UKRAIN, RUSIA DAN NATO?
Cerita ringkas dan mudahnya, NATO ialah sekutu ketenteraan US yang dibuat untuk mengawal kemaraan USSR pada Perang Dunia Ke-2. Hari ini, NATO dianggotai oleh 30 buah negara yang terdiri daripada negara² Eropah dan Amerika Utara.
Selepas USSR jatuh, tanah USSR mula terbahagi kepada beberapa negara yang merdeka. Antaranya Belarus, Kazakhstan, Armania, Moldova, Latvia, Tajikistan dll. Termasuk di dalam golongan ini ialah Rusia dan Ukrain.
Selepas perpecahan, Rusia mulai berkempen untuk semua bekas negara USSR sebagai 'Brothers' dan secara tidak langsung terlihat Rusia ialah 'Big Bro' di dalam adik beradik ini. Seolah-olah Rusia ialah kesinambungan daripada kemegahan kuasa besar USSR.
Disebabkan negara² NATO banyak di bahagian Eropah, maka negara-negara 'adik' bagi Rusia di bahagian Eropah telah menjadi 'Buffer Zone'. Zon di mana negara² ini memisahkan kedudukan sempadan negara² NATO dengan Rusia.
Realitinya, kebanyakan negara² di. 'Buffer Zone' ini telah dikawal secara politiknya oleh Rusia. Membuatkan negara² ini lebih dipengaruhi oleh Rusia berbanding NATO walaupun sebenarnya negara-negara ini ada hak untuk memilih blok geo-politik mereka sendiri.
Sehinggalah Ukrain diperintah oleh presiden-presiden bersilih ganti yang pro-NATO, membuatkan Rusia tidak senang duduk. Jika Ukrain menyertai NATO, negara besar seperti US akan ada hak untuk membuat pengkalan tentera di Ukrain sekaligus mempersiapkan ketenteraan di bahagian sempadan Rusia.
Maka beberapa serangan telah dibuat oleh Rusia kepada Ukrain seolah-olah 'mengacah' "Kau jangan langsi sangat Ukrain". Pada tahun 2014, Rusia telah menyerang Krimea, Ukrain atas alasan membanteras pengganas. Pada 25 Februari 2022, satu lagi serangan baru dilancarkan.
Jika ditanyakan kepada Ukrain kenapa mereka kini lebih memilih NATO, adalah kerana rakyat Ukrain majoriti juga beranggapan apabila Ukrain menyertai NATO, akan mudah juga menyertai EU bagi memesatkan lagi ekonomi negara. Malah Ukrain telah sekian lama ditekan dengan politik Rusia.
Antara sebab lain yang mungkin kenapa Rusia inginkan Ukrain.
1. New Klear di Ukrain. Tapi saya secara peribadi rasa sebab ini tidak kuat. Mungkin boleh jadi sebab sampingan sahaja.
2. Kyiv (Ibu Negara Ukrain) wujud lebih awal dari Moscow. Rusia tidak layak digelar 'Abang Long' jika Kyiv sebenarnya lebih tua dari Moscow. Apa pun saya rasa ini juga bukan sebab yang kuat.
Secara peribadi saya melihat Rusia menyerang ini lebih kerana tidak mahu ada lubang yang membolehkan US menggoyahkan keselamatan Rusia.
Akan tercetusnya Perang Dunia Ke-3? Saya melihat ekonomi negara² yang terlibat dalam konflik ini pun sebenarnya masih goyah dan tidak kuat. Pandemik Covid-19 telah menjatuhkan ekonomi US dan Rusia. Kebarangkalian untuk tercetus perang dunia lagi agak tipis.
Saya juga sering membaca teori yang kata Perang Dunia Ke-3 bermula diantara US dengan Korea Selatan. Hakikatnya kita pun tak tahu. Wallahualam.
[Legasi Pemikir - LEKIR]
Comments
Post a Comment