OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Raja Mandaliar bertelagah dengan Ninachattu. Maka Ninachattu pun berjumpa dengan Bendahara lalu menyerahkan 1 bahara emas.
Bendahara tidak menjanjikan apa-apa kepada Ninachattu dan bahawa Ninachattu juga tidak memberikan apa-apa hajat dan syarat.
Tapi sebenarnya Bendahara tahu bahawa hadiah emas itu dibuat setelah penyebutan kes Ninachattu VS Raja Mandaliar telah dimulakan mahkamah Malaka.
Kemudian Raja Mandaliar pun membuat fitnah bahawa Bendahara mahu memberontak dan mengambil Melaka.
Kekayaan Bendahara tiada tandingan 6 bahara emas miliknya ditambah 1 menjadikan 7 bahara semuanya!
Sebelum itu sahaja kesemua 3000 hamba Bendahara memakai pakaian orang berada. Sungguh kaya.
Maknanya pada fikiran Sultan setelah mendapat aduan palsu dan kesaksian palsu, kemungkinan Bendahara telah menyiapkan hambanya dengan senjata.
Lela (meriam), Istinggar (senapang patah), Pemuras (senapang gajah), tombak dan panah mampu dimiliki dengan mudah.
Kerana Bendahara memiliki harta yang banyak untuk dijadikan modal bagi membeli semua senjata tersebut.
Bayangkan jika kota Melaka diserbu 3000 hamba Bendahara dengan senjata api.
Setiap lubang tikus pada Tembok Melaka yang kebal itu diketahui.
Dan laut Melaka di serbu dengan kelengkapan Temenggong. Begitu juga semua polis menyokong Temenggung.
Natijah nya pasti Melaka jatuh!
Maka turunlah satu dikrit yang menamatkan hayat Bendahara.
Sebelum dibunuh, Temenggong Hassan ingin membuang emas sebahara pemberian Ninachattu ke dalam laut tapi di tegah Bendahara.
Kata ayahnya kepada Hassan: "Kenapa hendak dibuang emas itu? Emas itu tidak bersalah. Berikan emas itu kepada Sultan, tanda bakti kita kepada Baginda" (olahan ayat secara bebas).
Mungkin pada pikiran Bendahara, dia bersalah sebab menerima emas itu walau Ninachattu tidak memberikan apa2 permintaan dan syarat serta dia sendiri pun tidak menjanjikan apa-apa.
Bendahara redha dengan hukuman dan berkata kepada hamba dan seluruh Kampung Bendahara: siapa yang melawan sultan maka dia tidak akan dipersaksikan oleh Bendahara di akhirat kelak.
Catitan:
1 bahara = 180kg = RM 90juta.
Rujukan:
Sulalatus Salatin
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment