Rohingya: Ini cadangan saya.

OLEH: Halim Abdurrahman

Jika ikuti penulisan saya sebelum ini kenapa mereka berperangai demikian dan apa yang membentuk mereka menjadi manusia serba jahil, naif, kasar dan sebagainya. Bahkan di Burma sendiri jika mereka bersikap dengan cara itu sampaikan Muslim Burma yang lain tidak menyukai mereka, juga atas sebab yang sama. Baca dan kaji bagaimana kaum berkenaan dilayan dan dinafikan hak mereka samada untuk mendapatkan pendidikan, kesihatan selama berdekad-dekad. Semenjak sebelum Malaysia merdeka lagi, mereka telah diburu dan diperlakukan dengan kejam oleh kerajaan Burma selama berpuluh tahun, sampai lahir beberapa generasi Rohingya yang bersifat Barbarian (bukan semua) yang dunia lihat sekarang. Kesalahan itu berpunca dari kerajaan Burma sendiri.

Tiada dalil atau nash mengatakan sikap adalah disebabkan bangsa. Tapi ada dalil mengatakan setiap anak yang baru lahir adalah umpama kain putih, dan yang mencorakkan mereka adalah ibu bapa mereka. Bagaimana jika ibu bapa dan generasi sebelumnya memang jahil/kasar disebabkan perlakuan Burma terhadap mereka? Nak bina sekolah pun tak boleh, diancam bunuh dan sebagainya. Tamadun dan identiti mereka dilenyapkan. Ada Rohingya yang dapat persekitaran bagus, dibesarkan dalam suasana agama dan undang-undang sedia ada seperti di Arab Saudi. Maka lahir Qari, hafiz, Alim kalangan mereka seperti Syaikh Muhammad Ayyub rah (Imam Masjid Nabawi).

Maka zaman yang berlalu menjadikan identiti serta tamadun kaum ini terhapus. Generasi ini telah 'dibrainwash' secara sengaja/tidak oleh oleh Kerajaan Myanmar.

Jadi secara umum, bangsa Rohingya yang dunia hadap sekarang tiada lagi identiti dan jati diri. Hanya tinggal nama bangsa dan warna kulit.

Lalu apa cadangannya?

Tidak kira samada OIC mahupun mana-mana kerajaan harus brainwash mereka balik, gunakan cara keras dan tegas. Wujudkan kem-kem khas seperti kem Uighur yang dibuat oleh kerajaan China. Letakkan mereka disana dan terapkan pengetahuan, pendidikan, budaya mengikut acuan setempat dan berpadanan dengan nilai agama. Sepertimana China brainwash orang-orang Uighur. Kawal pergerakan mereka dan 'kurung' mereka selagi mereka tidak siap lagi dilentur. Dilepas hanya setelah program ini berjaya, samada dia berubah menjadi Muslim Arab, Muslim Malay, Muslim Indonesia dan seumpamanya ikut di mana mereka ditahan. Identiti mereka adalah identiti baharu dengan perangai, sikap dan akhlak baharu.

Percayalah, selagi bernama manusia maka selagi itulah dapat dilentur. Hanya babi sahaja yang tidak dapat dibentuk dan hanya babi sahaja yang percaya bahawa manusia tidak dapat dibentuk.

Gambar:

Tamadun kerajaan Muslim Arakan (Rohingya) yang telah dilenyapkan oleh Burma sejak ratusan tahun dulu.




___________________________
Halim Abdurrahman

Comments