Wujudkah Perisik British Yang Bertujuan Menyesatkan Islam Tetapi Memuji Muhammad Dan Membenci Agama Dirinya Kristian
OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Tapi hal ini wujud dalam sebuah buku yang sangat misteri! Memoir En Hampher.
Buku yang entah didapatkan dari mana, yang tidak diketahui asal usulnya, dan jalan cerita dalam buku tersebut selalu merendahkan agama Kristian padahal tujuan En Hampher adalah menyesatkan Islam dan mendekatkan budaya Kristian kepada orang Arab!
Malah En Hampher selalu memanggil Baginda dengan nama Muhammad alaihis salam!
Ini sangat luar biasa: mubaligh British yang bertujuan mengkristiankan manusia telah menghina agamanya yang dia ditugas (malah melaksanakan) untuk hal itu!
Lebih luar biasa adalah nama En Hampher tidak wujud dalam sebarang rekod kerajaan British dan tidak ada sesiapa yang mengenali dia hatta pegawai dari England!
En Hampher benar-benar tidak diketahui kewujudannya hatta negaranya sendiri!
Yang mengetahui kewujudan perisik teragung ini hanyalah kaum Turki dan kaum Asyaariyah!
Banyak para ilmuan Islam telah mendedahkan bahawa kitab ini aalah palsu dan bikinan orang Islam yang memusuhi Wahabi.
Sampaikan dia terbawa watak Islamnya dalam menulis kitab palsu tersebut. Oleh itu penulis merendahkan kristian dan mengangkat Islam. Padahal sepatutnya dalam memoir penjahat yang mahu Islam runtuh, pastilah dihambur kata hinaan kepada Muhammad dan Islam.
Macam buku karya Puan Joan Peters, yang menulis tentang sejarah Palestin dan Zionis, bagaimana dia memuji Yahudi dan membela Zionis sehingga memburukkan Islam dan bangsa Arab!
Maka terbuktilah Puan Joan Peters adalah orang yang mahu Islam tumbang dan jelas bahawa dia sangat memusuhi Arab.
Tapi menelusuri Memoir En Hampher, sangat pelik dan sangat kontradik dengan watak penjahat dan spy British!
Yang lebih pelik adalah kaum Asyaariyah - dengan segala bukti telah dibentang bahawa kitab ini palsu - mereka terus beriman bahawa En Hampher ini wujud dan mereka jadikan BUKTI akan kesesatan Wahabi.
Pertama bahawa riwayat Kafir tidak dipakai dalam Islam.
Kedua bahawa kitab ini diragui keabsahannya.
Tapi bagi kaum Asyaariyah, dua alasan ini tidak perlu difikir sebab Matlamat Menghalalkan Cara!
Matlamat adalah menyesatkan Wahabi maka dipersila guna apa cara sekalipun!
http://www.hakikatkitabevi.com/…/14-ConfessionsOf%20ABritis…
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment