Negara Arab Sentiasa Bersama Palestin Bukan Hanya Islamis Yang Pengecut

OLEH:  Mohd Faizal Sabhon

1.Setiap kali isu Palestin kembali menggegarkan dunia, pasti ada suara yang menyindir dan memperkecilkan dunia arab, mempersoalkan manakah peranan negara-negara arab berdekatan.

2.Arab Saudi dan Mesir adalah dua negara yang sering jadi target Islamis kerana mereka seringkali gagal di negara-negara berkenaan dan kebanyakkan rakyat di sana lebih faham tapi dunia melayu ada yang termakan dengan propaganda Islamis.

3.Dalam berhadapan dengan krisis Palestin hari ini, negara-negara arab memainkan peranan yang cukup jelas dalam lapangan diplomatik.Jangan kata mereka tidak guna pendekatan perang, ini kerana mereka lebih dahulu berperang dengan Regim Zionis itu sejak 1948 lagi.

4.Mesir, Arab Saudi, Jordan dan Syria menyertai perang arab 1948 dan 1967 yang walaupun kalah tapi mereka bermaruah.Dalam Palestin sendiri, gerakan FATAH sejak 1964 lagi berjuang mengangkat senjata.

5.Tahun-tahun Negara arab ini menggunakan pendekatan perang (1948-1978), HAMAS dan HIZBULLAH belum wujud.Kedua-dua kumpulang gerila dan pengganas ini hanya timbul pada tahun 80 an, saat ketika negara arab mula guna pendekatan diplomatik bermula Mesir pada tahun 1979 dengan PERJANJIAN DAMAI KEM DAVID hinggalah OSLO 1993.

6.Antara 1948 hingga 1978 berapa banyak operasi ketenteraan mendepani Israel? Hanya mereka yang malas membaca dan lari dari menerima hakikat sahaja yang culas.

7.Sejak pendekatan secara diplomasi mula diambil banyak gangguan - gangguan yang menyebabkan proses damai terbantut termasuk masalah dalaman Palestin selain negara yang menyokong Israel terutama sekali Amerika Syarikat.

8.Hari ini semua negara arab yang memilih jalan diplomasi tetap tidak meninggalkan Palestin bersendirian buktinya Kaherah sebagai pusat perbincangan untuk perdamaian kumpulan sesama Palestin untuk mencapai sepakatan antara mereka.

9.Jangan ingat bila berdiplomasi, mereka “cium mulut” macam hubungan Malaysia - Indonesia, Malaysia - Singapura atau Malaysia - Thailand.Berapa jer nilai dagangan antara Mesir - Israel setiap tahun bahkan pertukaran budaya antara rakyat langsung tiada.Ini dibuktikan dengan pengguguran Muhammad Ramadhan dari Majlis Seniman negara, seorang Artis Mesir yang bergambar bersama artis Israel pada November 2020 bahkan beliau dituduh khianat.

10.Banyak dana yang disalurkan dari negara-negara arab untuk Palestin bahkan setiap tahun, ada sahaja kumpulan lepasan Universiti Pertahanan Mesir dan Akademi Polis Mesir dari kalangan pelajar Palestin.

11.HAMAS dan HIZBULLAH yang muncul dalam era pendekatan diplomatik ini hanya berani sesama negara arab tapi dalam berhadapan dengan Israel, mereka hanya menjadi hero bermusim.

12.Ketika HAMAS membantu pengganas di Utara Sinai Mesir melalui terowong-terowong haram, mereka guna senjata yang canggih seperti FN F 2000, Kereta 4x4 yang diubah suai dengan kelengkapan senjata serangan dari jarak jauh DAN merempuh pos-pos kawalan Mesir, RPG dan lain-lain sedangkan kawasan yang diserang pengganas berada dalam kawasan  perjanjian yang diwartakan tidak boleh membawa senjata berat.Ini berlarutan hingga hari ini, dan Utara Sinai terpaksa di letakkan dalam kawasan merah dan perintah berkurung dikenakan hingga hari ini.Mengapa untuk berhadapan dengan Israel, HAMAS hanya guna roket jarak jauh?

13.HIZBULLAH pada tahun 2006 buat provokasi di sempadan Lubnan - Israel hingga tercetus serangan Israel ke atas Lubnan yang merosakkan infrastruktur rakyat.

14.Di mana Iran pula? Bukankah mereka yang sokong Hizbullah dan membekal senjata? Bahkan Iran dikatakan ada senjata Nuklear.Kenapa tidak support Hizbullah untuk serang Israel seperti mana support Hizbullah menghuru harakan Lubnan? 

15.Kenapa Hizbullah hanya berani menghuru-harakan Yaman melalui bantuan latihan dan senjata kepada Houthi ? Masuk dan rempuhlah Israel saat ini untuk selamatkan Baitul Maqdis !

16.Turki hanya berani hantar komando, pegawai tenteranya dan tentera upahan ke Libya, tapi kenapa tidak buat benda yang sama di Palestin untuk serang Israel ?

17.Syria sampai sekarang huru-hara kerana campur tangan Turki.Kenapa tidak dikerahkan tentera-tentera di Syria masuk rempuh Israel pimpinan Turki? 

18.Daesh masih ada saki baki di Syria dan Iraq.Beberapa bulan lepas mereka membunuh ramai aktivis politik di Iraq.Kenapa hanya berani di Syria dan Iraq.Gunakanlah semua kekuatan tersebut ke Palestin untuk lakukan keganasan yang sama terhadap Israel? 

19.Tidak wajar hanya menghukum negara-negara arab, memejam mata terhadap kumpulan - kumpulan pengganas yang hanya berani sesama Islam dalam negara arab sahaja. 


Huraian gambar : Abu Khalid Al Maqdisi bersama sejata canggih F FN 2000 Belgium, pengganas di Utara Sinai tajaan HAMAS yang berjaya ditumpaskan oleh Tentera Mesir pada september 2017.Sumber gambar dari Jabatan Perisikan Am Mesir.


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments