Taliban: Teroris Yang Bakal Membentuk Kerajaan Kaya Era Moden

 OLEH: Mohd Faizal Sabhon


1.Dunia masih bercakap tentang Taliban dan Afghanistan.Berdasarkan sumber media akhbar Mesir, ONTV lewat malam semalam menyatakan, majlis keselamatan PBB yang bersidang semalam sedikit pun tidak mengecam penguasaan TALIBAN ke atas Afghanistan sebaliknya mereka hanya bercakap soal isu kemanusiaan dan menangani keganasan ke atas orang awam sahaja.

2.Ini seolah-olah memberi isyarat Taliban bakal diiktiraf sebagai sebuah negara dengan syarat, menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia dan jauhi aktiviti keganasan atau ekstrimis terutama sekali terhadap orang awam dalam Afghanistan.

3.Bulan ini juga dunia arab sibuk bercakap tentang sumber mineral yang baharu berasaskan magnet yang mempunyai pelbagai nama.

4.Gunung-gunung batu di padang pasir tandus sedang menjadi medan cari gali sumber baharu ini sama ada Padang Pasir Morocco, hingga ke Padang Pasir Sinai Mesir.

5.Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Amerika Syarikat selama 20 tahun di Afghanistan dengan mengorbankan 2400 tenteranya dan menelan belanja sejumlah USD 750 bilion ?

6.Tiba-tiba dalam masa yang singkat dengan meninggalkan semua fasilitinya dalam keadaan baik sama ada fasiliti pertahanan darat mahupun udara juga bertelnologi modern seperti dron turut ditinggalkan, pengunduran yang mengejutkan rakyat Afghanistan bahkan dunia keseluruhannya.

7.Rupa-rupanya 20 tahun selama ini Amerika Syarikat membeli waktu dengan membina pengkalan tentera bersama pakatannya Britian dengan kos USD 1 Bilion pada tahun 2001 bukan untuk tujuan perang semata-mata, tapi jauh lebih dari itu sebuah eksplorasi pengkajian di jajaran gunung ganang dan bukit berbatu mencari sumber-sumber mineral baru atas nama pendudukan atau peperangan paling lama abad ini.

8.Magnet atau sumber mineral baru yang mempunyai pelbagai nama bakal menjadi sumber tenaga baharu untuk menjana elektrik, sumber menjana teknologi tinggi ketenteraan modern dan ia bakal menjadi penggerak utama teknologi dunia.

9.Gunung ganang dan bukit berbatu di Afghanistan itulah tersimpannya kekayaan ini dengan nilai anggaran USD 3 Trilion.

10.Masa mengkaji telah tamat dan lengkap.Semua ini tersimpan rapat dalam white house dan pentagon.Menanti masa untuk pelaksanaan mengeluarkan hasil kekayaan dan mencipta keuntungan ini bagi menjaana teknologi baharu yang menggantikan minyak petrol, diesel, gas dan arang.

11.Pengunduran berstrategi ini telah memberi peluang Taliban kembali berkuasa untuk menguasai semula Afghanistan.Taliban memerlukan pengiktirafan antarabangsa untuk menguasai sepenuhnya Afghanistan manakala Amerika Syarikat memerlukan kekayaan sumber mineral yang siap dikaji dengan data yang lengkap di Afghanistan.Amerika Syarikat semestinya pemegang konsesi terbesar proses pengeluarannya kelak.Siri perbincangan rahsia antara dua pihak telah berjalan sekian lama menunggu masa perlaksanaan dengan langkah pertamanya, PENGUNDURAN tentera Amerika Syarikat.

12.Tidak lama lagi akan muncul negara teroris pertama yang diiktiraf oleh Amerika Syarikat.Adakah ini baru? Tidak....

Tuan-tuan dan Puan-puan,

13.Jika kita mengkaji sejarah, ada negara arab yang kaya dengan minyak hari ini sedang diperintah oleh sebuah keluarga kabilah yang asalnya merupakan pemberontak dari sebuah wilayah pedalaman bahkan nama negara berkenaan hari ini bersempena dengan nama kabilahnya berbanding sebelum pemberontakan.Namun, tidak semua pemberontak berjaya bentuk negara, ini bergantung bagaimana deal antara kuasa besar yang berkepentingan dengan mereka.

14.Pemberontak berjaya membentuk negara walau menggunakan sistem yang tidak sama dengan negara yang berkepentingan tersebut.Asalkan sahaja, menghormati beberapa perkara asas yang mesti dipatuhi sesuai dengan masyarakat antarabangsa.Tentera dan polis mempunyai pakaian rasmi walaupun kekal berjanggut tebal.

14.Hari ini, sejarah sedang berulang.Jika Pengganas dan Ektrimis Daesh gagal tubuhkan Iraq dan Syria baharu, Ikhwan Muslimin gagal membentuk Mesir baharu, kali ini kita bakal menyaksikan Taliban yang menggunakan pendekatan ekstrimis era sebelum 2001 sebelum ini menjadi negara.

15.Apa yang pasti, mereka mestilah menghormati hak asasi manusia pada tahap yang bersesuaian di sana, menamatkan pertumpahan darah secara rambang dan mendirikan negara yang berundang-undang walaupun ALA TALIBAN.

16.Apakah sistem politik mereka? Apakah undang-undang yang bakal dikuatkasakan? Bagaimana bangsa2 dalam afghanistan itu akan diharmonikan? Bagaimana tokoh-tokoh politik sepanjang 20 tahun penjajahan Amerika akan membantu Taliban membina semula Afghanistan yang bakal menikmati kekayaan baharu kelak? Adakah Afghanistan akan bertukar nama kepada Talibanistan? Semua soalan ini akan dijawab oleh sesama mereka dan semestinya “dalam gelap”, Uncle Sam adalah rakan bincang.

17.Sekali lagi sejarah berulang, jika negara persisir laut arab sebagai nelayan ikan dan pencari mutiara dalam dasar laut bertukar wajah dengan lahir semula sebagai negara minyak sama dengan pelabagai nama negara-negara kecil, hari ini kita akan menyaksikan negara paling miskin dan terlibat dalam kancah sama ada perang saudara dan campur tangan asing yang sangat lama, Afghanistan akan lahir sebagai sebuah negara baru yang kaya.

18.Terlalu awal untuk memuji dan terlalu awal untuk mengutuk.Apa pun, faktor keselamatan akan menjadi faktor utama kerana kelak jika Afghanistan benar menjadi negara kaya dan jika kekal dengan dasar lama, dalam diam meraka berpotensi menjadi negara pembiaya pengganas.

Apa pun, kita lihat dan perhati dahulu.... masa akan menentukan tapi ingat dunia hari ini bergerak dengan pantas !

[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments