Bendera Malaysia Bukan Meniru Bendera USA

 OLEH: Taufiq Tuah



Sangkaan yang menyangka bendera Malaysia meniru bendera USA ialah sangkaan yang salah.

Mohamad Hamzah telah memberi tahu sendiri ilham penciptaan Jalur Gemilang.

Walaupun bendera cadangan asal sebenarnya tiada pengaruh bendera Majapahit, namun bendera pindaan akhirnya ialah gabungan bendera Johor dan Majapahit.

Bendera Singapura pula ialah ilham dari bendera Indonesia yang bercampur bulan dari bendera Malaysia beserta 5 bintang dari bendera China.

Fakta tentang inspirasi bendera pindaan itu dipetik dari Utusan Melayu, November 1949.






APA SALAHNYA BENDERA MALAYSIA ILHAM DARI MAJAPAHIT?

Selepas kami up poster asal Jalur Gemilang itu berilhamkan gabungan bendera Johor dan Majapahit di Legasi Pemikir (LEKIR), saya melihat ada beberapa golongan.

1. Golongan yg setuju dan suka. Bangga Jalur Gemilang berilhamkan bendera Majapahit.
2.Full of deny. Masih lagi kata kita tiru US.
3.Yang rasa tak patut Malaysia inspirasi dari Majapahit sebab Majapahit ialah empire Indonesia.

Saya jelaskan bahawa cadangan asal Mohamad Hamzah untuk bendera Jalur Gemilang memang tiada pengaruh bendera Majapahit. Tetapi design jalur itu masuk ialah pada bendera pindaan.

Bukti bahawa bendera Majapahit sebagai ilham itu benar-benar hanya ilham 'design' dan tidak lebih dari itu.

Adanya jalur merah ilham Majapahit pada bendera Malaysia tidak membawa maksud yang kita meng-claim Majapahit ialah empire asal Malaysia. Tidak juga bermaksud kita masih terikat dgn empire itu. Tidak juga maksud kita bekas jajahan empire itu.

Sebenarnya ilham itu hanya sebatas 'design' yang mana memang unik untuk meletakkan jalur pada bendera.

Ketika kita mengutuk Mohamad Hamzah menerima ilham dari bendera Majapahit, perkara ini dah berlaku banyak kali pun dalam empire lain. Sebagaimana bendera Russia yang sebenarnya diilhamkan dari bendera Belanda.

Adakah ini bermakna Belanda menewaskan Russia? Atau Russia ialah bekas jajahan Belanda? Tidak.

Jadi jangan jadi 'childish' mempersoalkan kenapa bendera kita ni sekian itu dan sekian ini. Jalur dah berkibar dan namanya Jalur Gemilang.

Terima sejarah itu sebaiknya. Sejarah tak perlu ikut citarasa kita. Tapi kita yang kena sabar apabila berhadapan dgn sejarah.


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Dapatkan buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan 27 Mac 1838. Sebuah catatan penulisan Abdullah Munsyi sendiri yang telah diterjemah rumikan. 
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI.

Comments