Covid-19 : 3 Negara Bersaudara Berserah Kepada Allah

OLEH: Taufiq Tuah

Kita dapat melihat keadaan negara yang sedang dilandak wabak Covid-19. Malaysia mencatatkan bacaan kes yang paling ramai di ASEAN. Penyakit ini belum ada penawarnya. Adapun begitu, dapat dilihat Indonesia sangat berusaha keras dalam mencari penawar untuk penyakit ini. Sesuai lah dengan hadis Nabi salallahu alaihi wasalam,

مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
“Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.”
[Riwayat al-Bukhari (5678)]

Namun, dalam kita berusaha menunggu penawarnya untuk dijumpai, kita terpaksa mengharungi beberapa detik yang mencemaskan. Saya percaya kali terakhir Malaysia dan Indonesia terpaksa berkurung di rumah ialah pada zaman Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Indonesia masih kuat sisanya. Malah Malaysia, Indonesia dan Brunei juga pernah merasakan cemasnya hidup ketika penaklukan Jepun. Lahad Datu pula khasnya pernah dicemaskan oleh kedatangan pengganas Sulu dari Filipina.

Berbeza dengan hari ini, cemasnya kita bukanlah kerana senapang, peluru dan bom. Bukan juga dek percikan-percikan api. Tetapi kali ini kita dicemaskan oleh sekecil-kecil makhkuk Allah yang bergelar 'virus'. Kecilnya sejenis microorganism ini sehingga kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar. Sedangkan sekecil semut seekor pun tidak mampu memberi ancaman kepada kita, siapa sangka makhluk yang beribu kali ganda lebih kecil dari semut ini mampu mencetuskan sebuah pendemik global.

Alhamdulillah, kita dapat melihat pemimpin-pemimpin kita yang giat berusaha bagi membendung penyakit ini dari tersebar. Mengurangkan pergerakan sosial sesama masyarakat sebenarnya mampu menegah virus ini dari cepat merebak. Jika pun penyakit ini belum dapat dirawat, setidak-tidaknya kita mampu memperlahankan penyebarannya.

Hal ini sangat penting memandangkan kita mempunyai ruang dan fasiliti kesihatan yang terbatas. Malah juga mempunyai tenaga kerja yang juga terbatas. Jika penyebarannya berlaku pantas, kita khuatir jika ramai pesakit yang tidak dapat diletakkan di dalam pemantauan hospital. Jadikanlah Itali sebagai iktibar di mana mereka akhirnya terpaksa membiarkan pengidap Covid-19 yang berusia lanjut untuk dibiarkan mati. Sedangkan Itali ialah sebuah negara yang 'maju' di mulut-mulut media massa.

Sudah tentulah kita tidak mahu segala perkara buruk ini berlaku di dalam bumi bertuah kita ini. Maka diharapkan agar semua mengikuti arahan pihak berkuasa di negara masing-masing. Malaysia terutanya sedang disuruh untuk duduk di rumah dan jangan keluar. Maka duduk lah saja di rumah. Semoga perbuatan kita duduk dirumah ini memberikan kita pahala kerana membantu masyarakat dalam mengekang wabak ini.

Pelbagai usaha yang negara-negara kita telah lakukan. Berusahalah sebaik mungkin untuk menjaga komuniti kita sendiri. Sebagaimana saranan Presiden Indonesia Jokowi Dodo pada 24 Mac 2020,

" ..Percayalah kita bangsa besar, kita bangsa petarung, bangsa pejuang. Insyaallah kita bisa. Insyaallah kita mampu menghadapi tantangan global yang berat saat ini...."

Maka berusahalah, insyaallah dengan izin Allah kita akan berjaya jua. Kerana jika kita tidak berusaha, bagaimana lah boleh menuai padi?

Hal ini sesuai dengan tuntan Rasulullah salallahu alaihi wasalam,

إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ
Sungguh sebaik-baik rezeki yang dimakan oleh seorang lelaki adalah dari usahanya sendiri (yang halal)”
[HR an-Nasa-i (no. 4452), Abu Dawud (no. 3528), at-Tirmidzi (no. 1358) dan al-Hakim (no. 2295), dinyatakan sahih oleh at-Tirmidzi, al-Hakim, adz-Dzahabi dan al-Albani.]

Setelah kita berusaha dan berikhtiar, maka kembali lah kita kepada Allah dan bertawakal. Masalah wabak Covid-19 ini masih belum ditemui penawarnya (atau ada khabar yang kata masih belum di edar wallahualam). Maka apa yang kita mampu buat di masa ini hanyalah ikhtiar, tawakal dan sabar. Hal ini juga telah diutarakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sir Muhyiddin Yassin pada 25 Mac 2020,

"... Kita telah berikhtiar sedaya upaya kita untuk menangani krisis yang sedang kita hadapi ini. Jangan kita lupa, penentu kejayaan kita ialah Tuhan Yang Maha Kuasa (Allah).

Justeru, saya ingin mengajak saudara-saudari sekalian menadah tangan memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. agar diri kita, keluarga kita, negara kita dan seluruh umat manusia dilindungi oleh-Nya......."

dan begitu juga titah dari Sultan Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan pada 21 Mac 2020,

".......bahawa setiap bala atau musibah atau wabak itu adalah ia satu peringatan atau hukuman atau intiqab daripada Allah. Cuma satu saja harapan yang tinggal iaitu kita sama-sama datang kepada Allah dengan merendah diri mengaku berdosa sambil memohonkan belas kasihan-Nya, "Ya Allah pelihara dan selamatkanlah kami dari wabak yang dahsyat ini"...."

Maka sesuailah saranan ini sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Iaitu setelah kita berusaha, perlulah kepada tawakal kepada Allah. Sebagaimana hadis Rasulullah salallahu alaihi wasalam,

لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا
Seandainya kalian bertawakal pada Allâh dengan tawakal yang sebenarnya, maka sungguh Dia akan melimpahkan rezeki kepada kalian, sebagaimana Dia melimpahkan rezeki kepada burung yang pergi (mencari makan) di pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali di waktu petang dalam keadaan kenyang”
[HR Ahmad (1/30), at-Tirmidzi (no. 2344), Ibnu Majah (no. 4164), Ibnu Hibban (no. 730) dan al-Hakim (no. 7894), dinyatakan shahih oleh, at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Hakim dan al-Albani.]

Setelah kita berusaha bersama, #stayathome di dalam musim #covid19 ini. Maka perlulah pula kita memperbanyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah. Apatah lagi Malaysia sesang di dalam waktu #PKP, maka duduk lah di rumah. Biarkan mereka yang dibarisan hadapan untuk melakukan tugas. Doakan negara kita sentiasa aman dan makmur. Doakan Malaysia agar dipelihara Allah subhanahuwataala.

Wallahualam

Bismillahi tawakaltu Alallah, la hawla wala quata illa billah..
Hasbunallah wani'mal wakeel.




[Legasi Pemikir- LEKIR]

Comments