Generasi Yang Membenci Raja

 OLEH: Saufy Jauhary | Taufiq Tuah


Perkembangan tentang sikap anti feudal di kalangan generasi muda sekarang ini agak membimbangkan. Dewasa ini jika buka sahaja Twitter (media sosial paling aktif di kalangan orang muda), ada sahaja ciapan dari mereka yang membangkitkan sentimen membenci raja-raja. Kutukan dan penghinaan mereka terhadap sistem beraja semakin menjadi-jadi. Ciapan tersebut pula mendapat sambutan hangat hingga ditwit semula oleh ribuan pengguna Twitter daripada generasi muda.

Sebaliknya, jika ada yang membuat ciapan membela raja-raja, pasti akan dihina, dimaki dan dibuli oleh mereka. Seolah-olah membela raja itu satu dosa yang amat besar manakala menghina raja pula adalah amalan mulia. Terbaru, ciapan Yang di-Pertua Dewan Negara iaitu Tan Sri Rais Yatim mendapat kecaman yang bertubi-tubi dari anak-anak muda hanya kerana beliau meminta rakyat Malaysia berpegang dengan wasiat raja-raja Melayu. Lihat: https://twitter.com/DrRaisY.../status/1414423377326919685...

Mereka dimomokkan bahawa raja ialah beban yang mana kononnya setiap cukai kita akan diberikan kepada raja. Mereka menuduh raja-raja ini 'tiada fungsi' dan asyik menyalahkan raja atas segala yang berlaku. Segala program membantu rakyat oleh raja-raja tidak pun dipandang malah hanya memandang kemewahan raja-raja sambil merasa iri terhadap mereka. Sudah iri hati, lalu berkata "ahh raja makan duit rakyat". Begitulah antara sentimen 'cemburu' orang muda. 

Dalam sedekad atau dua dekad lagi generasi yang anti feudal ini bakal menjadi pemimpin negara pula. Adakah sistem Raja Berperlembagaan ini akhirnya akan dimusnahkan oleh mereka di masa hadapan?Adakah raja-raja Melayu bakal digulingkan dari takhta sebagaimana raja-raja Melayu di Sumatera?

[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments