OLEH: Mohd Faizal Sabhon
1.Kira-kira 24 jam yang lalu, Baitul Maqdis kembali mencuri tumpuan masyarakat dunia secara meluas walaupun sebenarnya isu ini hampir sepuluh hari berlegar di media-media arab, namun pembaca yang membaca dengan “kaca mata” dan “fikrah” tertentu kelihatan kabur bahkan dengan sengaja hanya memainkan sentimen “baitul maqdis” semata.Ambil sekerat dan tunjuk sekerat, tidak adil.
2.Dari mana huru hara Baitul Maqdis baru-baru ini bermula? Ia bermula dalam sepuluh hari yang lalu apabila pihak penjajah Israel mula melaksanakan perintah mahkamah terhadap pengusiran penduduk-penduduk Palestin di Timur Baitul Maqdis bernama SEKSYEN SYEIKH JARRAH.
APAKAH SEKSYEN SYEIKH JARRAH حي الشيخ جراح?
3.Segalanya bermula dengan kekalahan perang arab 1948.Israel mendirikan negara dengan pengusiran penduduk Palestin yang terdapat peta tanah yang dirampas pada tahun 1948.
4.Selepas pengusiran, mereka duduk di banyak tempat sekitar yang berbaki dalam Palestin, Gaza,Tebing Barat Jordan, Syria dan Lubnan sebagai pelarian.Maaf selepas ini kena guna perkataan Pelarian Palestin.
5.Pada 8 Disember 1949, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menubuhkan satu pertubuhan khas untuk pelarian Palestin dinamakan UNRWA atau The UN Agency for Palestin Refugees وكالة الأمم المتحدة للاجئين الفلسطينيين.
6.Kini, angka mereka telah mencapai 5.6 juta dengan bajet tahunan sebanyak USD 806 juta.So negara-negara yang terdapat pelarian Palestin 1948 akan dapat bajet berkenaan tak termasuk dana-dana lain dari Arab Saudi, Qatar, dan negara-negara Liga Arab yang lain termasuk juga dari negara kesatuan Eropah.
7.Aku rasa korang yang baca boleh faham sedikit di sini, orang GAZA tak akan “mati kelaparan” macam propaganda yang dimainkan oleh NGO-NGO Malaysia yang viral dalam MEDSOS meraih simpati.Mereka terutama di GAZA ada banyak DANA sebenarnya yang kalau anda faham, sebenarnya dana2 derma NGO MALAYSIA sebenar bukan membantu GAZA, tapi HAMAS.Nanti kita sambung bab nie, bukan di sini.
PENGUSIRAN TERANCANG
8.Pada tahun 1950, Israel telah meluluskan satu undang-undang yang dinamakan AKTA PEMILIK YANG HILANG TAHUN 1950 قانون أملاك الغائبين لعام ١٩٥٠.
9.Menurut sumber, berdasarkan undang-undang ini, penduduk Palestin yang telah keluar dari tanah mereka semasa perang 1948 secara automatik hilang hak milik dan tidak dibenarkan kembali ke tanah-tanah yang dirampas.Untuk mengetahui peta Israel 1948, boleh tanya Syeikh Google, kat sana dia akan bagitau dan tengok sendirilah, betapa sikit dan kecil jer Israel pada asalnya.
10.Pada tahun 1956, Jordan dengan kerjasama UNRWA telah bersetuju menempatkan 28 keluarga yang hilang tempat tinggal semasa perang Palestin 1948 ke sebuah kawasan di Timur Baitul Maqdis di mana pada ketika itu, Timur Baitul Maqdis adalah salah satu wilayah dalam Jordan selain Tebing Barat.Tanah tersebut dinamakan Hay Syeikh Jarrah.
11.Semestinya penyerahan kawasan tersebut mempunyai hitam putih dan terdapat dokumentasi yang SAH disaksikan oleh agensi PBB sendiri.
12.Tahun 1967 perang arab sekali lagi meletus.Baitul Maqdis Timur dan Tebing Barat Jordan, Bukit Golan Syria dan Semenanjung Sinai Mesir ditakluk oleh Israel selepas memenangi perang berkenaan pada 6 Jun 1967 yang dikenali sebagai perang enam hari.
13.Maka PBB keluarkan resolusi 242 tidak lama selepas itu supaya semua pihak meletak senjata dan kembali ke peta sebelum 5 Jun 1967.Zionis Israel mana pernah ikut arahan PBB!Hanya Asy Syahid Anwar Sadat tahu ajar Israel untuk tarik mereka berunding.Oleh kerana bangsa arab lain degil tidak mahu ikut strategi Sadat, maka kekallah masalah Palestin ini sampai ke hari ini.Masalah patut boleh selesai, tapi degil campur pula timbul puak ISLAMIS, ia merumitkan keadaan.
14.Tahun 1970, tiba-tiba pula Israel keluarkan undang-undang pengurusan dimana undang-undang memperuntukkan mana-mana Yahudi yang hilang lari dari Timur Baitul Maqdis pada tahun 1948 layak menuntut kembali hak pemilikan mereka.
15.Pada tahun 1972, sekonyong-konyong datanglah pula satu kelompok Yahudi bernama YAHUDI ASHKANEZ يهود أشكناز mengaku mereka memilki tanah berkenaan sejak tahun 1885 atau kira-kira lebih 100 tahun dahulu.Mereka dakwa telah membeli tanah tersebut.Mereka telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Israel untuk mengusir 3 keluarga Palestin yang ditempatkan di Hay Syeikh Jarrah.
YAHUDI ASHKIANEZ
16.Yahudi ASHKIANEZ ini adalah bangsa Yahudi yang tinggal di sekitar Baitul Maqdis sejak Empayar Rom dan mereka ini telah merempat di 12 negara Eropah dan Amerika Syarikat.Fuuuhhhh panjang kalau nak cerita bab depa ni, sebab depa ada hampir 12 juta sekarang dalam 12 negara hari ini.Kalau korang nak faham, carilah buku شتات اليهود atau kelompok-kelompok Yahudi di serata dunia.
17.Mahkamah Israel pada tahun 2008 dan 2009 telah mengusir beberapa keluarga rakyat Palestin dalam seksyen berkenaan.
18.Pada tahun 2020 pula, mahkamah Israel telah menegeluarkan perintah pengusiran 36 keluarga Palestin di sana yang terdiri dari 165 orang dari kalangan warga emas, dewasa dari kalangan lelaki dan perempuan, para pemuda dan kanak-kanak.
19.Beberapa hari dalam 10 hari yang lepas, pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan perintah mahkamah untuk mengusir baki keluarga yang berbaki yang dikatakan saat ini sekitar 500 orang.
AKTIVIS FATTAH HILANG DALAM RADAR MEDIA MALAYSIA
20.Banyak tangkapan dilakukan oleh Israel yang mensasarkan aktivis-aktivis pergerakkkan FATTAH yang berjuang bersama para penduduk mempertahankan tanah mereka.
21.Kemana 500 keluarga ini? selain bertahan di rumah-rumah mereka bersama aktivis FATTAH, ada yang mendiami Masjidil Aqsa menyertai MURABITUUN atau mereka yang kekal bertahan duduk di Masjidil Aqsa mempertahankan KEKUASAAN MELALUI BILANGAN MAJORITI SECARA RAMBANG dalam Baitul Maqdis.
22.Apa yang dilakukan oleh Israel adalah cuba MENGYAHUDIKAN BAITUL MAQDIS dan MEMBINA PENEMPATAN HARAM YAHUDI secara zalim dengan mengusir penduduk asal.
TINDAKAN FATTAH YANG BENAR DAN KEDANGKALAN HAMAS
23.Itulah sebabnya mengapa Presiden Mahmoud Abbas kekal bertahan tidak mahu Pilihanraya Parlimen Palestin diteruskan kerana kerajaan Zionis Israel tidak mahu mengaitkan Baitul Maqdis dengan Palestin walaupun Timur.Israel tidak memasukkan TIMUR BAITUL MAQDIS dalam daerah pilihanraya dan ini dibantah oleh Presiden Mahmoud Abbas.Namun HAMAS berdegil mahu meneruskan pilihanraya dan menghujum presiden Abbas bahkan apabila diseru oleh Presiden Mahmoud Abbas supaya bersama menubuhkan kerajaan perpaduan, HAMAS menolak.HAMAS adalah kumpulan yang berpotensi menjayakan konspirasi Zionis Israel.
24.Tapi orang Malaysia hanya nampak Palestin - GAZA sahaja bila bercakap isu Palestin.Totally wrong bro!! Penempatan haram الاستيطان, Meyahudikan Baitul Maqdis تهويد القدس adalah juga isu Palestin yang BESAR dan PENTING selain isu GAZA yang sebenarnya GAZA (rakyat) banyak dana yang telah dan sedang disalurkan oleh banyak pihak dalam kalangan negara arab sendiri.Gaza boleh hidup tanpa sumbangan NGO MALAYSIA.
ISTITAN DAN TAHWID
25.Isu penempatan haram (ISTITAN) dan meyahudikan Baitul Mqdis (TAHWID) JAUH LEBIH MEMERLUKAN perhatian orang ramai, masyarakat antarabangsa dan memerlukan banyak derma yang sepatutnya disalurkan melalui saluran yang sah.Saluran yang sah adapah melalui MAJLIS WAQAF BAITUL MAQDIS yang dikendalikan oleh Mufti Baitul Maqdis, dan diselia oleh PLO dan Kerajaan Jordan.Mereka lebih tahu, lebih faham dan menyimpan semua data yang berkaitan untuk menyelamatkan masa depan Palestin dan baitul maqdis.
26.Jika NGO Malaysia kata, mereka berikan terus kepada penduduk Baitul Maqdis, ia satu kenyataan bohong dan culas, kerana penduduk Hay Syeikh Jarrah masih menanggung hutang lapok sampai saat ini dalam proses undang2 mempertahankan kawasan berkenaan.
27.Isu ini mungkin kurang atau mungkin tidak didedahkan di Malaysia bahkan aktivis-aktis FATTAH yang ditangkap dalam insiden mutakhir ini mungkin tidak mendapat liputan meluas di Malaysia kerana yang terlibat FATTAH BUKAN HAMAS dan yang terlibat adalah penduduk Tebing Barat, bukqn penduduk GAZA.
28.Kedua-dua isu ini, ISTITAN dan TAHWID memerlukan lapangan diplomatik yang luas, bukan sekadar satu dua buah negara sahaja.Ini dibuktikan dengan perbahasan dalam PERSIDANGAN MADRID 1991 dan persidangan2 lain sama ada melibatkan dua pihak lain bersama Liga Arab mahupun di peringkat PBB atau masyarakat antarabangsa.
Kepada bangsa melayuku, fahamilah isu ini dengan betul.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment