OLEH: Pen Merah
ANTARA BILATERAL DAN MULTILITERAL
Umum untuk diketahui bahawa kedatangan delegasi Israel ke Malaysia atas urusan rasmi UN. Malaysia yang merupakan tuan rumah pada kali ini perlu meluluskan mana-mana visa bagi negara yang menyertai mesyuarat UN. Penulis tidak bermaksud yang penulis setuju dengan kehadiran mereka tetapi perlu diingatkan bahawa mereka datang atas tujuan MULTILITERAL yang bermaksud atas urusan seluruh negara dan bukannya melibatkan hubungan diplomatik antara dua negara.Isu hubungan Malaysia-Israel bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Dahulu, Tun Dr Mahathir pernah menjemput 14 pemain kriket dan pelajar Israel ke Kuala Lumpur. Malah, pelbagai produk dari Israel turut dipasarkan secara besar-besaran di Malaysia. Semasa lawatan wakil Israel, David Roet, dia berkata bahawa "(Saya) menemui banyak persamaan antara orang Malaysia dan Israel. Sebuah masyarakat berbilang wajah dari latar belakang berbeza bekerjasama untuk masa depan lebih baik."
Di sebalik tiada hubungan rasmi antara Putrajaya dan Tel Aviv rakyat negara itu biasanya dibenarkan memasuki Malaysia.
Umum untuk diketahui bahawa terdapat segelintir pelancong berentitikan Israel dapat masuk ke Malaysia tanpa sebarang halangan kerana keakraban hubungan Malaysia dengan negara-negara asing yang memberikan visa kepada warga Israel untuk masuk ke Malaysia. (Misalnya rakyat Israel pergi ke Malaysia atas visa Amerika Syarikat) . Namun penulis yakin yang Kerajaan Malaysia sentiasa waspada dan mengambil tindakan sewajarnya.
Kerajaan Malaysia juga sentiasa cakna dan mengambil berat mengenai konflik Palestin-Israel walaupun usaha ini mengambil masa yang lama untuk menemui tanda noktah, Kerajaan Malaysia sentiasa teguh menyokong usaha pendamaian ini disebalik hubungan tidak rasmi antara Kerjaan Malaysia dengan Israel.
Data rasmi diterbitkan Biro Statistik Pusat pada 2014, lapor The Times of Israel, menunjukkan hubungan dagang kedua-dua negara berkembang walaupun dalam keadaan berhati-hati.
Nilai dagangan antara kedua-dua negara dianggarkan sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.9 bilion) setahun.
Jadi, dapat penulis simpulkan bahawa isu ini bukanlah suatu isu yang perlu dibesar-besarkan kerana Malaysia terikat dengan perjanjian ketat UN. Sekiranya Malaysia ingin menolak kehadiran mereka, Kerajaan Malaysia perlu menyemak semula perjanjian UN dan merombak semula segala isi-isi kandungan perjanjian tersebut. Ini hanya akan merugikan Kerjaan Malaysia. Kerjaan Malaysia sentiasa komited dalam membantu Palestin dan Kerjaan Malaysia tidak pernah menjalin sebarang hubungan rasmi dengan negara Haram sehingga sekarang.
___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment