OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya
Saya lebih mengharapkan Tuanku umum darurat penuh sahaja. Biar bagi peluang kali ini untuk Tuanku dan ‘kabinet khas’ atau apa jua model pentadbiran yang sah di sisi perlembagaan ini untuk menguruskan krisis Covid19 hingga selesai. Saya tak nampak kerajaan baru nanti akan selamat dari episod ketidakstabilan majoriti yang serupa sepertimana yang dialami oleh kerajaan PN. ‘Kabinet Khas’ ini boleh meneruskan sahaja polisi-polisi baik yang telah diperkenalkan oleh kerajaan PN, dan menambahbaik apa yang kurang.
Jadi kerajaan sementara ini akan selamat dari sebarang kebarangkalian berlakunya sekali lagi isu majoriti. Ya, ia pasti berlaku lagi dalam keadaan negara tidak memiliki satu pun undang-undang yang boleh menghalang tindakan lompat parti.
Pertengahan tahun hadapan, boleh lah diadakan PRU15 atau lebih awal daripada itu. Dalam tempoh setengah tahun lebih ini, biarlah para ahli politik bermuhasabah secara dalam parti atau rentas parti, apakah sebaik-baik pakatan untuk mereka tawarkan kepada rakyat pada PRU15 nanti.
Saya tak pasti idea ‘kabinet khas’ ini bertepatan dengan perlembagaan atau tidak. Saya juga tidak pasti samada YDPA berkuasa penuh atau tidak untuk mengumumkan darurat dalam situasi sekarang, lalu Baginda boleh melantik ‘kabinet khas’ ini. Jika ini pun Baginda tak boleh buat, jelas sekali negara memerlukan transformasi perlembagaan pada tahap yang mendesak.
#KamiBersamaAgong
Comments
Post a Comment