OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Sejarah Melaka telah digelapkan oleh penjajah agar bangsa Melayu akan terus jadi hamba kepada mereka. Bahan sejarah yang dijadikan silibus Sekolah di ambil terus dari sumber British.
Mungkin pakar sejarah Malaysia sebok dan belom bersedia untuk mengkaji sejarah bangsa kita dari sumber lain terutamanya sumber Melayu.
Saya mengambil sejarah ini dari catatan Portugis iaitu Pegawai Farmakologi di Melaka pada zaman Melaka baru di jajah dan kemudian dia di hantar ke China sebagai Wakil Raja Portugis tetapi di bunuh oleh Maharaja Ming; antara sebab pembunuhan adalah kerana membalas kejahatan Portugis melanggar Melaka.
Tome Pires dalam Suma Oriantel menyebutkan:
(1) De Squera di jemput oleh Sultan masuk ke istana. Maka ini bertepatan dengan catatan De Squera dan lukisan dimana pasukan bergajah menjemput De Squera.
(2) Sultan mengadakan mesyuarat dengan pembesar Melaka kerana tujuan Sultan memanggil bangsa Portugis semua masuk Istana adalah untuk memenggal leher mereka.
Mesyuarat tidak mencapai sebulat suara lantas sultan keluarkan sebuah dikrit iaitu pengusiran bangsa Portugis dari Melaka.
Dari catatan ini memperlihatkan bagaimana Sultan Melaka sangat menghormati pendapat pegawainya. Lantas bagaimana mungkin kita beranggapan bahawa Sultan adalah pemerintah zalim dan punca kejatuhan Melaka kerana sultan nya.
(3) Maknanya kisah De Squera mengkalungkan medal ke tengkuk Bendahara dan memberi hadiah berharga kepada Sultan adalah dusta.
Sebab Melaka lebih kaya daripada Portugis dan seluruh negara Eropah. Pelabuhan Melaka makmur 6 kali ganda daripada pelabuhan termaju di Barat.
Dan kisah Portugis mendapat tanah secupak di Melaka untuk mendirikan gudang juga dusta sebab De Squera di halau selepas mesyuarat di istana. Serta alasan Al Fonso menyerang Melaka sebab ingin membebaskan De Squera juga palsu atas faktor tidak ada seorang Portugis pun yang di tangkap.
(4) Tome Pires menjelaskan alasan sultan iaitu Portugis telah menjajah negara Islam yang lain dan mereka ini anti Islam.
Juga menurut sultan, Portugis sangat memusuhi Islam dan menentang agama Islam serta akan menghapuskan ajaran Nabi Muhammad.
Ini terbukti bahawa Portugis telah melakukan penjajahan di Afrika seperti Zanzibar. Serta Portugis telah menawan Kalkuta di India.
Malah dalam catatan lain, terbukti bahawa Portugis berkata bahawa mereka akan menawan bandar2 besar sebelum menggulung Makkah dan Madinah. Serta akan hapuskan ajaran Muhammad sehingga ajaran Jesus berkuasa di dunia.
Sultan dan pembesar Melaka sudah sedia maklum akan hal ini sebab Melaka adalah pelabuhan International terpenting. Di pelabuhan sahaja terdapat 82 bahasa asing di pertuturkan.
(5) Sultan telah ingatkan kepada pembesar Melaka bahawa Portugis itu datang untuk menyelidik Melaka dan setelah ini (hari dimana De Squera datang) pastilah Portugis akan datang semula dengan armada tenteranya. Lantas Melaka kena persiapkan diri dari menghadap Portugis dan menambah bekal senjata api.
CatatanTome Pires ini selari dengan catatan Alfonso dimana Alfonso menerangkan bagaimana meriam di atas jambatan Melaka yang mereka rampas telah di ganti oleh pasukan Melaka dengan meriam baharu.
Dan ketika Alfonso membuka gudang senjata api di istana, beliau mendapati ada 8000 senjata api yang belom di gunakan lagi, iaitu stok senjata api yang menjadi bekalan simpanan:
- meriam
- istinggar (senapang patah)
- pemuras (senapang gajah)
(6) Penolong kepada Portugis adalah Nanichattu, seorang dari keturunan India yang kemudiannya rapat dengan Istana.
Dia yang diperintah menjemput De Squera dengan gajah dan kemudian berhubung baik dengan Portugis sehingga dia juga membantu Alfonso.
Tome Pires mengatakan dia bunuh diri setelah kedapatan pengkhianatannya pada saat Melaka telah pun di jajah.
Jadi kita mendapat tahu bahawa kekuatan Melaka iaitu:
- Jambatan Melaka
- Kota Melaka
- Armada Laut Melaka
Telah dilaporkan kepada Portugis oleh Nanichattu sehingga:
- Alfonso menyerang Jambatan Melaka terlebih dahulu apabila sampai ke Melaka.
- Alfonso dan 64 kapal perang Portugis memasuki perairan Melaka setelah Armada Laut Melaka menuju ke Lingga.
- Bandar Melaka yang di kawal oleh Kota Melaka yang dilengkapi 3000 laras meriam boleh dimasuki Portugis walhal Kota Melaka dianggap Kebal dan tidak mungkin roboh.
Catatan HAMKA bahawa Sultan cuba berunding dengan Portugis bagi melambatkan peperangan dan berharap Laksamana akan sampai dari Lingga bersama Armadanya, yang dengan Armada tersebut, seluruh 64 kapal Portugis akan hancur lebur tak tersisa.
Tapi perjalanan Laksamana mengambil masa 1 bulan lantas usaha Sultan tidak berjaya.
Jadi kekuatan Melaka tinggal separuh iaitu kekuatan Darat sebanyak 100,000 tentera dan Batilion Gajah.
Akhirnya Melaka tewas kerana pengkhianatan warganya. Nanichattu membongkar kekuatan ketenteraan Melaka dan Utimuraja pula menyuruh pasukannya, iaitu pasukan Tentera Upahan Melaka agar tidak berperang atau jika berperang pun maka jangan bersungguh-sungguh kerana Melaka bukan negara dan bangsa mereka.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment