Sejarah Restoran-Restoran Makanan Segera Terkenal

OLEH: Taufiq Tuah


Artikel ini memaparkan gambar-gambar lama restoran terkenal di dunia. Entri ini memfokuskan restoran makanan segera.

1948: Mc Donald's yang asal telah dibuka di California, USA. Namun Mc Donald's yang asal ini telah diambil alih oleh pembuka cawangannya yang pertama. Antara penyebab Mc Donald's sangat disukai pada waktu itu ialah kerana sistem pekerjaan di dapur yang sistematik dan pantas. Restoran pertamanya tidak mempunyai sebarang kerusi dan meja untuk pelanggan. Maka pelanggan hanya membelinya dan makan di kerusi taman, atau di dalam kereta atau di mana-mana sahaja mereka sukai.

1932: KFC yang asal telah dibuka di Kentucy, USA. Sesuai lah dengan namanya, Kentucy Fried Chicken. Pada asalnya restoran ini dibuka berdekatan dengan stesen pam minyak. Ayamnya mempunyai resipi rahsia tersendiri yang mana ketika itu hanya diketahui oleh dua orang sahaja.

1960: Domino's Pizza yang asal dibuka di michigan, USA. Nama asal kedai ini ialah Domi Nick's Pizza. Pemiliknya pernah mencagar syarikat ini untuk membeli sebuah Volkswagon. Domino's Pizza jugalah yang pertama memperkenalkan sistem "Penghantaran 30 minit atau percuma". Sistem ini menjanjikan pizza percuma jika penghantarannya lebih daripada 30 minit.

1958: Pizza Hut yang asal dibuka di Kansas, USA. Pemiliknya berhutang wang dengan ayahnya ketika ingin memulakan perniagaan.

1971: Starbucks yang asal dibuka di Washington, USA. Memang asalnya dibuka untuk jualan kopi.

1948: Dunkin Donuts yang asal dibuka di Massachusetts, USA. Diberi nama 'Dunkin' kerana donut ketika itu dimakan dengan dicelup ke dalam kopi.

1965: Subway yang asal dibuka di Connecticut, USA. Nama asal kepada Subway ialah Pete's Super Submarines.

1919: A&W Restaurant yang asal dibuka di California, USA. A&W bermaksud Allan & Wright iaitu dua rakan kongsi perniagaan ini. Pada asalnya restoran ini memfokuskan jualan 'Root Beer' dan sehingga kini 'Root Beer' sangat digilai oleh masyarakat. Sehingga pada hari ini mereka mulai berdiri dengan sloga "All American Food".

1953: Burger King yang asal dibuka di Florida, USA. Menu yang sangat digilai di Burger King ini ialah 'The Whopper'. 


___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi

Comments