INJIL TELAH DITULIS OLEH NABI ISA
Allah telah menurunkan Injil lalu Nabi Isa menulisnya dengan tangannya sendiri. Lantas Nabi Isa membacakan injil tersebut di Masjid-Masjid sehingga mendapat tentangan sehingga ditangkap dan dijatuhkan hukuman salib di atas sebatang kayu. Menurut keyakinan Kristian; Nabi Isa mati dan dikuburkan. Ini ijma mereka, yang diperselisihkan adalah apakah Nabi isa hidup kembali setelah 3 hari dikuburkan.
Tetapi pada tanggapan Islam, Nabi Isa tidak sempat disalib kerana diangkat ke langit.Setelah itu para hawariyun berpencar ke seluruh tempat untuk menyebarkan dakwah; dimana saya mendapati bahawa kesemua (atau hampir kesemua) daripada mereka ini mati dibunuh, malah dalam Injil Kanoni telah menyatakan bahawa Nabi Isa memberi isyarat kepada para muridnya bahawa mereka akan mati dibunuh.
Bukti bahawa injil telah siap ditulis semasa hayat Nabi Isa adalah apa yang dinukil dari Injil Kanoni, seperti Injil Matius ( 4 : 23) "Dia mengajar dalam Rumah Allah dan memberitakan Injil ..... ". Dalam Injil Markus pula disebut "Marilah kita pergi ke tempat lain, ke kota-kota berdekatan, supaya di sana aku dapat memberitakan Injil" (1 : 38).
Bukti bahawa Nabi Isa menulis Injil adalah kemampuannya menulis dinyatakan dalam Injil Kanoni, Yohanes 8 : 8 "Lalu Ia membungkuk pula dan menulis di tanah". Adalah sangat tidak masuk akal yang waras jika Nabi Isa boleh menulis dan Perjanjian Lama wujud dalam bentuk tulisan, tetapi Nabi Isa enggan menulis Injil walaupun beliau sering mengajar di Rumah-Rumah Tuhan! Apakah wujud guru yang mengajar tanpa kitab?
Sebelum pergi jauh, ingin dijelaskan makna Injil Kanoni agar pembaca mengerti; maksud Injil Kanoni adalah Injil yang telah di kanunkan. Iaitu Injil yang telah di sahkan sebagai asli oleh "pihak berkelayakan". Dalam dunia Kristian hari ini, Injil yang dikanunikan ada 4 iaitu Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Empat injil ini ibarat Mushaf Ubay, Mushaf Abu Musa, Mushaf Hafsah, Mushaf Ali dan beberapa mushaf sahabat yang lain. Ketahuilah bahawa setiap penganut Kristian pasti bersetuju bahawa:
(1) Wahyu kepada Nabi Isa telah sempurna sebelum di salib dan
(2) Nabi Isa telah mengajarkan Injil sebelum di hukum Salib,
Maka kita cuba melihat isi kandungan beberapa Injil Kanoni. Dalam keempat-empat injil ini terdapat kisah:
- Pengkhianatan Judas Iskarot,
- Nabi Isa ditangkap
- Penghakiman Terhadap Nabi Isa
- Kejahatan Hakim Besar Yahudi
- Nabi Isa disalib
- Nabi Isa mati
Lalu ada satu pertanyaan: "Apakah Nabi Isa menceritakan 6 perkara ini di dalam rumah-rumah Tuhan dan juga kepada 12 anak muridnya termasuk Judas sendiri?" Dalam bahasa mudahnya adalah Nabi Isa menceritakan kepada Judas bahawa dirinya akan dikhianati oleh Judas, kemudian mereka ramah mesra sambil menikmati jamuan makan Paskah.
Hal ini sungguh tidak masuk akal apabila setiap "naratif cerita duka dan bencana" telah diceritakan awal kemudian Nabi Isa hanya mengikut plot tersebut ibarat patung, dan semua manusia dalam "wayang" tersebut juga walaupun telah tahu apa kesudahan yang terjadi pada Nabi Isa dan diri mereka, tetap bertindak seperti patung! Natijahnya adalah patung tidak boleh dihukum salah!
Oleh sebab itu, mahu tidak mahu, orang yang berakal pasti akan berkata bahawa 4 injil kanoni bukanlah Injil yang dibacakan oleh Nabi Isa! Sebaliknya Injil Kanoni hanyalah Kisah Sejarah Nabi Isa, dalam bahasa modern adalah Biografi Yesus. Sementara Injil yang asli tidaklah diketahui kewujudannya lagi tambahan pula Kerajaan Rom pernah mengeluarkan arahan untuk memusnahkan semua injil-injil yang menyalahi pengkanonian yang Gereja Roman Katolik lakukan.
Injil Tomas
Injil Yudas
Injil Filipus
Injil Petrus
Injil Maria Magdalena
Injil Yakobus
Injil Bartolomeus
Injil Barnabas
Injil Andreas
Injil Nikodemus
Injil Matias
Injil Mesir
Injil Ibrani
Injil Nazaret
Injil Ebionim
Injil Hawa
Injil Kebenaran
Injil Kesempurnaan
Injil Empat Alam Surgawi
Injil Dua Belas
Injil Tujuh Puluh
Injil Tadeus
Injil Cerinthus
Injil Basilides
Injil Marsion
Injil Appelles
Injil Bardesanes
Injil Mani
Injil Orang-Orang Mesir
Injil Hermes
Injil Semasa Kecil Yesus
Injil Isteri Yesus
Injil Markus
Injil Matius
Injil Lukas
Injil Yohanes
Ketika banyaknya injil yang beredar di kalangan pengikut Kristian, maka Paulus menulis surat kepada penduduk Kota Galatia yang telah mengikut ajaran sebuah "Injil". Paulus menulis:"Aku hairan, bahawa kamu begitu lekas berpaling daripada Dia, yang olehakasih karunia Kristus telah memanggil kamu, dan mengikuti suatu Injilayang lain, yang sebenarnya bukan Injil. Hanya ada orang yang mengacaukan kamu dan yang bermaksud untuk memutarbalikkan Injil Kristus" (Galatia 1:6-7)
Perlu dinyatakan bahawa surat ini dimasukkan dalam bahagian Perjanjian Baharu. Maka ia menjadi satu bukti bahawa sejak zaman Paulus lagi, telaah wujud pelbagai injil yang lain. Galatia adalah tempat dimana Barnabas mengajar dan mendahwahkan agama Kristian.
Setiap aliran atau gereja akan memilik Injil-injil yang menghampiri ajaram mereka, jadi wujud banyak Pengkanonian. Dikhabarkan bahawa Persidangan Nicea Pertama telah membuat keputusan untuk mengkanonikan Injil. Pada 331, Kostantin I menghantar 50 Injil kepada Gereja Kostantinopel untuk disemak maka Athanasius telah menetapkan hanya 4 injil yang diterima sebagai Benar iaitu:
Injil Markus
Injil Matius
Injil Lukas
Injil Yohanes
Tiga injil pertama dikatakan sebagai Injil Sinoptik kerana naratif penceritaannya seperti melalui "mata yang dimiliki oleh orang saya sama".
Gereja Roman Katolik telah menetapkan beberapa ciri untuk memastikan sebuah Injil palsu:
- Tidak dikenal oleh para penyusun Kanon.
- Dianggap dikalahkan oleh Injil-injil Naratif.
- Tergolong dalam suatu cabang kekristenan yang berada di luar lingkaran Atanasius dari Alexandria yang dominan.
- Penekanannya pada spiritualitas pribadi di luar Gereja dianggap anatema bagi kepentingan agama yang terorganisasi.
- Natijahnya adalah wujud pelbagai Hukum Kanoni yang melahirkan pelbagai bersi Bible atau Alkitab. Dan perkara ini terus wujud sampai hari ini.
Gabungan antara Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dikenal sebagai Bible atau Alkitab.
Perjanjian Baharu : Matthew, Mark, Luke, John, Acts, Romans, 1 Corinthians, 2 Corinthians, Galatians, Ephesians, Philippians, Colossians, 1 Thessalonians, 2 Thessalonians, 1 Timothy, 2 Timothy, Titus, Philemon, Hebrews, James, 1 Peter, 2 Peter, 1 John, 2 John, 3 John, Jude, Revelation.
Perjanjian Baharu: 4 buku Injil Kanoni, 1 buku Acts of the Apostles, 13 surat Paul, Hebrews, 2 surat Peter, 3 surat John, 1 surat James, Jude, dan Apocalypse oleh John.
Perjanjian Baharu : Tambahan satu lagi surat untuk Corinthians.
Perjanjian Baharu : Sama seperti Perjanjian Baharu Roman Katolik.
Perjanjian Baharu : Sama seperti Perjanjian Baharu Roman Katolik
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Allah telah menurunkan Injil lalu Nabi Isa menulisnya dengan tangannya sendiri. Lantas Nabi Isa membacakan injil tersebut di Masjid-Masjid sehingga mendapat tentangan sehingga ditangkap dan dijatuhkan hukuman salib di atas sebatang kayu. Menurut keyakinan Kristian; Nabi Isa mati dan dikuburkan. Ini ijma mereka, yang diperselisihkan adalah apakah Nabi isa hidup kembali setelah 3 hari dikuburkan.
Tetapi pada tanggapan Islam, Nabi Isa tidak sempat disalib kerana diangkat ke langit.Setelah itu para hawariyun berpencar ke seluruh tempat untuk menyebarkan dakwah; dimana saya mendapati bahawa kesemua (atau hampir kesemua) daripada mereka ini mati dibunuh, malah dalam Injil Kanoni telah menyatakan bahawa Nabi Isa memberi isyarat kepada para muridnya bahawa mereka akan mati dibunuh.
Bukti bahawa injil telah siap ditulis semasa hayat Nabi Isa adalah apa yang dinukil dari Injil Kanoni, seperti Injil Matius ( 4 : 23) "Dia mengajar dalam Rumah Allah dan memberitakan Injil ..... ". Dalam Injil Markus pula disebut "Marilah kita pergi ke tempat lain, ke kota-kota berdekatan, supaya di sana aku dapat memberitakan Injil" (1 : 38).
Bukti bahawa Nabi Isa menulis Injil adalah kemampuannya menulis dinyatakan dalam Injil Kanoni, Yohanes 8 : 8 "Lalu Ia membungkuk pula dan menulis di tanah". Adalah sangat tidak masuk akal yang waras jika Nabi Isa boleh menulis dan Perjanjian Lama wujud dalam bentuk tulisan, tetapi Nabi Isa enggan menulis Injil walaupun beliau sering mengajar di Rumah-Rumah Tuhan! Apakah wujud guru yang mengajar tanpa kitab?
INJIL YANG DITULIS OLEH NABI ISA BUKANLAH INJIL YANG ADA PADA HARI INI
Sebelum pergi jauh, ingin dijelaskan makna Injil Kanoni agar pembaca mengerti; maksud Injil Kanoni adalah Injil yang telah di kanunkan. Iaitu Injil yang telah di sahkan sebagai asli oleh "pihak berkelayakan". Dalam dunia Kristian hari ini, Injil yang dikanunikan ada 4 iaitu Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Empat injil ini ibarat Mushaf Ubay, Mushaf Abu Musa, Mushaf Hafsah, Mushaf Ali dan beberapa mushaf sahabat yang lain. Ketahuilah bahawa setiap penganut Kristian pasti bersetuju bahawa:
(1) Wahyu kepada Nabi Isa telah sempurna sebelum di salib dan
(2) Nabi Isa telah mengajarkan Injil sebelum di hukum Salib,
Maka kita cuba melihat isi kandungan beberapa Injil Kanoni. Dalam keempat-empat injil ini terdapat kisah:
- Pengkhianatan Judas Iskarot,
- Nabi Isa ditangkap
- Penghakiman Terhadap Nabi Isa
- Kejahatan Hakim Besar Yahudi
- Nabi Isa disalib
- Nabi Isa mati
Lalu ada satu pertanyaan: "Apakah Nabi Isa menceritakan 6 perkara ini di dalam rumah-rumah Tuhan dan juga kepada 12 anak muridnya termasuk Judas sendiri?" Dalam bahasa mudahnya adalah Nabi Isa menceritakan kepada Judas bahawa dirinya akan dikhianati oleh Judas, kemudian mereka ramah mesra sambil menikmati jamuan makan Paskah.
Hal ini sungguh tidak masuk akal apabila setiap "naratif cerita duka dan bencana" telah diceritakan awal kemudian Nabi Isa hanya mengikut plot tersebut ibarat patung, dan semua manusia dalam "wayang" tersebut juga walaupun telah tahu apa kesudahan yang terjadi pada Nabi Isa dan diri mereka, tetap bertindak seperti patung! Natijahnya adalah patung tidak boleh dihukum salah!
Oleh sebab itu, mahu tidak mahu, orang yang berakal pasti akan berkata bahawa 4 injil kanoni bukanlah Injil yang dibacakan oleh Nabi Isa! Sebaliknya Injil Kanoni hanyalah Kisah Sejarah Nabi Isa, dalam bahasa modern adalah Biografi Yesus. Sementara Injil yang asli tidaklah diketahui kewujudannya lagi tambahan pula Kerajaan Rom pernah mengeluarkan arahan untuk memusnahkan semua injil-injil yang menyalahi pengkanonian yang Gereja Roman Katolik lakukan.
PELBAGAI INJIL YANG WUJUD
Setelah ajaran Kristian berkembang maka telah wujud pelbagai Injil dalam dunia yang sampai hari ini sebahagian manuskripnya masih utuh. Antara Injil yang ada ialah:Injil Tomas
Injil Yudas
Injil Filipus
Injil Petrus
Injil Maria Magdalena
Injil Yakobus
Injil Bartolomeus
Injil Barnabas
Injil Andreas
Injil Nikodemus
Injil Matias
Injil Mesir
Injil Ibrani
Injil Nazaret
Injil Ebionim
Injil Hawa
Injil Kebenaran
Injil Kesempurnaan
Injil Empat Alam Surgawi
Injil Dua Belas
Injil Tujuh Puluh
Injil Tadeus
Injil Cerinthus
Injil Basilides
Injil Marsion
Injil Appelles
Injil Bardesanes
Injil Mani
Injil Orang-Orang Mesir
Injil Hermes
Injil Semasa Kecil Yesus
Injil Isteri Yesus
Injil Markus
Injil Matius
Injil Lukas
Injil Yohanes
Ketika banyaknya injil yang beredar di kalangan pengikut Kristian, maka Paulus menulis surat kepada penduduk Kota Galatia yang telah mengikut ajaran sebuah "Injil". Paulus menulis:"Aku hairan, bahawa kamu begitu lekas berpaling daripada Dia, yang olehakasih karunia Kristus telah memanggil kamu, dan mengikuti suatu Injilayang lain, yang sebenarnya bukan Injil. Hanya ada orang yang mengacaukan kamu dan yang bermaksud untuk memutarbalikkan Injil Kristus" (Galatia 1:6-7)
Perlu dinyatakan bahawa surat ini dimasukkan dalam bahagian Perjanjian Baharu. Maka ia menjadi satu bukti bahawa sejak zaman Paulus lagi, telaah wujud pelbagai injil yang lain. Galatia adalah tempat dimana Barnabas mengajar dan mendahwahkan agama Kristian.
PROSES MENGKANONIKAN INJIL
Oleh sebab wujud lebih dari 30 Injil yang saling berbeza dan memiliki kisah-kisah yang bertentangan namun setiap injil tersebut mengaku sebagai kitab yang benar, maka umat kristian perlu menseleksi dan mengistiharkan 'keasliannya'. Usaha ini diistilahkan sebagai mengkanunkan atau mengkanonikan injil.Setiap aliran atau gereja akan memilik Injil-injil yang menghampiri ajaram mereka, jadi wujud banyak Pengkanonian. Dikhabarkan bahawa Persidangan Nicea Pertama telah membuat keputusan untuk mengkanonikan Injil. Pada 331, Kostantin I menghantar 50 Injil kepada Gereja Kostantinopel untuk disemak maka Athanasius telah menetapkan hanya 4 injil yang diterima sebagai Benar iaitu:
Injil Markus
Injil Matius
Injil Lukas
Injil Yohanes
Tiga injil pertama dikatakan sebagai Injil Sinoptik kerana naratif penceritaannya seperti melalui "mata yang dimiliki oleh orang saya sama".
Gereja Roman Katolik telah menetapkan beberapa ciri untuk memastikan sebuah Injil palsu:
- Tidak dikenal oleh para penyusun Kanon.
- Dianggap dikalahkan oleh Injil-injil Naratif.
- Tergolong dalam suatu cabang kekristenan yang berada di luar lingkaran Atanasius dari Alexandria yang dominan.
- Penekanannya pada spiritualitas pribadi di luar Gereja dianggap anatema bagi kepentingan agama yang terorganisasi.
- Natijahnya adalah wujud pelbagai Hukum Kanoni yang melahirkan pelbagai bersi Bible atau Alkitab. Dan perkara ini terus wujud sampai hari ini.
Gabungan antara Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dikenal sebagai Bible atau Alkitab.
ALKITAB ROMAN KATOLIK
Perjanjian Lama : Pentateuch (Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers, Deuteronomy), Joshua, Judges, Ruth, 1 Samuel, 2 Samuel, 1 Kings, 2 Kings, 1 Chronicles, 2 Chronicles, Ezra, Nehemiah, Tobit, Judith, Esther, 1 Maccabees, 2 Maccabees, Job, Psalms, Proverbs, Ecclesiastes, Song of Solomon, Wisdom, Sirach, Isaiah, Jeremiah, Lamentations, Baruch, Ezekiel, Daniel, Hosea, Joel, Amos, Obadiah, Jonah, Micah, Nahum, Habakkuk, Zephaniah, Haggai, Zechariah, Malachi.Perjanjian Baharu : Matthew, Mark, Luke, John, Acts, Romans, 1 Corinthians, 2 Corinthians, Galatians, Ephesians, Philippians, Colossians, 1 Thessalonians, 2 Thessalonians, 1 Timothy, 2 Timothy, Titus, Philemon, Hebrews, James, 1 Peter, 2 Peter, 1 John, 2 John, 3 John, Jude, Revelation.
ALKITAB VULGATA LATIN
Perjanjian Lama: Pentateuch, Jesus Nave (Joshua), Judges, Ruth,1 Samuel, 2 Samuel, 1 Kings, 2 Kings, 2 buku Chronicles, Job, Psalter of David, 5 buku Solomon, 12 buku Prophets, Isaiah, Jeremiah, Daniel, Ezekiel, Tobit, Judith, Esther, 2 buku Esdras (Ezra dan Nehemiah), 2 buku Maccabees.Perjanjian Baharu: 4 buku Injil Kanoni, 1 buku Acts of the Apostles, 13 surat Paul, Hebrews, 2 surat Peter, 3 surat John, 1 surat James, Jude, dan Apocalypse oleh John.
ALKITAB PESHITTA
Perjanjian Lama : disusun berbeza: Pentateuch, kemudian Job, Joshua, Judges, 1 Samuel, 2 Samuel, 1 dan 2 Kings, 1 dan 2 Chronicles, Psalms, Proverbs, Ecclesiastes, Ruth, Canticles, Esther, Ezra, Nehemiah, Isaiah kemudian 12 buku Prophets, Jeremiah dan Lamentations, Ezekiel, dan akhirnya Daniel.Perjanjian Baharu : Tidak memiliki 2 surat Peter, 2 surat John, 3 surat John, Jude dan Revelation.
ALKITAB ARMENIAN
Perjanjian Lama : Sama seperti yang ada dalam Perjanjian Lama Roman katolikPerjanjian Baharu : Tambahan satu lagi surat untuk Corinthians.
ALKITAB ETHOPIAN
Perjanjian Lama : Tambahan buku Enoch, Jubilees, 1 Esdras, 2 Esdras, Rest of the Words of Baruch dan 3 buku Meqabyan.Perjanjian Baharu : Sama seperti Perjanjian Baharu Roman Katolik.
ALKITAB PROTESTERN
Perjanjian Lama :Tidak ada buku Tobit, Judith, sebahagian Esther, 1 dan 2 Maccabees, Wisdom, Sirach, Baruch, dan sebahagian isi kandungan buku Daniel.Perjanjian Baharu : Sama seperti Perjanjian Baharu Roman Katolik
ALKITAB SAKSI YEHUWA
Menggunakan Alkitab Protestern tetapi menggunakan struktur ayat dan terjemahan yang berbeza, sehingga konsep Triniti tidak boleh dikaitkan langsung dengan Alkitab. Ini kerana Mazhab Saksi Yehuwa menolak ketuhanan Yesus.
___________________________
~ Abu Amru ~
Telegram: https://t.me/rmb_slf
Twitter: https://www.twitter.com/rmb_slf
Instagram: https://www.instagram.com/rmb_slf
Web Site: 🖥 http://revolusimelayubaru.blogspot.com
_____________________________
Comments
Post a Comment