Kisah Sedih Umat Melayu Nusantara

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Islam meresap ke dalam jiwa manusia Kepulauan Nusantara dalam masa yang cukup lama secara perlahan-lahan.

Mengambil waktu sekitar 800 tahun untuk mengIslamkan bangsa Melayu! Walhal bangsa Arab hanya mengambil masa 50 tahun untuk menerima Islam.

Kemudian setelah total bangsa Melayu menjadi Islam kerna di dakwahkan 800 tahun (walau ada sebilangan umat Melayu masih tidak masuk Islam), mereka di jajah pula oleh kuasa luar dan di paksa murtad!

Kerajaan Ayuthiya yang tewas kepada Jendral nya lalu mendirikan Kerajaan Siam hari ini; telah menakluk segenting Kera termasuk Songkla dari kerajaan Melayu.

Lalu memaksa kan aqidah Tidak Percaya Wujud Tuhan (Buddha) kepada rakyat negeri tersebut sambil menghapuskan bahasa Melayu dan di ganti dengan bahasa Siam.

Dalam masa yang sama, Kepulauan di Timur juga ditakluk oleh Spanyol dari kerajaan Melayu lalu menjalankan perintah Inkuisi Spanyol yang di perkenalkan oleh Ventican City.

Inkuisi adalah hukuman dan penindasan kepada golongan bid'ah dan ingkar kepada Jesus Kritus.

Golongan bid'ah adalah kaum Nasrani selain Roman Katolik. Sementara agama lain adalah golongan yang ingkar kepada Jesus Kritis.

Pihak kerajaan Spnyol telah berjaya menghapuskan Islam di Andalusia dengan Undang2 Inkuisi lalu menggunakan formula ruang sama ke atas Filipina.

Umat Melayu yang masih bertahan hanyalah di Kepulauan Mindanau.

Akhirnya bangsa Melayu di Filipina menjadi murtad dan kekal sampai hari ini sebagai umat Kristian.

Pada satu sisi menunjukkan bahawa Islam tidak menggunakan kekerasan dalam mencari penganut;

Ia membiarkan aqidah Islam meresap ke jiwa manusia kerana kefahaman dan mereka kelak bersyahadah kerana percaya bahawa Islam adalah agama yg benar.

___________________________
Abu Amru Radzi Othman

Comments