Terkini Libya: Ikhwan Muslimin 'Tukar Warna' Dari Parti Ke NGO

 OLEH: Mohd Faizal Sabhon

1.Tahun 2011 lepas Gadafi jatuh, gerakan pengganas Ikhwan Muslimin tubuhkan Building and Development Party atau حزب البناء والتنمية dan bila kalah 2014 depa bersekongkol dengan DAESH dan sel2 pengganas lain sama2 huru-harakan Libya.

2.Kini, selepas Deklarasi Kaherah berjaya, Libya sedang berada atas garisan pemulihan yang betul dan hampir mencapai konsesus nasional sepenuhnya, maka kumpulan pengekslpoitasi Islam itu sedar, proses pembinaan semula Libya sedang berlangsung.

3.Jadi, banyak dana akan mula masuk ke Libya dan mereka tukar colour kali ini ke sebuah NGO.Ingat nama ini, “جمعية الإحياء والتجديد", NGO yang baru ditubuhkan oleh Ikhwan Muslimin di Libya.

4.Tunggu lah sekejap lagi, ada Lah tuh NGO Malaysia lancarkan “Derma untuk Libya”, atas alasan bantu rakyat Libya dan bagi sumbangan terus kepada Rakyat Libya macam depa guna untuk derma GAZA dan SYRIA.

5.Tolong lah bijak sikit rakyat Malaysia, kalau anda bijak, tak akan ada satu sen pun wang yang sampai ke NGO-NGO Pro Pengganas Ikhwan Muslimin, pro pemisah Syria bahkan HAMAS GAZA.

6.Derma-derma kemanusian ini sepatutnya dan yang paling benar salurannya sesuai dengan status mereka sebagai kawasan bergolak, mesti melalui UNHCR.Cuba tengok depa pemungut derma pernah letak Lambang UNHCR PBB? Tak pernah.

7.Kebanyakkan mereka pungut derma menggunakan status NGO MALAYSIA, kebenaran Kementerian Luar Malaysia semata dan alasan kerjasama dengan Turki.Punya jahat Turki ini harituh masa perang saudara di Libya, depa jadi batu api lagi, bantu simbah minyak ke atas bara supaya semakin mara api dengan menghantar tentera upahan.

8.Harap sangat semua rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan semua rumpun melayu kita berhati2...kalau ada derma untuk Libya dengan tanpa lambang atau bukti kerjasama dengan UNHCR, tolong jangan derma walau sesen.Utamakan orang yang memerlukan di negara kita dahulu, ini waktu ramai orang dalam negara sendiri yang memerlukan bantuan.....

Tolong tau... jangan tertipu lagi

9.Persoalannya, betul ker semua derma untuk sumbangan terus kepada rakyat? Boleh percaya ker hanya sekadar short video yang tunjuk orang menangis, ayat-ayat rayuan mohon derma dengan merintih sayu main emosi korang, atau tunjuk sedikit bungkusan dan sebahagian penerima semata yang semua itu bole dilakonkan?

10.Kebanyakkan derma tersebut bukan lah membantu rakyat di tempat-tempat bergolak, tapi membantu survival kumpulan yang bertelagah dan akhirnya derma-derma tersebut membuatkan pergerakkan tersebut angkuh dan sombonh sekali gus mengganggu proses damai bahkan melambatkan objektif menamatkan penindasan dan mencapai keamanan.



Comments