OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya
Saya hargai dan kagumi perjuangan Tuan Nadir Al-Nuri di Gaza bersama Cinta Gaza. Saya doakan agar beliau sentiasa dipelihara sepanjang kerja kebajikan beliau di sana dan diberi anugerah Syahid suatu hari nanti sebagaimana dambaan seluruh warga Gaza.
Namun telah beberapa kali saya ikuti ulasan beliau tentang Arab Saudi dan peranan negara Haramain itu dalam konflik Palestin. Beliau pernah dalam satu temubual live di FB menggelarkan Arab Saudi dengan ‘kesyaitanan’ (saya memang sengaja tak kongsikan, anda boleh cari sendiri dari FB beliau). Kali ini bual bicara bersama sahabat saya Bro. Firdaus Wong juga Tuan Nadir sekali lagi dengan penuh yakin menggelarkan Arab Saudi dengan nifaq, walaupun hingga kini Arab Saudi tiada hubungan diplomatik atau normalisasi dengan Israel.
Saya pasti beliau boleh capai dengan mudah segala info berkaitan sumbangan Arab Saudi kepada Palestin termasuk Gaza. Setiap tahun di website rasmi UNRWA dipaparkan laporan penuh negara-negara dan badan-badan kebajikan antarabangsa yang menyumbang kepada Palestin. Sejak bertahun-bertahun lamanya Arab Saudi sentiasa berada pada ranking 10 negara teratas dalam sumbangan.
Ini laporan ranking penyumbang dana kepada Palestin pada tahun 2020. Arab Saudi pada tangga ke 7.
https://www.unrwa.org/.../2020_overall_donor_ranking.pdf
Mungkin ada pihak yang tak percaya dengan UNRWA. Jadi saya kongsi pula satu dari puluhan video dari para Youtubers Palestin yang berusaha untuk menzahirkan penghargaan mereka kepada negara Arab Saudi dan para rakyatnya.
Ada antara mereka yang lakukan social experiment hanya untuk cuba burukkan Arab Saudi dengan harapan mendapat respon kutukan ke atas Saudi dari para responden jalanan Palestin. Sebaliknya majoriti para responden tersebut bertindak memuji Arab Saudi dan menafikan berita bahawa Arab Saudi melayan Palestin dengan buruk. Bahkan ada dari kalangan responden yang bertindak menampar dan menolak Youtuber tersebut kerana bengang dengan cubaan beliau untuk memburukkan Arab Saudi.
Ini salah satu content yang saya maksudkan:
Ini pula salah satu video dari seorang Youtuber Palestin yang menamakan channe beliau dengan ابن فلسطين منير
Beliau banyak melakukan ‘reaction’ kepada beberapa fitnah ke atas Arab Saudi dalam isu Palestin termasuk fitnah dari beberapa YouTuber Palestin sendiri.
Lihat bagaimana beliau berkongsi beberapa projek sumbangan Arab Saudi di dalam Gaza. Ada seorang warga Palestin telah pergi ke setiap tapak projek tersebut, dan beliau mulakan rakaman beliau dengan perasaan aneh beliau dengan sikap Arab Saudi yang begitu susah untuk menyebarkan berita sumbangan-sumbangan mereka yang banyak kepada Palestin melalui media sepertimana yang dilakukan oleh negara-negara lain yang menyumbang.
Projek 1: 750 unit kediaman bersama dengan 4 sekolah beserta hospital dan pusat kebudayaan.
Projek 2: Bandar Putera Nayef bin Abdul Aziz Al Saud di utara Gaza yang menempatkan ratusan unit kediaman bersama sebuah masjid, dan sekolah menengah.
Projek 3: Pusat Kesihatan Der Al Balah
Projek 4: Sebuah sekolah di utara Gaza
Projek 5: Program khas haji untuk keluarga para Syuhada’ Gaza
Projek 6: Beberapa komplek sukan dan padang bola
Sebagai penutup pemuda Palestin tersebut menyatakan bahawa pihak mereka mungkin memerlukan beberapa minggu untuk menyempurnakan liputan berkaitan semua projek-projek sumbangan Arab Saudi di Gaza. Beliau mendoakan agar Allah pulihkan hubungan rakyat Arab Saudi dan Palestin setelah cubaan Syaitan merosakkan hubungan mereka.
Ini pula salah satu daripada puluhan video memaparkan ucapan syukur dan terima kasih dari lubuk hati para hujjaj tetamu Raja Khaadimul Haramain Al-Syareefain dari kalangan keluarga para Syuhada’ Palestin. Seramai 1000 tetamu dari Palestin diterbangkan dari Gaza ke Jeddah dengan layanan istimewa setiap tahun untuk menunaikan haji dengan tajaan penuh Raja Arab Saudi.
Banyak lagi jika nak saya terus kongsikan dan kongsikan pengakuan dan penghargaan langsung dari warga Palestin dan Gaza khususnya terhadap segala sumbangan Arab Saudi yang sering mereka gelarkan dengan jolokan Mamlakah Al-Khayr (The Kingdom of Goodness).
In shaa Allah saya tidak akan penat untuk terus berkongsi tentang kebaikan Arab Saudi terhadap Palestin dan negara-negara Islam lain yang dilanda konflik, sebagaimana pihak yang tak pernah penat menyebar fitnah tentang Arab Saudi.
“You fitnah, I share kebaikan” (baca dengan nada Anwar Ibrahim)
Comments
Post a Comment