OLEH: Mohd Faizal Sabhon
1.KAHERAH sekarang 11.15 malam.Skynews telah melaporkan sebentar tadi, pada hari esok, isnin, Majlis Keselamatan PBB akan bersidang untuk membincangkan insiden Baitul Maqdis.Boleh bayangkan betapa sibuknya diplomat2 MESIR, UAE, BAHRAIN, JORDAN dan MOROCCO bahkan saya percaya diplomat SAUDI juga amat sibuk saat ini.Sebab tuh kalau ada yg tanya, “apa Mesir dan UAE buat dalam insiden baitul maqdis kali ini?”.Tak perlu jawab soalan2 “bijak pandai” ini kerana diplomat negara2 Liga Arab sama seperti diplomat lain, bergerak secara bahasa mereka dan tak semestinya setiap langkah mereka berbunyi.Apa yang pasti, PARLIMEN LIGA ARAB dah berbunyi beberapa hari lepas menggesa campur tangan antarabangsa.Maksudnya apa lagi kalau bukan PBB ?
2.Ini isu KEADILAN tanpa mengira bangsa, maka bahasa tujunya bukan OIC! Silap politician Malaysia setiap kali hujum isu2 Palestin sering merujuk OIC! Ini isu yang sepatutjua bahasa tujunya kepada Majlis Keselamatan PBB dan nyatakanlah sepatutnya menyokong usaha2 Liga Arab sebab pendesak2 dan pelobi2 ke Majlis Keselamatan ialah LIGA ARAB !
3.Ini juga bukan isu PERANG dan NEGARA LAIN WAJAR HANTAQ TENTERA! Depa dah perang sejak 1948 kali pertama pastuh sekali lagi 1967 dan berterusan peperangan2 lain dengan Zionis ini.Ini zaman PERANG DIPLOMATIK dan USAHA DAMAI.
Fahamilah dengan baik, bangsa melayuku.....
P/S : Timur Baitul Maqdis dikongsi bersama antara Muslim dan Kristian.Misi terkini kita semua ialah
- Memastikan Pilihanraya Parlimen Palestin yang memasukkan Baitul Maqdis sebagai salah satu daerah pilihanraya terlaksana.(Pilihanraya penting sebagai pemula ke arah berkerajaan sendiri, sesuai dengan plan damai pasca OSLO yang tertunda sekian lama).
- Menghentikan segera Penempatan Haram di kawasan yang diletakkan dalam sempadan sebelum 1967 sesuai dengan resolusi 242 PBB.
- Menghentikan proses MEYAHUDIKAN BAITUL MAQDIS.
Comments
Post a Comment