OLEH: Freddie Aziz Jasbindar
Mambang Di Awan adalah sebuah pekan kecil yang terletak tidak jauh dari bandar Kampar menuju ke arah Temoh atau Teluk Intan. Pekan Mambang Di Awam ini tidak berada dan tidak lelihatan dari luar jalan utama, melainkan pemandu kenderaan membelok ke masuk ke jalan dalam. Jika tidak, seseorang itu mungkin menganggap bahawa Mambang Di Awan hanyalah satu lokasi imaginasi yang sengaja dibesar besarkan kerana namanya yang unik.
Peta lokasi Mambang Diawan, Perak. Imej dari orangperak.com
Pekan kecil Mambang Di Awan ini diwujudkan kerana aktiviti melombong bijih timah di negeri Perak pada satu ketika dahulu. Mambang Di Awan terletak di sebelah kiri bandar Kampar. Kini, pekan kecil ini diduduki oleh kebanyakan orang cina kerana ia merupakan sebuah kawasan bekas lombong bijih timah. Sebahagian bekas-bekas lombong ini telah ditebusguna atau dijadikan kawasan ternakan ikan air tawar.
Dari segi asal usul kata dan perkataan menurut dewan bahasa dan pustaka Malaysia, dalam kamus bahasa melayu menunjukkan mambang membawa makna warna kuning kemerah-merahan di sebelah barat ketika matahari masuk (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Orang tua-tua zaman dahulu menggunakan perkataan mambang ini pada waktu senja kerana langit kelihatan seperti hendak terbakar supaya anak-anak kecil segera pulang dan masuk ke rumah menjelang waktu solat Maghrib.
Makna kedua pula adalah mambang sejenis makhluk halus yang dipercayai dapat merosakkan manusia iaitu hantu. Mambang juga digunakan untuk gelaran sejenis ikan Lutjanus sanguineus atau lebih dikenali dengan ikan merah. Dalam istilah Malaysia dalam bidang kesusasteraan pula, mambang membawa makna seperti dalam cerita khayalan yang menampilkan watak yang tidak wujud di dunia nyata seperti pari-pari, dewa-dewi dan sebagainya.
Makan tebu buku ditaruh,
Buat ubat masuk cendawan,
Bukit beradu gunung bertaruh,
Riuh-rendah mambang di awan.
– Kurik Kundi Merah Saga
![]() | ||
| Ikan merah atau Lutjanus sanguineus. Imej dari 21food.com |
Makan tebu buku ditaruh,
Buat ubat masuk cendawan,
Bukit beradu gunung bertaruh,
Riuh-rendah mambang di awan.
– Kurik Kundi Merah Saga
![]() | ||
| Sir William George Maxwell . Imej dari orangperak.com |
___________________________
~ Freddie Aziz Jasbindar ~
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________




Comments
Post a Comment