Lembaga Penapisan Hadis, Kebaikan Dan Keburukannya

OLEH: Taufiq Tuah

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT di atas limpah dan kurnianya diberikan rahmat ke atas bumi Malaysia apabila Allah SWT telah menggerakkan hati pimpinan kerajaan kita untuk menubuhkan Lembaga Penapisan Hadis. Semoga dengan wujudnya Lembaga Penapisan Hadis ini, maka terjagalah kesucian dan ketulenan agama. Insyaallah.



Seperti yang kita maklum bahawa Lembaga Penapisan Hadis bertugas sebagai penyemak dan menjadi pemantau kepada para asatizah yang bermain dengan hadis. Seperti yang kita maklum, ramainya para asatizah di negara ini yang menggunakan hadis palsu sebagai penyedap dan perisa di dalam kuliah mereka. Malah kadang-kala asatizah ini sangat dikenali dan popular. Mereka juga bertebaran di siaran-siaran televisi dan siaran-siaran tetuang udara (radio). Juga tidak terlupa ada asatizah ini yang mempunyai perakam kuliah mereka tersendiri untuk dimuat naik di Youtube.

Sebelum ini, mereka berceramah dengan pemantauan yang kurang. Malah sekiranya mereka mencipta hadis palsu pun, tidak pernah digertak oleh majlis agama tertentu. Hanya kadang-kala ada asatizah lain yang menegur mereka itupun mereka tidak mengambil berat terhadap teguran itu. Maka tersebarlah hadis-hadis palsu sewenang-wenangnya dan dengan alasan mereka "Ala Hadis Maudu pun Hadis juga". Betapa kurangnya kesedaran mereka terhadap kepentingan menjaga hadis Rasulullah SAW.

Di sini saya kira perlu disedarkan bahawa ada sekelompok asatizah yang sememangnya bertungkus-lumus untuk menjadi pembongkar hadis palsu di dalam masyarakat Malaysia. Yang terawal ialah pergerakan dakwah meluruskan aqidah daripada Al-Fadhil Ayahnda Ustaz Rasul Bin Dahri, Ustaz Abdullah Bin Yassin dan Ustaz Hussein Yee. Mereka ialah antara yang terawal dalam dakwah ini dan alhamdulillah mereka masih lagi istiqamah dalam arena dakwah ini. Semoga Allah SWT memberikan umur yang panjang kepada mereka dengan umur-umur yang diberkati. Daripada mereka, maka muncul lah pertubuhan-pertubuhan tertentu pada ketika itu sebagai pemantau tetapi hanya memantau kerana belum ada kuasa untuk mengambil tindakan. Mereka memperbetulkan hadis yang palsu dan akidah yang menyeleweng dengan video-video dan penulisan-penulisan mereka.

Kemudian wujudnya Kempen Semak Status Hadis Sebelum Sebarkan. Sejujurnya saya tidak mengetahui siapakah pemula kempen ini namun semoga Allah merahmati setiap nafasnya. Bermulanya mereka dengan laman di Facebook, kemudian di Telegram dan seterusnya mempunyai laman web tersendiri dan terkini telah menyediakan aplikasi android untuk menyemak status hadis.

Selain itu, adanya asatizah beserta kumpulannya yang bersama dalam memposterkan hadis palsu dan membongkarkan penyelewengannya.

Juga adanya para asatizah yang membuka kelas hadis secara online dan menjawab persoalan-persoalan mengenai hadis di dalam group whatsapp. Antaranya ialah kelas hadis di Telegram milik Dr Fadlan Bin Othman dan Ustaz Huzaifah Hadis

Tidak lupa juga kepada para Tholibul Ilmi yang menaqalkan perkataan ulama tertentu tentang sesuatu hadis, kemudian membongkarkan penyelewengan tersebut.

Begitu juga lah RMB yang menyebarkan pembongkaran hadis palsu melalui Twitter sejak sekian lama dan kini sudah bergiat di Instagram. Semoga Allah SWT memberikan istiqamah kepada RMB.

Namun saya kira yang paling memberi impak ialah usaha Dr Fathul Bari Mat Jaya yang mencadangkan untuk ditubuhkan lajnah ini sejak sekian lama. Malah Timbalan Perdana Menteri telah berhasrat untuk menubuhkan lajnah ini semenjak lama lagi. Kemudian Dr Fathul Bari menyebutkan lagi tentang idea lajnah ini di hadapan orang ramai di Perhimpunan Agong UMNO pada 2013 yang lalu.  Alhamdulillah, telah tertubuhpun Lembaga Penapisan Hadis.


NAMUN, APAKAH KEBAIKAN LEMBAGA PENAPISAN HADIS INI?

1. Usaha Membongkar Hadis Palsu Mendapat Sokongan Kerajaan. Membuktikan bahawa kerajaan sedang komited dalam menjaga ketulenan agama ini.

2. Pembongkaran Hadis Palsu Boleh Dibuat Secara Rasmi. Kerana sebelum ini, perbincangan hadis ini kelihatan asing bagi masyarakat awam. Malah ada asatizah yang memomokkan "Jangan ajar orang awam nanti mereka keliru".

3. Penyebar Hadis Palsu Akan Ditarik Tauliahnya. Sebelum ini telah ditarik tauliah Sheikh Nuruddin Al-Banjari yang juga suka menyebarkan hadis palsu. Maka selepas ini lebih mudah lah lagi untuk menarik tauliah para asatizah penyebar hadis palsu.

4. Penulisan, Cetakan, Video Ceramah Dan Kuliah Akan Dipantau. Sehingga para penyebar hadis palsu akan lebih berhati-hati dalam menyebarkan hadis. Sungguh mereka selama ini langsung tidak rasa berdosa dengan perbuatan mereka. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka untuk kembali ke dakwah yang sahih.

5. Penyebar Hadis Palsu Dikira Sebagai Penjenayah. Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka.

6. Ketulenan Agama Akan Terjaga kerana Islam menjadikan hadis sebagai rujukan kedua. Maka sangat penting untuk dijaga ketulenan ini.

7. Dapat Membendung Ajaran Sesat. Kerana semua ajaran sesat rata-ratanya berpunca dari hadis palsu.

8. Banyak lagi kebaikan lain yang saya kira para pembaca juga boleh fikirkan.



APAKAH KEBURUKAN LEMBAGA PENAPISAN HADIS?
1. Mengurangkan Bilangan Asatizah. Kerana para asatizah penyebar hadis palsu ditarik tauliahnya.

2. Mengurangkan Kegiatan Video Ceramah. Kerana asatizah yang menyebarkan hadis palsu akan diharamkan ceramahnya.

3. Mengurangkan Penulisan Ilmiah. Kerana penulisan ilmiah dengan hadis palsu juga akan diharamkan.

4. Menolak Sebahagian Fatwa Asatizah. Kerana asatizah tidak layak berfatwa dan ada fatwa mereka yang sandar pada hadis palsu.

5. Para Ajaran Yang Berlandaskan Hadis Palsu Akan Melenting. Kerana mereka jahil dalam bidang hadis, kemudian mencari makan selama ini dengan mencipta hadis.

6. Pentaksub Guru Penyebar Hadis Palsu Juga Akan Melenting. Kerana mereka ada nilai nostalgia dengan guru tersebut. Semoga mereka diberikan hidayah kepada Allah SWT untuk bersama dakwah yang sahih.

Wallahualam




___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________








Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments