OLEH: Halim Abdurrahman
Tempoh yang diberi adalah 14 hari dengan harapan semoga rantaian jangkitan itu 'putus', walaupun sebenarnya peluang itu tipis.
Kenapa harus tunggu tempoh tersebut, sebab selepas 14 hari jika tiada peningkatan wabak bermakna rantaian itu berjaya diputuskan melalui kekangan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.
Kenapa mesti 14 hari? Virus ambil masa beberapa hari untuk berada (inkubasi) dalam tubuh manusia sebelum menunjukkan simptom seperti batuk, flu, demam dan sesak nafas.
Ambil contoh, jika 2 hari lepas dan semalam kita melihat sekelompok manusia berpusu-pusu yang terdiri makcik, pakcik, kakak, abang dan orang ramai berkumpul di pasar-pasar, rumah ibadat, kenduri dan sebagainya, lalu dalam kumpulan ribuan itu ada seorang positif Covid-19 tengah merayap. Maka kita tidak dapat melihat kesannya pada hari catatan saya ini sedang ditulis sekarang.
Jadi ketika saya menulis coretan ini, mungkin sekarang sebilangan mangsa jangkitan (tanpa simptom) dari pasar sedang menziarahi rumah saudara mara, bersama ahli keluarga dan bertemu rakan-rakan lalu menjangkiti mereka semua tanpa disedari. Lalu akhirnya kesan virus akan dapat kita ketahui pada beberapa hari ke depan apabila virus yang berinkubasi dalam badan mengeluarkan simptom.
Mungkin pada waktu itu beratus atau beribu sudah dijangkiti dan kematian meningkat berkali-kali ganda bagaikan hentaman tsunami, atau dikenali sebagai Gelombang Ketiga. Gara-gara sebilangan kita yang degil lagi bodoh, ingkar arahan pihak berkuasa.
___________________________
Halim Abdurrahman
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment