OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Selang beberapa tahun kemudian, Majapahit di bawah Gajah Mada pula menyerang Pasai dan menawan negara Islam ini.
Dalam Negara Kertagama yang ditulis pada 1365M oleh Prapanca, menjelaskan bahawa penaklukan ini berlaku pada masa Prabu Hayam Wuruk.
Lalu sekali lagi Sejarah Melayu membuktikan data yang dikandungkang sejajar dengan catatan sejarah Pasai dan Majapahit!
Sehingga tidak dapat disangkal bahawa Sulalatus Salatin adalah dokumen sejarah Melaka yang sah, tetapi disusun tanpa mengikut kronologi dan tahun.
Ketika Pasai diserbu ini, Melaka sedang diperintah oleh Sultan Muzafar.
Malah Sultan Muzafar pun diancam oleh Awi Dicu dari Siam setelah laksamana Siam itu menawan raja Pasai.
Kalau diikutkan Sulalatus Salatin, ayah Sultan Muzafar iaitu Sultan Muhammad Syah sahaja sudah memerintah selama 67 tahun, padahal baginda adalah Raja ke - 4 dari awal mula Parameswara membuka negeri.
Perlu diketahui bahawa Sultan Zainal Abidin itu naik tahta ketika kecil lalu dia memerintah sangatlah lama sehingga sekitar tahun 1412M.
Jadi pemerintahan Sultan Muzafar di Melaka terjadi semasa hayat Sultan Zainal Abidin di Pasai: 1350M hingga 1412M.
Sultan Muzafar memerintah selama 42 tahun lalu di ganti oleh Sultan Mansur Syah yang berumur 27 tahun.
Menurut Sulalatus Salatin, rombongan Cheng Ho sampai buat pertama kali adalah pada masa Sultan Mansur.
Hal ini berlaku pada awal kurun 15 iaitu pada 1401M. Pada 1405M, salam sembah Sultan Mansur telah diterima Maharaja lalu Melaka diberi sebuah batu prasasti yang menyatakan Dinasti Ming mengiktiraf Melaka sebagai sebuah negara sekutu.
Selama Cheng Ho melakukan pelayaran sebanyak 7 kali maka setiap kali juga armada Ming akan berlabuh di Melaka.
Justeru ketika catatan di atas di gabung-jalin dengan Negara Kertagama dan Sejarah Raja Jawa karya Dr Purwadi, maka kita akan melihat bahawa keserasian antara semua karya sejarah ini.
Sultan Muzafar hidup pada zaman Sultan Zainal. Dan hayat Sultan Zainal ini panjang sehingga Sultan Mansur pun sempat sezaman dengannya.
Pada zaman Sultan Mansur inilah Melaka mengadakan hubungan diplomatik rasmi dengan China dan mengahwini puteri Jawa.
Dan Gajah Mada yang menjadi Perdana Menteri Prabu Ratu serta kekal jawatan yang sama ketika naik Prabu Hayam Wuruk: sempat bertemu dengan Hang Tuah yang masih belia remaja.
Pendek kata, pada 1400M, Melaka sudah diperintah oleh Sultan Mansur, raja ke - 6.
Jika ditolak tahun pemerintahan Sultan Muhammad (67) dan Sultan Muzafar (42) maka jumlahnya sebanyak 109 tahun, sehingga dapat kita ketahui bahawa pada 1291M, telah bertahta Sultan Muhammad Syah, Raja beragama Islam pertama Melaka yang nama asalnya Raja Kecil Besar, cicit Raja Iskandar (Parameswara).
Akhirnya seperti kata Dr Hamka dalam Sejarah Umat Islam, ada khabar angin mengatakan bahawa Melaka ditegak pada 1276M pada zaman Sultan Malik As Soleh, raja Pasai pertama. Tapi Dr Hamka meragui tarikh ini.
Kalau diambil tarikh tersebut, iaitu sedari 1276M hingga 1511M; dalam rentang waktu yang panjang itu, selama 230 tahun lebih, sangat masuk akal untuk memungkinkan sebuah negara berdiri kukuh dan mencipta nama dialas sebuah tamadun bangsa.
Bendera Pasai
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment