Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali: Ketua Pemasangan Reaktor Nuklear Pertama Malaysia

OLEH: Taufiq Tuah

Pemasangan reaktor nuklear pertama di Malaysia ialah pada 1979. Pada ketika itu kita cuba menggunakan reaktor TRIGA Mark II. Tahukan ada siapa yang mengetuai pemasangan reaktor nuklear bersejarah ini?




Namanya ialah Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.


Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1948 di Tambun Tulang, Arau, Perlis. Beliau membesar dalam kampung tang serba kekurangan dengan tiadanya bekalan air dan bekala elektrik. Namun keluarganya daripada keluarga yang penyayang dan mengutamakan pendidikan.

Memasuki Sekolah Inggeris Putra, Kangar pada 1950 dan kemudian berpindah tiga tahun kemudian ke Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau ditawarkan biasiswa oleh Lebaga Letrik Negara (LLN) pada 1968 untuk menyambung pengajian di Kolej Teknikal Brighton, United Kingdom dalam Diploma  Kejuruteraan.

Beliau mendapat kepujian kelas pertama dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di King's Colleg, University Of London pada 1973 dan Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Nuklear daripada Queen Mary College, University Of London pada 1977. 

Belaiu bersama di Lembaga Letrik Malaysia sebelum dipindahkan ke Pusat Penyilidikan Atom Tun Dr Ismail (PUSPATI). Sebagai persediaan membina reaktor nuklear PUSPATI, beliau telah dihantar untuk program pasca kedoktoran dalam bidang operasi reaktor nuklear di Oregon State University dan Pennsylvania State Universiti pada 1978.

Mengetuai projek pemasangan reaktor nuklear pertama di Malaysia, TRIGA Mark II dan diberi penghargaan untuk memulakan operasi reaktor itu buat kali pertama pada 1979. 

Dari tahun 1983 hingga 1989, beliau merupakan Pemangku Pengarah Unit Tenaga Nuklear (UTN). Dari tahun 1983 sehingga Ogos 1988, beliau berkhidmat dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebagai seorang pakar dan penyelaras serantau. Pada 5 September 1996 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berad (TNB). Pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Pengerusi Gas Malaysia Sdn Bhd dan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Beliau merupakan Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia, Felo di Institut Jurutera Malaysia. Beliau mendapat anugerah 'Prominent Player' daripada Construction Industry Development Board of Malaysia dan Anugerah Felo Kehormat Asean Confedration of Engineering Organization.

Pada tahun 1996, beliau mendapat anugerah untuk  'Outstanding Constribution to the Engineering Profession' daripada Lembaga Jurutera Malaysia.

Kini, beliau merupakan pengerusi UEM Group Berhad, PLUS Expressway International Berhad, Linde Malaysia Holdings Berhad dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).


Rujukan: Petrosains

___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi

Comments