OLEH: Taufiq Tuah
Sengaja memilih waktu ini untuk ulaskan isu politik yang mana telah lama sebenarnya saya tidak menyentuh tentangnya. Tepatlah waktu ini di mana PRU yang agak jauh dan rakyat yang sudah malap-malap semangat kepartisannya. Semoga pembaca membaca artikel ini sambil menghayati dan bukannya hanya keras mengkritik. Apa yang bakal saya kongsikan ini hanyalah pengalaman peribadi.
Ingin saya ceritakan pada awal pengenalan saya dengan politik ialah kerana pendedahan keluarga dan saudara terdekat. Saya kira semua orang pun begitu pada permulaannya. Malah menjadi jawapan mahsyur "kau sokong apa?" "aku sokong Pakatan sebab keluarga aku semua sokong tu". Ini ialah lumrah di mana-mana keluarga.
Begitu jugalah saya ketika awal dahulu ialah penyokong sebuah parti pembangkang. Malah beberapa tahun saya ketika di IPT juga aktif dengan tarbiah parti tersebut.
Ketika umur-umur itu jugalah saya sedang menyiapkan manuskrip penulisan saya tentang bani umayyah. Manuskrip itu lebih menjurus untuk membidas fitnah yang terpalit ke atas Bani Abd Shams. Tetapi nama Bani Abd Shams itu tidak ramai yang tahu, maka diberikan tajuk buku itu dengan nama Bani Umayyah, iaitu suku di dalam suju Abd Shams.
Maka termasuk di dalam penulisan saya ialah kisah-kisah politik yang bermula di zaman Khalifah Uthman Al-Affan. Konflik demi konflik yang tak kesudahan sehinggalah zaman berzaman berjalan konflik yang tak berakhir.
Buku tu di sini: https://shopee.com.my/product/236881290/6566816481?smtt=0.236886456-1618647680.9&fbclid=IwAR18MGdQqs34SzaGoeEmJcbUSBhW6f6KSR6KiV3C3UaSQ03tdBthhuiqhq4
Antara yang menarik perhatian saya ialah jawapan beberapa ulama pada zaman itu ketika berhadapan dengan pemerintah zalim seperti Hajaj. Mereka semuanya enggan mengangkat senjata dan lebih memilih untuk bersabar. Sedangkan kezaliman dan kekejaman Hajaj itu telah maklum.
Saya terkedu kenapa ulama-ulama ini memilih untuk bersabar sedangkan mereka boleh menggunakan pengaruh mereka untuk kudeta. Lalu baru lah faham kerana banyaknya nas-nas Al-Quran yang sebenarnya menyuruh kita bersabar dengan penguasa yang zalim selagi mana mereka Muslim. Namun tidak lah pula kita redha dengan kezaliman mereka.
Saya mencari-cari nas dan antaranya yang saya jumpa di dalam terjemahan buku Sheilh Nasiruddin Al-Albani , Cara Politik Rasulullah. Buku itu di sini: https://shopee.com.my/product/236881290/4458702949?smtt=0.236886456-1618647750.9&fbclid=IwAR0QEsyoPHiAJrz1eNTZGLxkUNDfL0s-t0W_pInarjhCdl0qQeExIWZSGi0
Ternyata banyak sekali dalilnya.
Lalu saya fikir. Apa masalahnya tukar pemerintah? Sekali imbas, memang tiada isu. Namun setelah saya teliti kembali corak politik di negara yang lain, semuanya agak negatif selepas bertukar pemerintah. Libya menjadi lebih teruk selepas pembunuhan Muammar Gadafi. Iraq juga tidak habis konflik pun selepas zaman Sadam. Mesir lebih kucar-kacir selepas jatuh Husni Mubaraq. Lalu berlaku rampasan kuasa, dan keadaan tetap juga tidak menjadi lebih baik.
Pada PRU lepas, saya melihat suasana politik kita. Tidak pernah terdetik di hati saya untuk saya kekalkan kerajaan yang saya tuduh 'korup' ketika itu. Tapi saya rasa, perlu juga dikekalkan. Kerana di kapal ini jika benar maka korupsi. Di kapal sana, musuh-musuh Islam sedang bersama siap berganding bahu. Di sana ada orang kafir yang membenci Islam, adanya Syiah, Islam Liberal, Anti Hadis, Anti Raja dan semua lah. Di sini, mudah untuk saya bezakan yang mana lebih aslah. Maka wajiblah untuk saya kekalkan yang aslah.
Qadarallah, kerajaan jatuh dan naik kerajaan baharu. Lalu saya titipkan ketaatan kepada pemerintah Muslim yang baharu. Lalu jatuh lagi sekali (jatuh sendiri) kerajaan itu dan naik lagi kerajaan baharu. Saya juga titipkan ketaatan kepada pemerintah yang baharu ini.
Namun saya minta untuk kita flashback. Keadaan Malaysia pada hari ini, adakah lebih baik berbanding sebelum kejatuhan kerajaan pertama dahulu? Corak politik kita semakin kucar-kacir. Rakyat majoriti atas pagar. Manakan tidak, ahli politik juga sentiasa bersedia untuk melompat. Semua parti akhirnya ternampak lompang. Pelabur luar takut berurusan di dalam negara yang tidak menentu seperti Malaysia sekarang. Lalu mereka lebih memilih Indonesia.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment