OLEH: Taufiq Tuah
Namun masih juga tidak ada siapa yang boleh nafikan bahawa bangsa Melayu sebenarnya bangsa yang mempunyai kemajuan tamadun terawal. Melayu bukan sahaja adanya di semenanjung, tetapi juga akhirnya mampu menyebarkan taburan penempatannya ke kawasan-kawasan kepulauan Australia. Malah betapa banyaknya pulau-pulai lain yang ada di antara dua kawasan itu.
Jika kita teliti perkembangan ketamadunan manusia, menunjukkan tamadun Melayu antara yang terawal membentuk kemajuan.
Gambar via- Awani
1. Batu untuk mengisar bijirin : Dipercayai muncul di dalam tamadun Melayu semenjak 24 000 SM. Tamadun Mesir hanya mengenal kaedah ini pada 12 000 SM. Timur Tengah pula hanya mengenal teknologi ini pada 10 000 SM.
2. Periuk Belanga : Periuk belanga di dalam tamadun Melayu muncul sejak 9 000 SM lagi. Dipercayai pada zaman yang sama Tamadun Cina mengenal Periuk Belanga.
3. Penanaman padi: Semenanjung Tanah Melayu mulai menanam padi pada tahun 7 200 SM manakala tamadun Cina hanya mengenali kaedah ini pada 5 000 SM
4. Kemahiran laut: Dipercayai Melayu mulai mahir dalam ilmu laut pada 5 000 SM. Pada tahun 1 500 SM, Melayu mula menerokai pulau-pulau di Lautan Pasifik dan menetap di sana. Pada 400 masihi pula orang Melayu telah sampai ke Pulau Easter iaitu pulau yang jauh di timur Lautan Pasifik. Pada 600 Masihi pula orang Melayu mulai membuka penempatan di Madagaskar. Pada 1 100 Masihi pula orang Melayu mulai meneroka pulau-pulau berdekatan New Zealand.
Berkenaan Melayu dengan laut boleh tengok link INI
KAPAL JONG berasal dari MELAYU??? >>> KLIK SINI
Pra Sejarah: Malah ada kajian dibuat terhadap Gua Niah. Tom Harrison akhirnya menyatakan bahawa Gua Niah di Sarawak itu berusia 40 000 tahun.
Tidak lupa juga lukisan di Gua Tambun , Perak yang dipercayai dilukiskan di zaman Neolitik. Malah banyak lagi bukti-bukti lain yang menunjukkan tamadun Melayu merupakan antara tamadun paling tua di dunia.
Lukisan di Gua Tambun.
Rujukan: Tamadun Alam Melayu, Mohd Arof Ishak, 2015
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment