OLEH: Pen Merah
Namun, penulis ingin mempersoalkan sejauhmana keamanan boleh terjaga memandangkan banyak negara berkuasa besar telah berlumba-lumba menghasilkan teknologi senjata secara besar-besaran terutamanya di sekitar rantau nusantara. Bagaimana pula dengan industri persenjataan Malaysia dan bagaimana Malaysia akan bersaing dengan teknologi ketenteraan dari negara jiran?
SEJARAH INDUSTRI PERSENJATAAN NUSANTARA
Umum untuk diketahui, bahawa Bangsa Melayu dahulu amat mahir dalam membuat senjata. Bukan sahaja senjata bertempur jarak dekat seperti keris, tombak, parang dan selainnya tetapi juga mahir dalam membuat senjata api. Antarnya adalah senapang pencucuh batu api (flintlock). Senjata api ringan ini digunapakai dalam peperangan sehingga abad ke-19. Mereka juga menggunakan raifel En-field milik Inggeris selepas pertengahan abad ke-19. Ini menunjukkan Bangsa Melayu pandai mengadaptasi dan memanfaatkan teknologi senjata api dalam konflik bersenjata. Malah Bangsa Melayu juga mencipta senjata berat yang mampu menembak dari jarak jauh seperti Meriam. Meriam besar untuk pertempuran jarak jauh ini biasanya diletakkan di atas tembok-tembok kota. Orang Melayu Pattani hebat dengan meriam-meriamnya yang bersaiz besar dan digeruni musuh iaitu Siam selama lebih 200 tahun.
Namun begitu, zaman kegemilangan era Persenjataan api merudum ekoran daripada Perang Dunia Kedua yang telah berlangsung dari 1939 hingga 1954. Taktakala Jepun datang menyerang Tanah Melayu, Askar Melayu telah menggunakan senjata sepenuhnya daripada British seperti sten gun, Rifle No 1 Short Magazine Lee-Enfield Mk III dan juga senapang dari Amerika Carbine, US .30M1 daripada kejatuhan Tanah Melayu di pihak Jepun sehinggalah kepada era instrugemsi. Senjata api ini digunakan sehinggalah Kerajaan Malaysia berhasrat untuk menukar kepada senjata yang lebih canggih seperti M16A1, M4 Carbine dan Heavy Machinegun 50 Caliber.
Sehingga pada tahun 1999, Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MDIC), ditubuhkan untuk menyelaraskan susun atur pembangunan sektor industri pertahanan di Malaysia. Dari sinilah bermulanya nafas baharu dalam industri persenjataan di Malaysia.
___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment