Menghampiri siri terakhir bagi keris ini, penulis tidak ingin membicarakan mengenai sejarah mengenai keris itu sendiri tetapi lebih kepada bangsa Melayu itu sendiri yang dahulunya seorang yang gagah perkasa dan berani menghunus keris ke dada musuh. Bangsa Melayu yang dahulunya bukan sekadar disegani dan dihormati, malah berani menentang penjajah tidak kira kekuatan yang besar mahupun persenjataan yang lebih kuat dari Bangsa Melayu.
MELAYU DULU BUKAN MACAM MELAYU KINI
Melihat realiti masa kini sangat menyedihkan bagi penulis kerana keruntuhan bangsa dan akhlak Melayu itu sendiri secara cepat mahupun perlahan. Bagaikan besi yang memakan karat. Kalau suatu ketika dahulu masyarakat Melayu yang tidak akan keluar rumah tanpa menyisip keris di pinggang tandanya bangga dan bersiap siaga, tidak kurang dengan generasi sekarang cuma berbeza teknologi. Kalau tidak bersisipkan telefon pintar maka mustahillah malah digelar sebagai orang Melayu yang tidak ada tamadun. Jikalau suatu ketika dahulu orang Melayu sanggup berlawan sehingga mati matian demi mempertahankan tanah air dari dijajah bangsa asing. Tidak kurang juga dengan generasi Melayu sekarang yang sanggup lawan demi mempertahankan ranking daripada turun (penulis maksudkan permainan mobile legend, PUBG mobile dan seangkatan dengannya.
Apa yang penulis cuba sampaikan adalah generasi kini terlalu leka dengan teknologi alaf sekarang sehingga melupakan sejarah dan pengorbanan yang dilakukan oleh orang yang terdahulu. Bila disoal tentang keris, mereka hanya tahu ianya sekadar senjata dan penghias ketika bersanding, malah ada yang tidak tahu menahu langsung tentang keris. Malah, keris juga dipersalahkan kerana penyebab kekalahan dalam peperangan (rujuk sejarah kejatuhan Melaka di tangan Portugis). Amat menyedihkan sekali apabila senjata tradisi bangsa asing lebih diagung-agungkan daripada senjata tradisi sendiri.
Namun masih tidak terlewat untuk melakukan perubahan. Cumanya, anak muda perlu diberi lebih penekanan mengenai sejarah dan kemegahan senjata tradisi bangsa Melayu. Bukan sekadar hanya belajar teori semata-mata malah menerapkan sekali kemahiran dalam menghasilkan keris agar semangat cintakan bangsa dan senjata tradisi terus membara di kalangan generasi masa kini.
Akhir kata dari penulis, keris bukan sekadar senjata untuk mempertahankan diri tetapi simbol kepada kemegahan dan kekuatan bangsa Melayu suatu dahulu kala. Mereka yang sanggup berjuang malah tidak mengenal erti penat lelah mempertahankan dan mendaulatkan tanah air dari musuh. Jangan kerana terlalu alpa ditelan masa, maka sejarah juga turut terhakis perlahan demi perlahan yang akhirnya meninggalkan anak muda yang di luar membara semangatnya tetapi kosong di dalam.
___________________________
~ Pen Merah ~
Telegram: https://t.me/rmb_slf
Twitter: https://www.twitter.com/rmb_slf
Instagram: https://www.instagram.com/rmb_slf
Web Site: 🖥 http://revolusimelayubaru.blogspot.com
_____________________________
BAB 1 - PENGENALAN KEPADA KERIS : https://revolusimelayubaru.blogspot.my/2017/11/bab-1-pengenalan-kepada-keris.html
BAB 2 - PROSES PEMBUATAN KERIS : http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2017/12/bab-2-proses-pembuatan-keris.html
BAB 3 - PROSES KEKEMASAN KERIS : http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2018/02/bab-3-proses-kekemasan-keris.html
BAB 4 - PEMODENAN KERIS BUTKI KERIS MASIH RELEVEN DI MATA MASYARAKAT : http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2018/05/bab-4-pemodenan-keris-bukti-keris-masih.html
BAB 3 - PROSES KEKEMASAN KERIS : http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2018/02/bab-3-proses-kekemasan-keris.html
BAB 4 - PEMODENAN KERIS BUTKI KERIS MASIH RELEVEN DI MATA MASYARAKAT : http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2018/05/bab-4-pemodenan-keris-bukti-keris-masih.html
Comments
Post a Comment