OLEH: Taufiq Tuah
Kita kenali Hang Tuah dan kisah2 nya. Semakin popularnya kisah ini apabila TanSri P.Ramlee telah menerbitkan kisah Hang Tuah di dalam filemnya.
Maka diketahui umum bahawa salah satu keramatnya Hang Tuah ialah kerisnya yg bernama Taming Sari. Dipercayai keris itu mampu memberi kekebalan kpd pemakai.
Keramat ialah rangkai kata pinjam dari Bahasa Arab iaitu Karamah. Karamah ialah perkara luar biasa yg Allah berikan kpd hamba2 Nya yg soleh.
Persoalan: Adalah benar Keris Taming Sari ialah karamah?
1. Dikatakan bahawa siapa sahaja yg memegang keris itu akan mendapat kebal. Cucuk tak darah, tikam tak mati. Namun, jika seseorang melepaskan keris tersebut lalu ditikam, sudah tentulah yg ditikam akan cedera. Maka disimpulkan, kekebalan itu datang daripada keris tersebut.
2. Karamah Allah SWT diturunkan hny kpd org2 soleh. Adapun mereka yg tidak menerima karamah, tidak lah bermakna dia tidak soleh.
3. Karamah tidak memerlukan sesuatu alat tertentu. Karamah AllahSWT diberi untuk seseorang 'Individu' bknnya pd sesuatu objek.
4. Karamah berbentuk kekebalan sebenarnya tidak begitu logik. Hal ini kerana ia bagaikan lebih dripada kelebihan Nabi dn para sahabat.
Allah SWT menghantarkan tentera2 Malaikat ketika RasullahSAW dan para sahabat berperang, tapi masih lagi ada sebilangan sahabat yg Syahid dn yg hidup juga tercedera. Sedangkan golongan sahabat yg Allah hantarkn malaikat pun cedera dan syahid, mengapa pula Allah bagi kebal pula pada Hang Tuah yg bukanlah sesiapa jika dibanding dgn Sahabat.
5. Jika benar keris itu memberi kebal, maka Hang Tuah sebenarnya tidak mempunyai semangat juang yg tulen. Sedangkan para sahabat berperang dgn impian syahid. Tiba2 kita pula sibuk ingin kebal dan tak mahu mati. Islam yg berani, menjadi Islam yg bacul.
6. Jika kebal itu daripada keris, maka nyatalah ia bukan karamah. kerana karamah bukan diberi pd sesuatu objek. Maka kemungkinan ia ialah sihir. Diletakkan makhluk pada keris tersebut untuk sesuatu keajaiban. Dan hal seperti ini mmg menjadi kebiasaan dlm dunia nusantara.
Kesimpulannya, terpulang kpd pembaca untuk samada mempercayai atau tidak kekebalan Taming Sari. Namun, jika ia benar seperti yg diceritakan maka melalui analisa di atas telah ternyata keramatnya Taming Sari bukanlah karamah. Wallahualam.
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment