OLEH: Saufy Jauhary
Masjid Kampung Hulu, Melaka adalah antara masjid yang tertua di Malaysia. Umur masjid ini hampir 300 tahun lamanya iaitu dibina pada tahun 1728 Masihi. Bersamaan 217 tahun setelah kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis.
Sebelum ini, di Melaka terdapat sebuah masjid rasmi negari Melaka iaitu Masjid Agong Melaka. Masjid tersebut kemudian dirobohkan oleh Portugis dan batu batanya digunakan untuk mengubahsuai kota Melaka menjadi kota Afamosa.
Setelah Belanda menakluki Melaka (setelah bergabung dengan Johor-Riau), pihak Belanda mengizinkan pembinaan masjid untuk rakyat Melaka dan menugaskan seorang Kapitan Cina muslim iaitu Dato' Samsuddin Bin Arom rahimahullah untuk menyelenggara pembinaannya. Masjid Kampung Hulu ini dibina berasaskan motif Acheh dan China.
P/S: Tiga keping gambar di bawah adalah gambar terawal iaitu lakaran Masjid Kampung Hulu pada tahun 1834, kemudian gambar pada tahun 1910 Masihi, dan sebuah lagi tidak dapat dipastikan tarikhnya.
Lakaran Masjid Kampung Hulu pada tahun 1834 oleh Peter James Begbie
Gambar yang diambil pada tahun 1910
Gambar lama Masjid Kampung Hulu yang tidak dapat dipastikan tarikh atau tahun diambil
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment