OLEH: Halim Abdurrahman
Dalam sejarah perang moden, antara satu-satunya kekejaman paling brutal pernah berlaku adalah peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing atau Nanjing Massacre atau Rape Of Nanjing. Berlaku pada Disember 1937, oleh tentera Jepun terhadap penduduk awam Kota Nanjing (China).
Setelah Jepun berjaya memasuki Kota Nanjing, sekitar 200,000-300,000 orang awam dibunuh dengan kejam dan 20,000 hingga 80,000 wanita serta kanak-kanak telah dirogol. Nak gambarkan bagaimana kejamnya tentera Jepun ketika itu, mereka susun beribu orang awam kalangan lelaki termasuk kanak-kanak di tepi sungai Yangze. Lalu ditembak mati, kemudian yang masih hidup akan dimatikan dengan bayonet. Semua mayat-mayat itu dibakar dan dibuang dalam sungai. Pada sisi lain, ada tawanan orang awam diletupkan dengan periuk api sampai hancur berkecai.
Wanita pula, mereka tidak bunuh terus. Beribu-ribu kaum wanita diburu, digeledah rumah dan ditangkap. Lalu dirogol beramai-ramai. Semua berjantina perempuan tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa hingga ke nenek tua tidak terlepas menjadi mangsa rogol. Bahkan mereka dirogol sampai mati. Selepas rogol, kemaluan ditusuk dengan bayonet atau botol. Ada banyak situasi seorang wanita dirogol oleh beratus orang tentera Jepun dalam sehari, apabila mangsa tidak bernyawa barulah mereka berhenti.
Tidak cukup sekadar itu, ada warga China dipaksa melakukan sumbang mahram. Bapa dipaksa rogol anak perempuan, anak dipaksa rogol Ibunya. Kemudian mereka dibunuh.
Siapa yang cuba selamatkan orang-orang China ini? Antaranyaa ialah John Rabe (John Heinrich Detlef Rabe), ahli perniagaan Jerman yang juga ahli parti Nazi. Beliau mewujudkan zone selamat dalam daerah Nanjing, dengan zone tersebut menjadi kawasan perlindungan orang-orang Cina yang melarikan diri. Tentera Jepun tidak dibenarkan berbuat sesuka hati di zone berkenaan, memandangkan kawasan itu dipimpin oleh orang asing yang juga ada hubungan diplomatik.
Tapi, apa kata John mengenai Jepun?
"Saya telah menulis beberapa kali dalam buku harian ini tentang mayat tentera Cina yang ditembak ketika terikat pada katil buluh dan masih terbaring tidak dikubur berhampiran rumah saya. Protes dan rayuan saya kepada kedutaan Jepun untuk menguburkan mayat ini, atau memberi izin kepada saya untuk menguburnya, sehingga kini tidak membuahkan hasil. Mayat itu masih terbaring di tempat yang sama seperti sebelumnya, hanya tali telah dipotong dan katil buluh kini terletak lebih kurang dua ela jauhnya. Saya benar-benar bingung dengan tingkah laku Jepun dalam perkara ini. Di satu pihak, mereka ingin diiktiraf dan diperlakukan sebagai kuasa besar sejajar dengan kuasa-kuasa Eropah, tetapi di pihak lain, mereka kini menunjukkan kebiadaban, kebrutalan, dan kebinatangan yang tidak ada bandingannya kecuali dengan hordes Genghis Khan. Saya telah berhenti mencuba untuk menguburkan mayat malang ini, tetapi dengan ini saya catatkan bahawa walaupun dia sudah mati, dia masih terbaring di atas bumi!"
(Rabe, John (2000). The good German of Nanking : the diaries of John Rabe)
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment