US MEMBUKA KEDUTAAN ISRAEL DI BAITULMAQDIS BULAN MEI INI


Suapan berita yang sangat menggemparkan apabila Kementerian Luar Negeri Malaysia telah membuat kenyataan terhadap pengumuman  US untuk membuka kedutaan Israel di Baitulmaqdis.

Malaysia sudah tentu inginkan jalan penyelesaian yang terbaik di antara dua hala ini. Begitulah molek bahasa yang disampaikan melalui Facebook Kementerian Luar Negeri tanda bangkangan dalam kesopanan dalam isu ini. Sesuai dengan budaya Melayu yang sememangnya penuh kesopanan.

Namun Muslim seluruhnya perlu sedar bahawa pembukaan kedutaan US ke Israel di Baitulmaqdis sebenarnya menunjukkan pengiktirafan US sendiri terhadap Baitulmaqdis.

Agak terkilan kerana berita ini tidak diendahkan kerana rakyat masih sibuk dengan berita Perasmian Tudung Nealofa dengan Awek Manja Cendol. Apa yang kita lebih tularkan ialah isi-isi yang tidak membina masyarakat ke arah yang lebih maju. Namun, rakyat lebih tersuap dengan video-video kurang cerdik yang telah rakyat ini tularkan.

Bulan Mei ialah bulan yang dipilih untuk pembukaan kedutaan tersebut. Saya kira kita pun tahu 15 Mei ialah Hari An-Nakbah iaitu ulang tahun bagi negara haram Israel.

Sekaligus, hal ini membuktikan bahawa walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai negara, US tidak pun sekali-kali mengendahkan bantahan-bantahan ini. 

Ayuh sama-sama kita doakan agar saudara-saudara kita di Palestin terus diberikan kecekalan hati dalam mengharungi segala onar dan duri. Sesungguhnya Allah SWT sahajalah yang memberikan kemenangan dan Dia juga lah yang memberikan kesukaran. 

Wallahualam
___________________________
~ Ibnu Tuzah ~
_____________________________




Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments