LTTE Ialah Orang Baik Yang Tersakiti?

OLEH: Zulfikar Egar

Rupa-rupanya LTTE (Liberation Tigers Of Tamil Eelam) ni dah bertahun-tahun lamanya bertapak di Malaysia ini.

Bukan setahun dua muncul, cukup lama. Dan sememangnya terbukti LTTE ini merupakan kumpulan pengganas berdasarkan laporan dan video-video yang menunjukkan aktiviti mereka.

Kita sebagai orang awam ni, kebanyakkan kita memang baru-baru inilah mendengar pasal LTTE ni.

Lagi memeranjatkan sudah lama juga rupanya LTTE ini mencari dan merekrut ahli baru di negara ini.

Patut pelik bila lihat berita melalui media sosial ada sekumpulan orang atau perseorangan yang kibarkan bendera dan sepanduk kumpulan LTTE itu di Malaysia. Siap ada yang sebar risalah untuk tujuan mengumpulkan dana. Kiranya memang dah lama bertapak di bumi Malaysia.

Terbaik PDRM dan kerajaan yang begitu tegas dalam membendung dan membasmi kumpulan LTTE ini. Demi menjaga keamanan negara.

Mujurlah tangkapan baru-baru ini dilakukan pada kerajaan hari ini. Kalaulah dilakukan pada zaman kerajaan dulu, nescaya ada yang jadinya modal dan dituduhnya bermotifkan politik.

Sedangkan tangkapan yang dibuat baru-baru ini pun boleh dikaitkan kononnya berkaitan dengan PRK Tanjung Piai akan datang. Walhal tiada kena mengena pun. Takkan PDRM nak sabotaj kerajaan sendiri.

Khabarnya siasatan terhadap LTTE ini sudah lama dibuat. Cuma baru zaman ini sahaja tangkapan dapat dibuat. Ya, sudah tentu berdasarkan bukti yang diperolehi oleh pihak berkuasa dari risikan mereka. Bukannya hasil dari gosip-gosip "team membawang".

Cuma yang hairannya. Walaupun bukti sudah ditunjukkan, manakala PDRM sendiri sudah mengesahkan siap buat tangkapan pada kumpulan LTTE ini yang terbukti sememangnya adalah kumpukan pengganas.

Mengapa masih ada lagi warganegara ini yang menyokong dan bersimpati kepada LTTE ya? Pelik sungguh. Jangankan orang biasa-biasa, ahli politik pun ada yang berkelakuan sama.

Adakah mereka ini beranggapan LTTE ini seperti "Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti"?

Jika benar, memang Joker sungguhlah yang berfahaman begitu.



___________________________
~ Zulfikar Egar ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments