Perompak Batu Hajarul Aswad

OLEH: Saufy Jauhary


Perompak Batu Hajarul Aswad

Sejak tahun 1571 Sulaiman al-Qanuni iaitu Sultan Turki Uthmaniyah ke-10, telah merompak enam keping serpihan Hajarul Aswad dari Kaabah dan memindahkan kesemuanya ke Turki. Empat keping telah dipasang di Masjid Sokolu Mehmed Pasha dan sekeping yang paling besar diletakkan di makam Sultan Sulaiman al-Qanuni dan satu lagi di Masjid Edirne.

Ada yang kata mereka tidak merompaknya tetapi hanya terbawa tanpa sengaja. Namun hakikatnya setelah beratus tahun mereka 'terbawa' tanpa sengaja pun tetap juga tidak dipulangkan kembali ke Mekah.

Setelah dirompak oleh banyak pihak, Hajarul Aswad kini tinggal serpihan-serpihan kecil. Semoga Allah merahmati Kerajaan Arab Saudi kerana menjaga serpihan kecil Hajarul Aswad ini dengan baik.

___________________________
 Saufy Jauhary
Lajnah Sejarah & Tradisi PENA

Comments