Keadaan Dunia Yang Lebih Teruk Pasca Covid

OLEH: Mohd Faizal Sabhon



 TIGA cabaran utama dunia......

1.Dunia hari ini telah mula melonggarkan sekatan selaras dengan kadar vaksinasi yang semakin meningkat dan ujian klinikal ubat-ubat Covid yang rancak di Israel, Bahrain dan UAE.

2.Perlahan-lahan kita sedang mengharapkan keadaan yang lebih baik terutama sekali pemain industri pelancongan.

3.Tapi, tahukah anda ada sesuatu yang sedang berlaku hangat dibincangkan oleh para ahli akademik negara-negara arab dan dimuatkan dalam media-media mereka iaitu CABARAN DUNIA PASCA COVID yang lebih teruk ! 

4.Pertama, saat ini dunia sedang membicarakan tentang تغيير المناخ , Climate Change atau Perubahan Iklim.Kali pertama berlaku dalam  sejarah ; 

4.1 Suhu cuaca utara afrika pada musim panas ini mencapai 50 darjah celcius.

4.2 Banjir di Jerman yang memcapai paras permukaan air 7 kali ganda dari kebiasaan.

4.3 Banjir di China yang memusnahkan ribukan hektar hasil pertanian, rumah, dan bandar-bandar yang lumpuh.

5.Dalam hal ini, Syeikhul Azhar bersama-sama pemimpin Mesir dan pemimpin dunia yang lain mengingatkan orang ramai akan cabaran ini.

6.Berpuluh tahun dunia bercakap tentang pencemaran hingga di bawa ke PBB, tapi akhirnya kita semua penentu.

7.Cabaran kedua, dunia kini diambang INFLASI UMUM kerana kenaikkan harga secara umum barang-barang utama dunia di bursa-bursa saham seluruh dunia kerana banyak faktor terutama sekali CLIMATE CHANGE.Dalam 12 bulan ini, lihat bagaimana kadar kenaikkan harga2 berkenaan ; 

Biji kopi 93%

Ayam 73%

Jagung 70%

GULA 63%

SOYA 55%

TEH 32%

BERAS 18%

DAGING 18%

8.Cabaran ketiga, kadar pengangguran dunia dijangka meningkat kerana CLIMATE CHANGE dan KESAN TSUNAMI COVID.

9.Negara yang paling teruk ialah Nigeria dengan 33% diikuti Lubnan 30%.Manakala dalam negara arab pula : 

Jordan 25%

Sudan 18%

Tunisia 18%

Iraq 14%

Mesir 7.4%

10.Bagaimana cara dunia menghadapi cabaran - cabaran ini? 

Tuan-tuan dan Puan - puan, 

Ini Bergantung bagaimana kerajaan sesebuah negara itu membuat dasar dan melaksanakannya.Kerajaan yang berkesan adalah satu keperluan yang bukan hanya untuk sekarang sahaja, juga pada masa akan datang, selepas pandemik yang diramal LEBIH MENCABAR.

Bersediakah kita?


[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments