'Logo Halal' Untuk Laptop?

 OLEH: Abu Muaaz Munir Azizan


Hujung tahun lepas, satu tamparan hebat kepada Intel bila Apple secara rasmi dah tak mau guna cip Intel dalam SEMUA komputer mereka.

Apple dah ada cip mereka sendiri.

Aku sendiri agak skeptical dengan cip Apple M1 ni dan aku rasa produk-produk awal ni mesti banyak masalah...

Dan pengguna awal produk-produk ni adalah beta tester.

Aku silap besar bila susah sangat nak jumpa review yang negatif berkenaan 3 produk awal yang guna Apple M1 ni (Mac mini, Macbook Air & Macbook Pro).

Macam mana Apple boleh terus berjaya dengan cubaan pertama guna cip sendiri dalam komputer mereka?

Sebenarnya, Apple bukan baru 3-4 bulan ada pengalaman dengan cip sendiri ni - dah lebih kurang 10 tahun dah.

Tu segala iPhone, iPad, iPod Touch dan Apple Watch tu dah lama guna cip yang dibangunkan Apple sendiri.

Aku yakin, Apple dah beberapa tahun ada komputer yang jalankan macOS guna cip mereka sendiri ni...

Sama macam waktu Apple masih guna PowerPC, mereka dah beberapa tahun bereksperimen dengan cip Intel sebelum betul-betul rasmi beralih kepada Intel.

Respon Intel kepada Apple M1 ni menguatkan lagi anggapan bahawa Apple M1 ni bagus.

Macam mana respon Intel?

Intel perkenalkan 'Logo Halal' untuk laptop 😁

'Logo Halal' ni Intel panggil Intel Evo.

Mula-mula aku ingat Intel Evo ni cip baru Intel untuk bersaing dengan Apple M1.

Rupa-rupanya Intel Evo ni adalah satu set standard yang Intel tetapkan kepada pengeluar laptop...

Standard ni merangkumi hardware dan software.

(Boleh rujuk website Intel untuk senarai penuh standard Intel Evo ni).

Kalau pengeluar laptop buat satu laptop yang bertepatan dengan semua standard Intel Evo ni...

Intel bagi sticker Intel Evo untuk dilekat di penjuru bawah laptop tu 😁

Bukan la sekadar sticker... Tapi laptop tu masuk la dalam list Intel Evo certified laptop dalam website Intel.

Salah satu syarat untuk dapat Intel Evo adalah - laptop tu kena guna cip terbaru Intel iaitu cip generasi ke-11.

Kira macam JAKIM nak bagi sijil halal kat produk kopi, tapi kena beli biji kopi daripada JAKIM... Kalau beli kat tempat lain, tak dapat sijil halal 😁

Sebenarnya bagus la Intel buat macam ni... Kira inovatif la untuk bersaing dengan Apple M1 - bukan sekadar buat cip yang lebih baik (yang aku rasa Intel belum mampu lagi dari segi power efficiency).

Tapi Intel push untuk laptop yang lebih baik secara keseluruhan dihasilkan oleh pengeluar laptop.

Kalau dulu, ada saja laptop yang guna cip Intel paling power, tapi performance tak setara mana - contoh: Apple Macbook Pro 16" 😁

Satu lagi, bila Intel buat macam ni, Intel secara tak langsung mengaku bahawa sebuah laptop yang bagus, memerlukan setiap aspek hardware dan software bekerjasama secara lebih efisien.

Cuma, bila Intel buat promosi Intel Evo ni, ramai pemain industri kata Intel terdesak.

Seperti yang dijangka, Intel membandingkan Intel Evo dengan komputer Apple yang guna Apple M1.

Dalam graf benchmark yang Intel gunakan sebagai marketing material, ramai yang kata Intel cherry pick data yang dipaparkan.

(Boleh search status aku cerita pasal cherry pick).

Lagi pelik bila dalam benchmark tu Intel bertukar-tukar jenis laptop Intel Evo certified untuk data yang berbeza.

Lebih kurang macam ni la, untuk benchmark game, Intel guna model laptop Dell yang Intel Evo certified...

Tapi untuk benchmark content creation, Intel guna Lenovo yang Intel Evo certified.

Paling cheap shot sekali, bila Intel bagi score 0 kat Apple M1 untuk benchmark satu game yang tak boleh install langsung dalam macOS 🤦‍♂️

Apa-apa pun, persaingan macam ni bagus untuk pengguna.

Sedikit sebanyak dominasi Intel dah pecah sikit lagi dan Intel pun ada inisiatif untuk berubah.

Apa pulak langkah AMD?

AMD tak terancamkah dengan Apple M1? 


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments