Galeri Perang Dunia II

OLEH: Taufiq Tuah

Senarai galeri Perang Dunia II

Panzerschreck direka daripada hasil ciplakan Bazooka Amerika yang dirampas di Tunisia pada Febuari 1943. Senjata ini di dalam perkhidmatan Jerman-Nazi pada tahun 1943-1945.

V-1 rekaan pertama senjata di dalam siri "Vengeance weapons" (V-weapons or Vergeltungswaffen) yang dicipta untuk membuat serangan bom ke atas London. V-1 ini dicipta di Peenemünde Army Research Center pada 1939.

Tanda tangan Adolf Hitler

Cerita kedai kopi Hitler

Kebanyakan pesawat tempur milik Jerman ditawan dan dijadikan bahan pameran di Exhibition London's Thanksgiving Week pada 14 September 1945. Ini ialah gambar pandangan sisi Heinkel He-162 "Volksjaeger" di Hyde park, London.

MIKRODOT : MAKLUMAT RAHSIA DI ERA PERANG DUNIA

Mikrodot adalah teks atau gambar yang berukuran kecil agar tidak dapat dikesan oleh bukan penerima atau pihak musuh.

Mikrodot biasanya berbentuk lingkaran dan berdiameter sekitar 1 mm tetapi dapat juga dibuat dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Ia dibuat dari pelbagai bahan seperti poliester atau logam.

Sejarah mikrodot bermula semasa Perang Perancis-Prusia pada tahun 1870 dimana bandar Paris telah dikepung dan burung merpati dijadikan sebagai penghantar maklumat untuk berhubung.

Jurugambar Paris, René Dagron menggunakan teknik mengecilkan gambar untuk membolehkan setiap burung merpati membawa banyak maklumat dalam satu masa kerana kapasiti muatan bagi burung merpati adalah terhad.

Teknik yang sama juga telah digunakan di Jerman antara Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kemudian teknik ini digunakan oleh banyak negara untuk menyampaikan maklumat rahsia.

Setelah Tembok Berlin (Jerman) didirikan semasa Perang Dingin, kamera khas digunakan untuk menghasilkan mikrodot yang kemudian dilampirkan pada surat biasa dan dihantar kepada penerima. Mikrodot-mikrodot ini tidak disedari oleh pemeriksa dan maklumat-maklumatnya akan dibaca oleh penerima dengan menggunakan mikroskop.

Seorang komunis Jerman dihukum mati di Munich pada tahun 1919.

Pasukan Bola Sepak Nazi, Flakelf di 'The Death Match'

Flakelf ialah pasukan bola sepak yang ditubuhkan di zaman kemegahan Jerman. Pasukannya terdiri daripada tentera-tentera dan juruterbang Nazi. Perlawanan yang paling mahsyur bagi pasukan ini ialah perlawanan yang digelar 'The Death Match'. Pada perlawanan ini Flakelf telah kalah menentang pasukan FC Star dari Ukrain. Disebabkan kekalahan itu, pemain-pemain pasukan FC Star telah ditahan dan diseksa malah ada yang dibunuh.

Surat Gandhi untuk Hitler
Pada 23 Julai 1939, iaitu sebulan sebelum Jerman menyerang Poland, Mahatma Gandhi telah menulis surat ini kepada rakannya, Adolf Hitler. Namun surat ini tidak sampai kepada Hitler kerana pihak British telah berjaya memintasnya.

Apa yang menarik, gaya penulisan Gandhi begitu lembut, mungkin kerana bimbang Hitler akan terasa hati.

Selepas anda membaca surat ini, mungkin anda akan bersetuju bahawa ia adalah idea yang baik.


Seorang askar Jerman pengendali Panzer Lehr mengukirkan istilah "Impian berakhir" di atas sebuah senjata Amerika yang ditinggalkan para Perang Bulge di Roochefort, Belgium, 24 Disember 1944

Panzerkampftwagen VIII
Kereta kebal terbesar dan terberat di dunia.


___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi

Comments