Taming Sari Milik Nabi Ibrahim?

OLEH: Taufiq Tuah

Umum mengenali sejarah Hang Tuah dengan kerisnya Taming Sari.

Muncul pula 'statement' bahaws Keris Taming Sari itu pada asalnya ialah milik Nabi Ibrahim A.S.

Sejujurnya, cerita ini tiada asas dari mana-mana riwayat samada riwayat Melayu mahupun sumber Islam. Tidak ada mana2 ayat AlQuran dan hadis sahih yg pernah mengatakan sedemikian.

Maka boleh diklafikasikan bahawa cerita tersebut ialah cerita dusta dari penglipur lara. Atau mungkin juga dari mereka yg taksub akan Melayu.

Sejarah mempunyai banyak versi penceritaan. Ia tidak memudharatkan kerana jika sejarah diceritakan dengan silap kerana kisah sejarah yg silap akan menjadi kisah lagenda atau mitos.

Mudharat apabila kisah-kisah anbiya dipermainkan dan direka. Ia merupakan suatu pencabulan kepada agama kita. Terutamanya apabila nama yg disandarkan itu ialah nama ulul azmi.

Nasihat saya, kpd yg suka mencipta dan berdusta dgn nama agama maka hentikanlah. Ini agama bukan permainan. Ia pegangan.

Wallahualam.
_________________________________
~Taufiq Tuah~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________


Comments