Fakta Santai: Kota Batu Wuna

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Kota Batu Wuna dibina oleh La Kilaponto pemerintah ke 7 yang hanya sempat memerintah sekitar 3 tahun sebelum berangkat ke Buton bagi menggantikan mertuanya lalu ditabal sebagai Raja Buton ke 6.

Kota batu ini dibina dalam bentuk melengkar sejauh 8km dan setinggi 4 meter dan setebal 3 meter. Ia dibina pada kurun ke 16.

Di Buton, La Kilaponto memakai gelar Sultan Muhammad Isa Kaimuddin Khalifatul Khamis dan menjadi sultan pertama.

Sejarah masuk Islam La Kilaponto ini terdapat khilaf. Ada yang berkata Baginda telah memeluk Islam ketika masih sebagai putera raja di Muna. Dan ada pandangan yang lain pula menyebutnya bahawa baginda memeluk Islam setelah menjadi Raja Buton. Mungkin inilah pendapat yang lebih kuat.

Namun semua sepakat akan keislamannya dilakukan oleh Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman Al Fathani.

Manakala raja Muna yang pertama menjadi Islam adalah Raja La Ode Sa’adudin, pemerintah ke 11.



* gambar adalah lakaran Tembok Muna yang dilukis oleh Jules Couvreur Couvreur dalam bahasa Belanda pada tahun 1935 dengan tajuk Ethnografisch overzicht van Moena.


___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi

Comments