Warkah & Sejarah : Sultan Kelantan Terima Tanda Sempadan dengan Trengganu -3 Mei 1914.

 OLEH: Izmal Karim dan Saufy Jauhary



Deskripsi :

Transliterasi dari jawi lama kepada roman melayu oleh Fb Saufy Jauhary

Cap Mohor

الواثق بالله العزيزالسلطان محمد

خلد الله ملكه وعدله وفضله وإحسانه

ابن المرحوم السلطان محم

Nur al-Syamsu wa al-Qamar

Bahawa inilah warkah al-Ikhlas wa tuhfah al-zakiyyah hening dan jernih yang tiada menaruh syak dan waham selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan iaitu daripada beta Sultan Muhammad yang keempat K.C.M.G yang mempunyai takhta kerajaan negeri Kelantan, mudah-mudahan barang diwasilkan oleh Tuhan Seru Alam sekalian jua kiranya datang ke medan majlis Seri Paduka sahabat beta Sir Arthur Young K.C.M.G Gabernor Negeri Selat dan High Commissioner bagi negeri-negeri Melayu yang ada dengan beberapa kesahabatannya.

Waba'dahu daripada itu maka adalah beta maklumkan ke majlis Seri Paduka sahabat beta dari hal sepercap surat yang bertarikh pada 25 hari bulan April 1914 itu telah sampailah kepada beta dengan selamatnya dan fahamlah beta akan barang yang tersebut di dalamnya berkenaan dengan menaruhkan tanda sempadan di antara negeri Kelantan dengan negeri Terengganu. Maka seperti yang tersebut di dalam surat Seri Paduka sahabat beta itu bersetujulah beta. Demikianlah maklumkan serta diiringi dengan berbanyak tabik jua adanya.

Termaktub di dalam Balai Baru kerajaan Kelantan,

Pada 8 hari bulan Jamadil akhir 1332,

Bersamaan dengan 3 Mei 1914.

Rujukan :

Arkib Negara Malaysia



[Legasi Pemikir - LEKIR]


Comments