OLEH: Taufiq Tuah
Iran ialah sebuah negara yang menggunakan nama 'Islam' sebagai pakaian mereka. Iran juga telah melalui fasa Revolusi Iran yang mana fasa ini lah yang menjadikan dunia secara umumnya melihat kekuatan Iran. Iaitu pada zaman itu, Khomeini (ulama besar Syiah) memegang pemerintahan Iran.
Mereka lagikan pula menubuhkan tentera-tentera yang mereka namakan, 'Hizbullah' sedangkan tidak layak nama itu ke atas mereka. (Maka di dalam penulisan ini hanya akan menyebut nama mereka sebagai Hizbusyaitan).
Hizbusyaitan ini yang menjadi kekuatan ketenteraan kepada Iran. Apakah yang dilakukan dengan kekuatan Iran? Mereka membantai Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam negara mereka. Mereka membunuh setiap orang yang beraqidah seperti Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Disebalik kemegahan Revolusi Iran yang ramai banggakan, tidak kah kita sedar bahawa saudara seaqidah kita sedang bermandi darah. Dibunuh didera diseksa dengan zalim yang teramat zalim.
Kemudian, pemerintahan bertukar kepada Ahmadinejad yang mana para 'Hizbiyah' memanggil mereka 'Singa Allah Di Zaman Moden'. Sedangkan langsung tidak layak gelaran itu pada namanya. Kezaliman bertalu-talu juga dilakukan sehingga lah yang terkini, Hassan Rohani masih lagi melakukan kezaliman dan pembunuhan tanpa hak ke atas umat Islam.
Mereka juga menghantar Hizbusyaitan untuk membantu pemerintahan zalim Bashar Al-Assad di Syria. Umum juga tahu Bashar membuat pembunuhan ke atas Ahli Sunnah secara besar-besaran dan terang-terangan. Ada yang menyangka Iran membantu Syria untuk memerangi ISIS, namun hakikatnya mereka mengambil juga kesempatan untuk membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Bukti-buktinya bertebaran di laman Youtube dan Wikileaks. Setiap video memaparkan pembunuhan ngeri dan zalim ke atas umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dibuat oleh Rejim Asad dan Hizbusyaitan.
Pihak RMB secara bertungkus- lumus sebelum ini merungkai tentang kesesatan-kesesatan ajaran Syiah. Dengan harapan dapat memberikan kesedaran tentang bahayanya Syiah untuk umat Islam.
Benar, Iran juga ada membantu Hamas dalam konflik Israel dan Palestin. Namun itu hanyalah tabir yang digunakan untuk kita lihat "Iran ni bagus". Sedang sudah tentulah ada muslihat disebalik kelakuan mereka itu. Cukuplah sejarah menjadi bukti bagaimana mereka menjadi penyebab kematian Saidina Uthman RA dan menyemarakkan konflik Saidina Ali RA dengan Muawiyah RA. Juga siri-siri pembelotan yang mereka lakukan di dalam kerajaan Islam. Malah merekalah yang membuat penentangan terhadap Salahuddin Al-Ayubi.
Pastilah campur tangan Hizbusyaitan dengan Hamas bakal membawa kepada musibah yang lebih besar. Malah menjadi persoalan, mengapa penama-penama lain yang membantu ketenteraan Palestin tidak pernah disebutkan? Sepertimana Arab Saudi juga pernah menghantar ketenteraan atas nama jihad di Palestin. Juga Mesir dan Jordan dan ramai lagi yang pernah terlibat. Namun tidaklah menjerit-jerit bagaikan mereka sahaja wira dalam hal ini.
Jika Iran berjaya menakluk Baitulmaqdis, rela kah kita Baitulmaqdis diwartakan sebagai 'Tanah Syiah'? Sedangkan pada hari ini Trump mewartakan ia sebagai 'Tanah Israel' kemudian dipindah kepada 'Tanah Syiah' yang oada hakikatnya membawa kemudharatan yang sama sahaja. Sekalian Ahli Sunnah Wal Jamaah di Baitulmaqdis juga akan dibunuh sebagaimana yang telah berlaku di Iran dan Syria. Sebagaimana Hizbusyaitan menyerang FSA di Syria, begitulah mereka akan menyerang Brigade Al-Qassam di Palestin. Jika mereka boleh membunuh Ahli Sunnah di dalam FSA, apakah sebab mereka tidak akan membunuh Ahli Sunnah di dalam Hamas? Apakah Hamas tidak mengambil iktibar tentang hal itu?
Malah Iran tidak pun bermati-matian untuk membebaskan Baitulmaqdis. Mereka hanya salurkan senjata tanpa menghantar kuantiti askarnya. Mereka tidak pun mengejar jihad, malah mereka hanya mahu ditulis namanya sebagai 'penyumbang kebebasan' di dunia global.
Malang sekali, ada juga di dunia ini yang dhaif dan mempercayai hal tersebut. Mereka menyebut-nyebut dan membangga-banggakan Khomeini dan Iran. Dijadikan Revolusi Iran sebagai modul dalam pemikiran mereka. Mereka menganggap Iran ialah wira hanya dengan pembacaan kerdil mereka. Sedangkan mereka tidak melihat betapa tinggi usaha Sheikh Muqbil dalam membebaskan umat dari aqidah Syiah. Sehingga universitinya di Yaman juga dirobohkan kerana takut bakal muncul seorang lagi Sheikh Muqbil. Tidak kah mereka kenali Ibnu Taimiyyah yang sangat digeruni oleh empayar Tartar. Malah betapa ramai tokoh pembaharuan dari dunia Ahli Sunnah yang mereka terlepas pandang. Sedangkan Revolusi Iran bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan.
Kerana revolusi itu, ibadah khurafat semakin berleluasa di Iran. Ahli Sunnah di bunuh tanpa hak. Wanita-wanita Ahli Sunnah diperkosa semahu mereka. Anak-anak Ahli Sunnah yang tidak bersalah diseksa malah dibunuh. Pencercaan terhadap para sahabat Rasulullah SAW berleluasa. Dibangunkan pusat-pusat kegiatan syirik di merata-rata. Rosak aqidah Iran sekalian bangsa. Nauzubillah minzalik.
Kesimpulannya, Revolusi Iran tidak patut dibanggakan. Kita sebagai Ahli Sunnah sepatutnya boleh membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Sesunggugnya Syiah ialah lawan dan musuh yang nyata, setelah mereka zahir dengan angkuhnya menghina ummul mukminin dan sahabat2 Rasulullah SAW.
Wallahualam
Mereka menghalalkan darah Ahli Sunnah Wal Jamaah (tekan gambar untuk baca)
(Pengakuan 'sheikh' di Syria sendiri. Klik gambar untuk baca)
( Klik gambar untuk baca)
___________________________
Taufiq Tuah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment