OLEH: Taufiq Tuah
"Pernahkah anda terfikir kenapa negara kita aman? Negara kita terletak di tempat geografi yang sangat stratergik sehingga barat sangat cemburu dengan selat Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Di kala negara Islam lain bergolak, kita di Nusantara masih aman tanpa sebarang pergolakan. Tahukah anda, Yahudi sedang memerhatikan kita dari jauh untuk menjatuhkan kita?"
Pernah terdengar atau terbaca petikan seperti di atas? Jika anda pernah baca, maka di sini lah huraiannya.
Apa yang saya perhatikan ialah ada diantara orang kita berasa sangat bangga apabila Yahudi sedang memerhatikan Melayu. Bagi mereka itu ibarat suatu penghormatan kerana kononnya dengan perkara seperti itu berlaku, sesungguhnya Yahudi sedang takut pada Melayu.
Ini ialah kesimpulan yang tergopoh-gapah. Disebalik keamanan kita, percaya lah keamanan itu datang dari Allah SWT dan bukannya kerana anda ialah Melayu. Jika Allah SWT kehendaki Melayu bergolak, Allah SWT boleh melakukannya.
Yahudi tidak perlu pun memerhatikan geografi Nusantara. Tiada apa pun di Nusantara yang menjadi tempat suci mereka. Malah, The Greater Israel juga tidak memasukkan peta Nusantara. Adapun yang mengatakan Yahudi percaya Melayu ialah 'The Lost Tribe' milik Yahudi, itu semua hanyalah dakwaan yang tidak penting pun bagi seorang Muslim.
Jika benar pun Melayu ialah Lost Tribe, adakah itu membuatkan anda lebih bangga apabila menjadi sebahagian dari Yahudi. Tahukah anda Yahudi ialah kaum yang dilaknat Allah?
Sepatutnya kita bersyukur kerana lahirnya kita di atas nikmat Islam dan Iman. Lahirnya kita di atas nikmat hidayah Allah SWT. Kerana Melayu memang semuanya akan lahir dalam keadaan keluarga Islam.
Wanita Melayu lah yang banyak membuka aurat mereka. Mempromosikan syarikat menggunakan jasad mereka di papan iklan. Wanita Melayu lah yang rata-ratanya tabaruj. Wanita Melayu lah yang itu dan yang ini.
Melayu pada hari ini lah yang tidak menjaga ikhtilat, sosial yang melampau dan yang kuat berkata kotor. Melayu pada generasi ini lah yang merasakan cakap kotor itu sesuatu yang dibanggakan dan berasa seronok dalam berkatakannya.
Disebalik segala perkara di atas, apakah asbab yang Yahudi perlu risaukan? Sedangkan Melayu telah terhakis akhlak dan nilai murninya. Apakah yang Yahudi nak risaukan, sedang kita telah jatuh di dalam perangkap mereka? Apa yang Yahudi hendak risaukan, sedang Melayu masih sibuk dengan kematian artis pujaan mereka? Tiada risau.
Apalah yang hendak dibanggakan Yahudi memerhatikan Melayu, sedangkan Allah itu Maha Melihat, tidak pernah pula kita menggembar gemburkan. Melayu menolak syariat di kala Allah melihat mereka. Melayu menambah syariat baharu ketika Allah melihat mereka. Tidak kah Melayu sedar akan hal itu?
Di belakang sahabat kita, kita memburukkan namanya. Mengumpat dan mencacinya. Dengan harapan mangsa umpatan tidak tahu. Ketahuilah bahawa Allah sedang memerhatikan kita. Ketika mencuri, pencuri akan memilih waktu di mana sedikit orang disekitar. Dengan harapan perbuatannya tersembunyi. Ketahuilah bahawa Allah sedang memerhatikan.
Apabila kita berbuat amal, kita mahu orang lain seluruhnya mengetahui amalan kita. Sedang kita pergi kuliah agama, kita menerbitkan pautan (post) laman sosial yang membuatkan orang tahu kita sedang di kuliah tersebut.
Atau, mereka tidak memberi tahu secara jelas, tetapi diberitahu secara lapik namun tetap dengan niat, orang tahu akan amalnya. Tidakkah kita beriman bahawa Allah itu Maha Melihat. Walau sedekah yang kita campakkan itu hanyalah sebanyak 5 sen, Allah tetap melihat dan memberikan ganjaran kepadanya.
Kadang kala kita berasa rugi, jika amal kita itu tidak diketahui orang. Kadang kala kita bertanya pada orang lain tentang amal mereka sedangkan kita tiada hak untuk iti. Cukuplah ibadah dan amal itu hanya kita yang tahu. Allah Maha Melihat, dan Allah Maha Tahu. Ketahuilah, Allah sedang memerhatikan kita wahai Melayu.
Kesimpulannya:- Sentiasa lah bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang kita ada. Cukup lah iman untuk menaikkan kedudukan kita di sisi tuhan. Kadang kala kita terlampau bangga dengan darah yang mengalir di dalam daging kita, sehingga tergelincir di dalam kancah ketaksuban. Berkata aku lah darah Hang Jebat dan aku lah keturunan ke - 7 Tok Ku Paloh. Ada yang sibuk mendakwa dia ialah keturunan Merong Mahawangsa malah ada yang sibuk mendakwa "Kita lah Melayu The Lost Tribe Of Israel". Cukup-cukup lah, cukup Islam sebagai agama kita.
"Pernahkah anda terfikir kenapa negara kita aman? Negara kita terletak di tempat geografi yang sangat stratergik sehingga barat sangat cemburu dengan selat Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Di kala negara Islam lain bergolak, kita di Nusantara masih aman tanpa sebarang pergolakan. Tahukah anda, Yahudi sedang memerhatikan kita dari jauh untuk menjatuhkan kita?"
Pernah terdengar atau terbaca petikan seperti di atas? Jika anda pernah baca, maka di sini lah huraiannya.
1. Benarkah Yahudi Memerhatikan Kita?
★ Wallahualam. Sesunggguhnya hanya Allah SWT yang mengetahui. Persoalan ini sepatutnya dipinda kepada soalan, "Mengapa perlu bangga jika Yahudi memerhatikan Melayu?"Apa yang saya perhatikan ialah ada diantara orang kita berasa sangat bangga apabila Yahudi sedang memerhatikan Melayu. Bagi mereka itu ibarat suatu penghormatan kerana kononnya dengan perkara seperti itu berlaku, sesungguhnya Yahudi sedang takut pada Melayu.
Ini ialah kesimpulan yang tergopoh-gapah. Disebalik keamanan kita, percaya lah keamanan itu datang dari Allah SWT dan bukannya kerana anda ialah Melayu. Jika Allah SWT kehendaki Melayu bergolak, Allah SWT boleh melakukannya.
Yahudi tidak perlu pun memerhatikan geografi Nusantara. Tiada apa pun di Nusantara yang menjadi tempat suci mereka. Malah, The Greater Israel juga tidak memasukkan peta Nusantara. Adapun yang mengatakan Yahudi percaya Melayu ialah 'The Lost Tribe' milik Yahudi, itu semua hanyalah dakwaan yang tidak penting pun bagi seorang Muslim.
( Peta angan-angan The Greater Israel )
Jika benar pun Melayu ialah Lost Tribe, adakah itu membuatkan anda lebih bangga apabila menjadi sebahagian dari Yahudi. Tahukah anda Yahudi ialah kaum yang dilaknat Allah?
Sepatutnya kita bersyukur kerana lahirnya kita di atas nikmat Islam dan Iman. Lahirnya kita di atas nikmat hidayah Allah SWT. Kerana Melayu memang semuanya akan lahir dalam keadaan keluarga Islam.
2. Kenapa Yahudi Ingin Perhatikan Melayu?
★ Melayu yang telah mulai mengikuti adat-adat barat. Lelaki Melayu memakai gelang dan seluar yang sengaja dikoyakkan. Lelaki Melayu juga telah ada yang bertindik telinga. Juga tidak terlepas dari pengaruh gay. Lelaki Melayu lah yang itu dan yang ini.Wanita Melayu lah yang banyak membuka aurat mereka. Mempromosikan syarikat menggunakan jasad mereka di papan iklan. Wanita Melayu lah yang rata-ratanya tabaruj. Wanita Melayu lah yang itu dan yang ini.
Melayu pada hari ini lah yang tidak menjaga ikhtilat, sosial yang melampau dan yang kuat berkata kotor. Melayu pada generasi ini lah yang merasakan cakap kotor itu sesuatu yang dibanggakan dan berasa seronok dalam berkatakannya.
Disebalik segala perkara di atas, apakah asbab yang Yahudi perlu risaukan? Sedangkan Melayu telah terhakis akhlak dan nilai murninya. Apakah yang Yahudi nak risaukan, sedang kita telah jatuh di dalam perangkap mereka? Apa yang Yahudi hendak risaukan, sedang Melayu masih sibuk dengan kematian artis pujaan mereka? Tiada risau.
3. Siapa Yang Memerhatikan Melayu?
Dikala kita bangga dengan Yahudi memerhatikan kita, adakah kita masih sedar bahawa Allah SWT lah yang sebenarnya terus memerhatikan kita?Apalah yang hendak dibanggakan Yahudi memerhatikan Melayu, sedangkan Allah itu Maha Melihat, tidak pernah pula kita menggembar gemburkan. Melayu menolak syariat di kala Allah melihat mereka. Melayu menambah syariat baharu ketika Allah melihat mereka. Tidak kah Melayu sedar akan hal itu?
Di belakang sahabat kita, kita memburukkan namanya. Mengumpat dan mencacinya. Dengan harapan mangsa umpatan tidak tahu. Ketahuilah bahawa Allah sedang memerhatikan kita. Ketika mencuri, pencuri akan memilih waktu di mana sedikit orang disekitar. Dengan harapan perbuatannya tersembunyi. Ketahuilah bahawa Allah sedang memerhatikan.
Apabila kita berbuat amal, kita mahu orang lain seluruhnya mengetahui amalan kita. Sedang kita pergi kuliah agama, kita menerbitkan pautan (post) laman sosial yang membuatkan orang tahu kita sedang di kuliah tersebut.
Atau, mereka tidak memberi tahu secara jelas, tetapi diberitahu secara lapik namun tetap dengan niat, orang tahu akan amalnya. Tidakkah kita beriman bahawa Allah itu Maha Melihat. Walau sedekah yang kita campakkan itu hanyalah sebanyak 5 sen, Allah tetap melihat dan memberikan ganjaran kepadanya.
Kadang kala kita berasa rugi, jika amal kita itu tidak diketahui orang. Kadang kala kita bertanya pada orang lain tentang amal mereka sedangkan kita tiada hak untuk iti. Cukuplah ibadah dan amal itu hanya kita yang tahu. Allah Maha Melihat, dan Allah Maha Tahu. Ketahuilah, Allah sedang memerhatikan kita wahai Melayu.
Kesimpulannya:- Sentiasa lah bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang kita ada. Cukup lah iman untuk menaikkan kedudukan kita di sisi tuhan. Kadang kala kita terlampau bangga dengan darah yang mengalir di dalam daging kita, sehingga tergelincir di dalam kancah ketaksuban. Berkata aku lah darah Hang Jebat dan aku lah keturunan ke - 7 Tok Ku Paloh. Ada yang sibuk mendakwa dia ialah keturunan Merong Mahawangsa malah ada yang sibuk mendakwa "Kita lah Melayu The Lost Tribe Of Israel". Cukup-cukup lah, cukup Islam sebagai agama kita.
Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Artikel menarik:-
Comments
Post a Comment