Spekulasi: Melayu Memang Dari Rom?

 OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Salah satu ciri menonjol teknologi kapal Melayu adalah memiliki 2 kemudi yang sangat besar di sisi kanan dan kiri.

Apakah ia Lancar atau Gali atau Penisi atau Sekunar hatta Jong. 

Apakah ia Mendam Berahi atau Lancar Kuning atau Sairul A'lamin atau Prajaksa hatta Cakra Dunya. 

Semuanya guna teknologi sama, hingga diyakini hanya bangsa kita menggunakan dua kemudia. Bertambah yakin kita bila orang disekitar kita - sama ada jiran tetangga atau sesama benua - menggunakan 1 kemudi sahaja. Sama ada di letakkan di siring kapal atau di tengah-tengah.

Tapi nun di kejauhan, terpisah di balik benua, gunung ganang dan hutan belantara; rupanya bangsa Rom juga menggunakan kapal berkemudi dua. Namun bangsa Melayu itu bukanlah berasal dari Rom. Mungkin hanya leluhur para raja Kedah memiliki darah dari sana jika menurut Merong Mahawangsa. 

Begitu juga replika perahu Firaun yang perempuan itu, yang digunakan bagi menuju ke tanah Punt, dimana perahu tersebut memiliki kemudi ganda. Telah ada andaian yang kuat betapa kita dan kaum Qibti itu punya hubungan. Tambahan kajian genom telah mengatakan bahawa baka kita adalah yang kedua tertua di dunia selepas baka kaum Afrika.




Baca di FACEBOOK :


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments