinan lokasinya ialah di Kedah. Penulis memetik sebahagian hujah-hujah Prof. R.C. Majumdar untuk difikirkan bersama.
<Start quote>
Now, on the basis of the identification of San-bo-tsai with Śrī-Vijaya and Palembang, Groeneveldt, Schlegel, and other scholars took Kan-to-li of the Liang and First Sung annals as equivalent to Palembang. This view has been strongly criticised by Gerini. Referring to the identification of Kan-to-li with San-bo-tsai by the late Ming historians, he remarks: "This late identification looks, I need not say, exceedingly suspicious, especially in view of the fact that we have more than once caught Chinese authors at fault in this sort of game; and last, but not least, because there was and still exists a Khanthuli or Kanturi district on the east coast of the Malay Peninsula, which may very well be the old Kan-to-li of First Sung and Liang periods." The criticism of Gerini appears to be a valid one, and neither Pelliot nor Ferrand is willing to put much faith in the identification proposed by later Chinese historians. But the identification proposed by Gerini has not found general acceptance. Ferrand quotes a passage from the Ḥāwiya of Ibn Majid (dated A.D. 1462), which shows that Kandari was a general appellation of the island of Sumatra. Ferrand suggests that the Ming historians really conveyed an authentic information, though their wordings are a little inaccurate; for, instead of saying that San-bo-tsai was a part of Kan-to-li, they said that San-bo-tsai was Kan-to-li.
The identity of San-fo-tsi and Palembang also does not appear to be beyond question. It evidently rests upon the following statement of Ma Huan (1416 A.D.): "Ku-kang is the same country which was formerly called San-fo-tsi; it is also called Palembang, and is under the supremacy of Java." The History of the Ming dynasty also informs us that sometime before 1397 A. D., "Java had completely conquered San-fo-tsi and changed its name to Ku-Kang.
These statements appear to be decisive in favour of the identification of San-fo-tsi with Palembang. But when we read the detailed account which follows the statement quoted above from the History of the Ming dynasty, the view is bound to be changed. It tells us in effect that when the Javanese had conquered San-fo-tsi, they could not keep all the land and the whole country was disturbed. It then describes how two Chinese adventurers set up as kings of San-fo-tsi and Ku-Kang. From this Groeneveldt has made the obvious inference that Ku-Kang and San-fo-tsi were different places.
It might appear that Ku-Kang was the name given to that part of the extensive kingdom of San-fo-tsi which was under the control of Java, and by a natural process, the name of the former kingdom, San-fo-tsi, came to be applied to the latter, which originally formed merely a part of it. But then we should remember that San-fo-tsi and Ku-kang are treated as two different places in Tao-yi Che-lio (1349-50 A.D.), i.e. long before Java finally conquered San-fo-tsi. All these certainly go against the view that San-fo-tsi is equivalent to Ku-kang or Palembang. That San-fo-tsi and Palembang were different places is also proved by the account of Chau Ju-kua who includes Pa-lim-fong or Palembang among the dependencies of San-fo-tsi. Palembang was thus a dependent kingdom of, and therefore different from, San-fo-tsi.
Now the view propounded above disposes of both these objections, and I may point out that Kan-to-li (or Kin-to-li), which is regarded by the Chinese as the old name of San-fo-tsi, resembles to a great extent Kaḍarā or Kiḍarā, the Cola name for the kingdom of Cūḍāmaṇivarman and Śrī Māravijayottungavarman who are referred to in the Chinese records as kings of San-fo-tsi. It is thus legitimate to suggest, as a not improbable hypothesis, that the first Chinese name, Kan-to-li, corresponded to Kaḍarā, while the second Chinese name, San-fo-tsi was equivalent to Arabic Zābaj or Zābag. Except for the addition of a nasal sound in both Kan-to-li and San-fo-tsi, these two names seem to correspond quite well with Kaḍarā and Zābaj. Further, it is to be noted that corresponding to the variant forms Kaḍarā and Kiḍarā in the Cola records, we have Kan-to-li and Kin-to-li in the Chinese annals.
<End quote>
------------------------------------------------------------------
Cœdès, George (1968), The Indianised States of Southeast Asia, Walter F. Vella (ed.), Cowing, Sue B. (trans.), 3rd edition. Honolulu: East-West Center Press.
- (1966), The Making of Southeast Asia, H.M. Wright (Trans.). Berkeley; Los Angeles; London: University of California Press
Majumdar, R.C. (1937), Ancient Indian colonies in the Far East. Vol. II, Suvarnadvipa. Calcutta: Modern Pub. Syndicate
- (1927), Ancient Indian colonies in the Far East. Vol. I, Champa. Lahore: Punjab Sanskrit Book Depot
- (1944), Kambuja-Desa or An Ancient Hindu colonies in Cambodia. University of Madras
Suzuki, Takashi (2012), The History of Srivijaya Under the Tributary Trade System of China. Mekong Publishing Company, Limited
- http://www7.plala.or.jp/seareview/newpage6Sri2011Chaiya.html “Śrīvijaya―towards ChaiyaーThe History of Srivijaya (Renewed 10 November 2014)
Wheatley, Paul (1961), The Golden Khersonese: Studies in The Historical Geography of The Malay Peninsula before A. D. 1500. Kuala Lumpur: University of Malaya Press
Wolters, O.W. (2008), ‘Studying Śrīvijaya’, in Early Southeast Asia: Selected Essays, Craig J. Reynolds (ed.), Ithaca: Cornell University Southeast Asia Program Publications
- (1975), The fall of Śrīvijaya in Malay history, Kuala Lumpur: Oxford University Press
- (1967), Early Indonesian Commerce. Cornell University Press
Muljana, Slamet (2006), Sriwijaya. Yogyakarta: PT LKiS Pelangi Aksara
------------------------------------------------------------------
Groeneveldt, W.P. (1876), Notes on the Malay Archipelago and Malacca: Compiled from Chinese sources. Batavia, W. Bruining
- Supplementary Jottings to the Notes on the Malay Archipelago and Malacca: Compiled from Chinese sources
Takakusu, J. (1896), A Record of Buddhist Religion as practised in India and the Malay Archipelago, by I-Tsing. Oxford University Press
Bee, P. J. (1974), “The Hsin T’ang Shu Passage about P’an-p’an.” JSS 62, pp. 325–26
Saipet, Nipon (2001), The article “The Tilt of the Rotation Axis of the Earth” presented at the meeting of the Royal Scholars, Science Academy, on 17 January 2001
William Aspell (2013), Southeast Asia in the Suishu: A Translation of Memoir 47 with Notes and Commentary. National University Singapore: Asia Research Institute, Working Paper Series No. 208
Geoffrey Goble (2014), Maritime Southeast Asia: The View from Tang-Song China. Nalanda Sriwijaya Centre, Working Paper Series No. 16
Nilakanta Sastri, K. A. (Kallidaikurichi Aiyah) (1949), History of Sri Vijaya, Madras: The University of Madras Press
Nik Hassan Shuhaimi (1979), Srivijaya: Satu Tinjauan Tentang Organisasi Sosial Dan Pentadbiran. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Nik Hassan and Othman (1990), Antiquities of Bujang Valley. Kuala Lumpur: Museum Association of Malaysia, pp. 90–4.
Nazarudin Zainun, Nasha Rodziadi Khaw (2015), Perdagangan dunia Melayu-China hingga kurun ke-16 masihi: Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi. Pulau Pinang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia
Stargardt, Janice (1983), Satingpra I: The environmental and economic archaeology of south Thailand. British Archaeological Reports International Series 158. Oxford
- (2001), ‘Behind the Shadows: Archaeological Data on two-way sea-trade between Quanzhou and Satingpra, South Thailand, 10th-14th century’, in The Emporium of the World: Maritime Quanzhou, 1000-1400. Angela Schottenhammer (Ed.). Leiden; Boston; Köln: Brill, pp. 309-394
Jane Allen, S. (1989), Review Articles: Agriculture, Hydraulics, and Urbanism at Satingpra. Asian Perspectives Vol. 28, No. 2, pp. 163-177
- (2000), In support of trade: coastal site location and environmental transformation in early historical-period Malaysia and Thailand. Bulletin of the Indo-Pacific Prehistory Association (Melaka Papers, Volume 4), pp. 62-78
Jacq-Hergoualc'h, Michel (2002), The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD). Brill, South East Asia, Asian Studies
Chand Chirayu Rajani, M.C. (1974), Review Articles: Background to the Srivijaya Story I. JSS 62.1, pp. 174–209
- (1974), Review Articles: Background to the Srivijaya Story II. JSS 62.2, pp. 285–324
- (1975), Review Articles: Background to the Srivijaya Story III. JSS 63.1, pp. 208–256
Quaritch Wales, H.G. (1940), Archaeological Research on Ancient Indian Colonization in Malaya. JMBRAS XVIII, Part I
- Quaritch Wales, Horace Geoffrey (1976), The Malay Peninsula in Hindu Times. London: Quaritch
Moens, J.L. (1940), Crivijaya, Yava en Kataha. Singapore: Koninklijk Bataviaasch Genootschap
Braddell, Roland (1950), Notes on Ancient Times in Malaya. JMBRAS XXIII, Part I, pp. 1-36
- (1950). Notes on Ancient Times in Malaya. JMBRAS XXIII, Part III, pp. 1-35
Bronson, Bennet (1979), The Archaeology of Sumatra and the problem of Srivijaya. Early South East Asia. Oxford University Press
Manguin, Pierre-Yves (2014), Early Coastal States of Southeast Asia: Funan and Śrīvijaya’, in Lost Kingdoms: Hindu-Buddhist Sculpture of Early Southeast Asia, New York: The Metropolitan Museum of Art
Nicolas Revire, Stephen A. Murphy (2014), Before Siam: Essays in Art and Archaeology. Bangkok: River Books; The Siam Society
Miksic, John (2016), ‘Archaeological Evidence for Esoteric Buddhism in Sumatra, 7th to 13th Century’, in Esoteric Buddhism in Mediaeval Maritime Asia: Networks of Masters, Texts, Icons, Andrea Acri (Ed.). ISEAS – Yusof Ishak Institute
Stephen A. Murphy (2014), Revisiting the Bujang Valley: A Southeast Asian entrepôt complex on the maritime trade route. JRAS, Series 3, page 1 of 35
Munoz, Paul Michel (2006), Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Editions Didier Millet
___________________________
~ Abu Zabag ~
Sahabat PENA
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment