KAEDAH MEMAKAI KAIN BATIK BAGI WANITA

Kain Batik ialah kain yang menjadi simbol utama kepada Alam Melayu. Namun sedar atau tidak, kita telah melupakan berberapa kaedah-kaedah pemakaian batik bagi wanita.

Setiap pemakai akan menggulung kain mereka di bahagian atas. Di antara sekeliling pinggangnya, akan ada bahagian gulungan yang lebih besar berbanding gulungan bahagian lain. Apabila terlepas gulungan di bahagian itu, maka terlepaslah seluruh kainnya. Bahagian itulah yang dipanggil "Simpul Kain" atau "Kepala Kain".

Kedudukan wanita Melayu pada waktu dahulu menyimpulkan kain membawa makna nya tersendiri.

Apabila simpulannya di hadapan, itu bermaksud si pemakai ialah seorang wanita belum kahwin (anak dara).

Simpulan kain di belakang pula membawa maksud si pemakai sudah kahwin.

Apabila simpulannya sebelah kiri pula, membawa maksud pemakai seorang Balu. Simpulan diikat kanan bermaksud pemakai seorang janda.

Namun kaedah-kaedah ini semakin dilupakan. Malah di sesetengah tempat, adatnya terbalik. Ada juga yang kata pakai depan ialah untuk yang sudah berkahwin dan belakang untuk anak dara.

Wallahualam


___________________________
~ Ibnu Tuzah ~
_____________________________

ARTIKEL BERKAITAN
1. Sejarah Batik



Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments