Panji Hitam Khurasan Menakluk Kabul

 OLEH: Taufiq Tuah

Kita digemparkan pada bulan ini apabila Taliban dapat menawan Kabul, Afghanistan. Lalu mereka mengawal dan memerintah Kabul dengan menzahirkan pemerintahan Islam.

Persoalannya ialah, benarkah Taliban ialah pemimpin baharu Afghanistan? Benarkah mereka ialah panji hitam dari khurasan yang bakal membantu Imam Mahdi?

Pertamanya perlu dijelaskan bahawa Taliban sendiri banyak melanggar hukum Allah. Termasuklah dengan memuja kubur, mengangkat senjata kepada pemerintah sah, merosakkan harta awam dan membunuh diri ketika berperang. Ini semua ialah larangan² yang ada dalam Islam tetapi tetap dilakukan oleh mereka.

Bagaimana pula panji yang membantu Imam Mahdi nanti akan terpalit dengan banyak dosa fatal ini? Walaupun mereka dari Khurasan, itu belum cukup kukuh untuk kata mereka ialah golongan yg dimaksudkan di dalam hadis.

Adakah Taliban dikira sebagai Ulul Amri (penguasa sah) Afghanistan setelah rampasan Kabul? Di sini nampaknya seperti boleh. Kalau kita bandingkan, tak jauh beza dengan rampasan kuasa di Mesir dahulu ketika As-Sisi merampasnya dari Morsi. Lalu As-Sisi tetap sahaja menjadi Ulul Amri.

Tapi saya musykil tentang Taliban ialah, siapa pula yg mengangkat mereka? Bagaimana dengan rakyat? Atau ketua2 puak? Adakah mereka mengangkat Taliban? Malah yang lebih saya tahu, orang Afghanistan akhirnya berebut keluar menjadi pelarian. Berbondong-bondong memenuhi Lapangan Terbang Kabul.

Walaupun zahirnya Taliban mengubah pemerintahan kepada lebih islami, tapi itu belum cukup kukuh untuk kata dia 'sah'. As-Sisi dahulu sah kerana As-Sisi ketika merampas, dia memang ada kuasa di dalam Mesir. Malah dia ada rakyat yang menyokongnya juga. Malah tiada penyokong Morsi yang keluar kemudian kata "saya ialah pelarian Mesir sebab As-Sisi".

Padahal jika Taliban ni dah dikira sebagai sah, maka sepatutnya yang lebih patut dikatakan sah ialah DAESH. Sebab DAESH dapat menawan lebih banyak wilayah pada zamannya. Mosul, Daraa, Raqah, Deil Az-Zour, Al-Qaim dll. Berganti-ganti rebut kawasan jajahan dan peroleh kawasan yang besar.

Taliban hanya 'claim' Afghanistan sementara DAESH 'claim' sebagai "Amirul Mukminin" atau "Khilafah" dan dengan jelas telah mengawal beberapa jajahan di Iraq dan Sham. Lalu memanggil tanah jajahannya sebagai 'Bilad Sham' (tanah Islam). Jadi dengan sifir ini, DAESH juga berhak disebut sebagai 'sah'.

Tapi tidak, kita tidak iktiraf DAESH mahupun Taliban. Mereka hanyalah Khawarij yg sentiasa 'syok sendiri' dengan apa yg mereka capai. Kumpulan ciptaan USA yg dicipta untuk mengkucar-kacirkan negara² Islam. Sama juga dengan Al-Qaeda.

Saya yakin, yang kisah Taliban ni pun takkan lama. Hanya sementara saja semacam kisah DAESH dulu. Siap Ibrahim Awwad (ketua DAESH) buat khutbah Jumaat lagi masa awal² jadi khilafah. Sekarang, entah lah ke mana semua tu.

Tapi kalau Taliban benar2 menjadi pemerintah sah di Afghanistan bagaimana? Taatlah dalam hal yang ma'aruf. Sebagaimana juga apa yang berlaku di Mesir, As-Sisi.


[Legasi Pemikir - LEKIR]

Comments