Kisah Israeliyat Melayuliyat

OLEH: Taufiq Tuah





Telah terpahat di dunia Nusantara kisah-kisah dongeng yang nyata. Bergantung lah kepada mereka yang ingin percayakan cerita tersebut.

segala dongeng dn mitos di alam Melayu itu tiada lah menjadi kemudaratan. Bergantung kepada individu samada hendak mempercaya padanya ataupun tidak. Jika benar, maka mereka sedang mengenali moyang mereka dengan baik. Jika silap, tidak menjadi kemudaratan untuk mereka.

Berbeza halnya di dalam agama. Betapa banyak cerita dongeng yang bersandarkan agama. Kisah2 dongeng itu bukanlah datang dari AlQuran dan Hadis Sahih, tetapi dari mulut dan kitab orang2 Israel. Maka kita menggelar cerita2 ini sebagai 'Israeliyat'.

Mudaratnya berlaku apabila org awam dn juga para asatizah menjadikan kisah2 Israeliyat ini sebagai hujah dalam agama. Mungkin sesetengah dari kisah ini membawa moral yg baik, tetapi Islam telah menetapkan bahawa akhlak yg ptt dicontohi itu ialah Nabi Muhammad SAW. Mengapa kita rasa perlu menggunakan karekter di dalam kisah 'Israeliyat' sebagai contoh akhlak?

Lebih mengejutkan apabila ada diantara kita menggunakan kisah2 itu sebagai asbab iktikad sesuatu perbuatan. Contohnya mereka yg mempercayai fadhilat membuat bubur asyura di hari asyura kerana kisah Israeliyat Nabi Nuh A.S. Sedangkan fadhilat itu tidaklah disebut oleh Rasulullah SAW.

Ini bukanlah kisah Ular Sakatimuna yang mana Jika kita percaya akan kisah itu, ia tidak mencemarkan ibadah kita. Kerana kita tidak pernah beriktikad bahawa ular itu boleh memberi sesuatu fadhilat. Hal ini kerana kisah Ular Sakatimuna tidak pernah disandarkan kepada agama.

Sejahterakan akidah!
Buktikan Melayu tidak mudah ditipu.
Buktikan Melayu tidak mudah terpedaya dan percaya pada kisah dusta.

Wallahualam.
_________________________________
Taufiq Tuah
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments