Negara-Negara Yang Memutuskan Hubungan Dengan Qatar

OLEH: Taufiq Tuah



Digemparkan tentang berberapa negara yang telah memutuskan hubungan dengan Qatar. Antara faktor pemutusan hubungan ini ialah kerana media Qatar telah berberapa kali membocorkan maklumat penting yg tidak sepatutnya dibocorkan.

Selain itu, Qatar ibarat menyokong berberapa gerakan pengganas seperti Al-Qaidah dan Daesh. Juga banyak menjalinkan hubungan dengan Syiah Iran.

Qatar juga telah membina hubungan dengan Ikhwanul Muslimin (IM) dan telah menerima tokoh ikhwan iaitu Sheikh Yusuf Al-Qardhawi untuk menetap di Qatar.

Pelbagai alasan yg telah dilontarkan untuk memutuskan hubungan bersama Qatar. Terutamanya Mesir yang telah memberi julukan 'organisasi pengganas' kepada IM. Oleh itu, ia menjadi asbab utama Mesir (di bawah As-Sisi) untuk memutuskan hubungan bersama Qatar.

Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Qatar adalah kerana Qatar yang berbaik dengan pihak Syiah Iran. Qatar juga telah memberi keterangan menyatakan sokongan terhadap Iran, Hezbollah dan juga Israel.

Adapun begitu pihak Qatar mengatakan media mereka telah digodam namun Arab Saudi tidak menerima alasan itu.

Negara yang memutuskan hubungan dengan Qatar sehingga saat artikel ini ditulis ialah:-
1. Arab Saudi
2. Bahrain
3. Yaman
4. UAE
5. Libya
6. Mesir
7. Maldive

Wallahualam

Comments