OLEH: Muhd Faiz Sazali
#1 Kandungan antioksida yang baik
Madu mentah (raw) mengandungi antioksida yang disebut sebatian fenolik. Sebatian ini dapat bermanfaat untuk kesihatan kardiovaskular. Selain itu, penelitian yang dikutip Healthline.com juga menunjukkan bahawa polifenol dalam madu dapat mencegah penyakit jantung. Antioksidan juga dapat melindungi tubuh dari kerosakan sel akibat radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh. Radikal bebas dapat mencetus proses penuaan dan berisiko meningkatkan terkena penyakit kronik seperti kanser dan sakit jantung.
#2 Sebagai anti bakteria dan anti kulat
Manfaat madu raw lainnya adalah untuk membunuh bakteria dan kulat yang tidak diinginkan. Selain itu, madu raw juga mengandung hidrogen peroksida dan antiseptik. Keberkesanan madu sebagai anti bakteria dan anti kulat tersebut tergantung pada jenis madu itu sendiri.
Oleh itu kita tidak akan ketemu madu raw yang diserang kulat malah bakteria sukar untuk hidup di dalam madu raw melainkan ianya telah melalui proses seperti pemanasan dan sebagainya.
#3 Menjauhkan jangkitan
Madu mentah mengandung bee pollen yang memiliki manfaat untuk menjauhkan jangkitan, melegakan alahan, dan meningkatkan kekebalan tubuh. Sebuah penelitian yang ditemukan pada tahun 2013 menemukan bahawa mengonsumsi madu dalam dos tinggi dapat memberikan perubahan pada gejala alergi lebih dari 8 minggu. Peneliti juga mengamati bahawa madu juga boleh mengurangi gejala alahan rhinitis (peradangan pada rongga hidung) yang dapat menyebabkan gatal, mata berair, dan bersin. Anda boleh mengonsumsi madu raw sekitar satu sudu makan.
#4 Sumber tenaga semulajadi
Madu raw mengandung gula semulajadi sekitar 80% iaitu 18% air serta 2% protein dan belum lagi ditambah mineral dan vitamin. Madu juga merupakan pengambilan tenaga yang mudah diserap dan tidak hairanlah ketika anda merasa lemah, mengonsumsi madu dapat membuat anda kembali bertenaga. Penelitian di University of Memphis Exercise and Sports Nutrition Laboratory menunjukkan bahawa madu menjadi salah satu karbohidrat yang baik dikonsumsi sebelum melakukan sukan. Anda dapat menjadikan madu raw sebagai makanan ringan sebelum sukan dan makanan sehabis sukan.
Comments
Post a Comment