Jenazah Muslim Tanggungjawab Kita Bersama

 OLEH: Ustaz Riza Kamaruddin


Saya nk sebut isu dah lama dan   kena berlapis berlapik takut orang salah anggap. 

Pengarah² hospital kena turun meninjau juga la apa yang berlaku kat unit forensik tu. Sendikit jual mayat ni dah lama berlaku dan ia menyumbang kepada peningkatan kos pengurusan jenazah di bilik mayat hospital. ( Tidak semua hospital )

Jika ada pihak yang nak buat perkhidmatan secara percuma, mereka ini tidak dialu-alukan kecuali atas permintaan waris simati. 

(Gambar hiasan semata-mata)


Saya akui memang ada kos yang ditanggung oleh pengendali jenazah COVID-19 ni.. iaitu kos PPE yang setiap set itu berharga antara RM30-40. Jika 5 orang yang terlibat kosnya RM200. Tapi mereka caj antara 800-1500 tu memang tidak munasabah walaupun termasuk kos van jenazah. Bertimbang rasalah sikit terhadap musibah yang menimpa saudara seagama kita ni. Duit yang dicari tu tak kemana juga tapi pahala 2 qirat itu pasti atas janji nabi jika ikhlas kerana Allah. 

Team Fardhu Kifayah ( TFK ) sedia memberikan perkhidmatan percuma sehingga selesai kecuali kos penyediaan kubur yang terletak dibawah pengurusan dan pentadbiran sesebuah masjid. Jika tidak mampu juga kami sedia menyelesaikan bayaran tersebut. Perkhidmatan percuma ini dananya daripada anda semua yang sudi menyumbang kepada tabung TFK. Jazakumullahu Khairan. Barakallahufikum


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments